May 07, 2018

FOUNTAIN PEN DARI CHINA

Assalamualaikum,

Sejak dari zaman sekolah Msred memang suka sangat stationery. Suka beli banyak-banyak walaupun belum tentu pakai semua. Sampai sekarang minat tu belum hilang. Salah satu stationery item yang Msred Suka, fountain pen. Baru nak belajar pakai, sejak tahun lepas.

Bawah ini antara koleksi yang ada dalam simpanan Msred. Ketiga-tiga fountain pen ni buatan China. Walaupun kebanyakan  fountain pen buatan China ni dikatakan kurang quality dan banyak 'inspired' dari design fountain pen yang popular, tapi kalau nasib baik dapat pen yang agak berkualiti dan sedap pakai, sedap tulis.



Yang first ni, Wancai Moonman Mini. Kecil je size dia, cukup-cukup panjang tapak tangan Msred je. Cuma kalau nak tulis, dia punya cap tu kita letak bahagian atas pen, baru panjang sikit rasa balance nak tulis. Rasa sedap tulis dan Msred suka design dia. Size dia kecik senang bawa kehulu hilir.



Yang ini pulak Jinhao 992. Body dia clear, kita boleh tengok ink Kat dalam dia. Fountain pen paling murah yang Msred Ada. RM 12.00 harga dia tapi yang ini orang bagi. Staff Pen Gallery yang baik hati melayan Msred setiap kali Msred datang kedai dia. Menulis dengan pen ni best, smooth je. Design dia pun cantik Dan size dia ok lah kalau nak bawa ke sana ke mari.




Yang ketiga ni Jinhao X450 flex fountain pen. Yang ini size dia besar sikit dan rasa chubby bila dipegang. Berat sikit dari average pen. Bila menulis rasa smooth. Cuma problem dia, pen ni mungkin category 'wet' pen. Maksudnya bila kita menulis, pen ni keluarkan banyak dakwat, so lambat kering. Tulisan pun jadi tebal dan ink nampak pekat dari biasa. 




Nanti InsyaAllah Msred akan upload video pasal fountain pen ni kat YouTube channel Msred. Overall Msred suka ketiga-tiga fountain pen ni. Tak boleh nak komplen banyak sebab harganya murah. 



Video baru Msred. Terima kasih pada yang sudi tonton. Kalau suka video no like lah. Kalau nak tengok lagi video macam ni jangan lupa subscribe channel Msred. Thanks you all. Enjoy!!


1 comment:

Adaa said...

lawanya tulisan :)

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE