May 22, 2018

JANGAN IKUT NAFSU SANGAT LA

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari ke 6 dah. Dulu masa kanak-kanak seronok nak sambut Syawal. Ramadan tak berapa nak sambut. Bila dah tua ni baru rasa seronok sambut Ramadan. Dah tahu apa kita akan dapat kalau kita sambut Ramadan dengan cara yang betul. Dah tahu apa ganjarannya, barulah rasa seronok.

Kagum tengok orang yang dapat khatam Quran dua tiga kali dalam bulan Ramadan ni. Msred tak pernah lagi ada rezeki nak khatam dua tiga kali. Khatam sekali adalah dapat Alhamdulillah. Itupun kalau Allah tak tolong tak mampu agaknya. Ustaz kata, kalau rasa susah sangat nak buat amal, minta tolong dengan Allah sungguh-sungguh, InsyaAllah ada rezeki Allah tolong. Nasihat sahabat, tak dapat banyak buat sikit tapi make sure istiqomah. InsyaAllah.

source : https://www.facebook.com/
Muslimknowledge-1561486514129414/


Setakat 6 hari puasa ni belum ada berbuka kat luar, buka Kat rumah je. Jimat dan mudah bagi Msred. Kalau nak buka luar nak kena reserve tempat, kena keluar awal, bersesak dengan orang ramai. Muda-muda dulu rajinlah buat macam tu. Dah tua ni malas. Nak pergi bazaar Ramadan pun malas. Tapi husband pergilah. Nak beli kueh untuk anak-anak alasannya. Tapi Msred tengok apa yang dibelinya banyak yang favourite dia je. Kekeke...

Tak sabar nak tunggu 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha tingkatkan amal supaya dapat Lailatul Qadar yang best sangat-sangat tu. Start dari sekarang doa banyak-banyak supaya Allah rezekikan kita dapat malam Lailatul Qadar tahun ni. Amin. 

Korang buka puasa jangan ikut nafsu tau, nanti baju raya naik size pulak tahun ni. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Hahaa.... 


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown xgemar bersesak....tpi kalau kueh tu, kdg kdg teringin juga nk g beli...

Ann Ishak said...

berbuka di rumah nikmatnya 'lain' :D

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE