December 04, 2017

GARA-GARA UMI NAZEERA

Assalamualaikum,


Monday blues? Akak sejak muda takde symptom tu. Akak memang takde problem dengan si Monday ni. Akak dengan si Monday ni cool je, baik je. Dah dua hari recharge bateri during weekend, dah spend happy time dengan family, so energy tip top, emosi pun stabil. Stress level dah turun. Nanti tengoklah Jumaat nanti stress level naik berapa banyak. Tehehe...

Walau apa pun, appreciate everything we have. Sekejap je Allah pinjamkan kat kita sebemlum Dia ambil balik.


Umi Nazeera



Dalam entry yang lepas, akak ada kata nak cerita pasal nick name anak akak yang berumur 7 bulan, Naznin Najiha. 

Kisahnya, akak ni minat sangat Umi Nazeera pelakon comel tu. Akak suka filem dan watak Umi dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Nama watak Umi dalam filem tu, Cik Nin. 

Waktu akak pregnant, scan baby dan doctor kata insyaAllah baby girl. Akak terus cakap kat husband nanti nak panggil baby Cik Nin. Tak tau lah kenapa teringant Cik Nin dalam cerita Hantu Kak Limah. 


Ada gaya Umi Nazeera ke?...


Bila akak dah dekat nak beranak, husband akak cakap nak letak nama baby Naznin Najiha, nanti boleh panggil dia Cik Nin. Akak terus setuju, makna namanya pun baik. Memang itulah nama anak akak yang last ni, dan Cik Nin lah nama panggilan dia. Semuanya gara-gara Umi Nazeera.



Sambil layan K Drama



Gambar atas tu terjadi bila akak dapat 'me time' selalunya awal pagi atau malam bila Princess Naznin dah tidur. Doing some Art/Creative journal dan Kawaii Journal. Akak start journal dari zaman belajar lagi. Time tu akak panggil tulis diari je. Awal tahun ni baru akak berjinak dengan Art Journal dan Kawaii Journal. Nanti next entry akak cerita detail k, insyaAllah.



10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE