April 05, 2018

MY FAITH

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 24 punya topic, My Faith.






Pinterest

Ibubapa zaman sekarang lebih mudah nak pantau anak-anak di sekolah. Dari tempat kerja pun boleh pantau. Senang bila ada WhatsApp group sekolah dan kelas anak-anak. Semua info boleh terus salur dari atau kepada ibubapa. Alhamdulillah.

Tadi pagi, ada ibu yang anaknya belajar sekolah agama KAFA sama dengan anak-anak Msred, minta tolong ustazah tengokkan anaknya di sekolah sebab selalu kena kacau dengan abang darjah 2 Syukor. Terus Msred rasa risau sebab 2 syukor tu kelas anak Msred, Iman. Risau kalau anak Msred yang ganggu anak ibu tadi. Manalah tahu.

Selain dari risau anak-anak Msred kena ganggu atau kena buli, Msred juga risau kalau anak Msred yang mengganggu Dan membuli orang lain. Malah bagi Msred itu lagi merisaukan. Tapi Msred selalu berdoa supaya anak-anak Msred tak kena ganggu dan doa juga supaya anak-anak Msred tak buli orang lain. Msred percaya Allah akan makbulkan doa Msred untuk melindungi anak-anak Msred dari melakukan sesuatu yang Allah murka atau tak suka. Kalau doa kita ikhlas dan bersungguh-sungguh, tentu Allah akan makbulkan. Kecuali kalau itu memang ujian kita. Tapi kita kena jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti sampai bila-bila. 

Semuga adik tadi tu dilindungi dari benda-benda memudaratkan. 


4 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

harapnya xde la berlaku kes buli lagi....mangsa dan pemangsa sama sama d elakkan....

MisDiarios said...

betul tu have faith.. :D
follow sini #1482

Chekgu Azrine said...

semoga ank2 kita dilindungi sentiasa..aamiinnn

Yun Sing said...

Wah dah ada group WhatsApp ya ^^ Maju sungguh :D

SALE BAJU RAYA

Assalamualaikum, Lagi sehari dua Ramadan akan datang semula. Lama dah kita tunggu. Kebanyakan kita tahu kebaikan dan manfaat bulan Ramada...

ALL TIME FAVOURITE