March 26, 2018

STAY AT HOME MOM PROBLEM

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 18 punya topic, Stay at home mom problem.


Stay at home mom problem

source http://vintageborn.tumblr.com/post/147509038541/
simply-divine-creation-mary-lauren



Sebelum Msred buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah memang fikir panjang. Msred suka jaga anak sendiri tampa upah orang, suka pergi ambil dia orang dari sekolah, suka ajar sendiri dia orang buat kerja rumah, suka tengok TV sama-sama. Tapi Msred juga suka bekerja. Suka challenge yang ada dalam setiap kerja. Suka meeting, suka work deadlines, suka jumpa kawan sekerja. Sayang sangat nak tinggalkan kerja. Tapi atas sebab peribadi dan kesihatan, terpaksa juga. 
Yang buat Msred berat hati nak berhenti kerja selain sebab di atas, Msred juga tahu apa kesannya kalau jadi surirumah, stay at home mom.

Work related challenge yang Msred selalu hadapi, tak dapat nak rasa lagi. Msred jenis goal oriented person. Memang suka setting goals dan proses untuk capai goals tu membuatkan Msred happy. Seronok setiap kali dapat capai matlamat walau sekecil mana pun. Kalau SAHM ada juga goals. Tapi macam sama je hari-hari atau setiap bulan. 
Selain itu, duit sendiri. Perasaan dapat duit sendiri tu memang best. Tak sama dengan dapat duit dari orang lain, dari suami. Tak ada challenge. Ke ada juga challenge nak dapatkan belanja dari suami? Lol!

Last but not least, tak dapat guna ilmu yang ada sambil cari ilmu yang baru. Otak jadi lemah sebab tak banyak guna. Lagi pun rugi belajar tinggi tapi tak gunakan ilmu yang ada. Bukannya murah belanja belajar sampai universiti. Mak Msred pun ashik tanya bila nak kerja, maklumlah Msred belajar dulu dia yang sponsor. 
Disebab kan faktor ni, sekarang ni Msred selalu rasa rindu nak kerja semula. Seronok jadi Mama sepenuh masa, tapi kerja pun seronok. Tak pasti mana yang terbaik untuk Msred. Semuga Allah tunjukan Jalan. Amin.



3 comments:

Shahida Dzulkafli said...

setiap pilihan pasti ada cabaran.. Kalau msred ambil keputusan untuk jadi housewife, maybe misred boleh buat bisnes online.. Belajar menjahit, buat roti or kek.. Zaman sekarang Housewife tak duduk saja.. Ada je bisnes yang mereka buat.. Mungkin dengan cara ini msred still boleh setting goal tersendiri.. Cuma cadangan..
semoga msred akan berjaya walau apa pun pilihan msred..

Asyiqin said...

Allah dah tetapkan yg terbaik untuk msred. mungkin sekarang full time housewife, tapi mana tau bila anak dah besar sikit dapat peluang kerja yg berganda lagi baik dari dulu kan? InsyaAllah.

fiza linolie said...

Sama apa yang Fiza rasai msred. Kepuasan dapat duit hasil titik peluh sendiri takde. Tapi dalam masa yang sama dok pikir pasal anak. Huhu...

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE