April 11, 2018

I'D RATHER BE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 26 punya topic, I'd rather be.

Picture : Pinterest
.

Kadang-kadang datang juga rasa rindu pada kehidupan masa anak dara. Bukan nak jadi muda balik. Cuma rindu kehidupan kurang komitmen. Masa tu komitmen hanya pada diri sendiri selain dari pada mak abah. Lebih mudah kurang serabut. Tenang je hidup dengan rutin harian yang teratur. 
.

Sekarang ini, komitmen bertambah besar Dan berat tak boleh nak fikir diri sendiri he, tak boleh nak dulukan diri sendiri. Priority dah berubah, rutin dah tak tenang dan tak teratur, masa untuk diri sendiri susah nak dapat, kalau ada pun sekejap-sekejap. Penat, emosi, fizikal dan mental. 
.

Tapi kalau diberi pilihan, Msred tetap akan pilih kehidupan sekarang, sebagai mama kepada anak-anak Msred dan isteri bapa kepada anak Msred. 
.

Kenapa? Suka sangat dapat jadi Mama dia orang, 3 budak lelaki nakal dan sorang baby perempuan yang manja dan lasak subhanallah. Kalau takde dia orang, Msred tak kan jadi sekuat, sesabar, setabah sekarang. Kalau takde dia orang tentu Msred masih manja duduk bawah ketiak mak semua pun tak tahu nak buat sendiri. Dengan adanya dia orang hidup ada tujuan yang lebih baik dan diisi dengan benda yang berfaedah. So, status sebagai Mama kepada anak-anak Msred menjadikan hidup Msred Lebih baik. InsyaAllah.
.
.
Di bawah ni video terbaru di YouTube channel Msred. Video kedua untuk minggu ini. Jemput tonton. Kalau suka like la dan jangan lupa subscribe. Dan di IG @myadeek sekarang ada flash sale. Jemput visit, link ada kat tepi kanan. Thank you so much for your support. 





No comments:

SALE BAJU RAYA

Assalamualaikum, Lagi sehari dua Ramadan akan datang semula. Lama dah kita tunggu. Kebanyakan kita tahu kebaikan dan manfaat bulan Ramada...

ALL TIME FAVOURITE