March 22, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 16 : MOMMY TIME

Assalamualaikum,



Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 16 punya topic, Mommy time.

Mommy time


credit as on picture


Sebenarnya sejak ada orang panggil mama ni, Msred tak dapatlah nak merasa me-time sangat. Susah nak dapat masa untuk diri sendiri tampa perlu mendengar ada budak kecik sibuk panggil. Mama! Mama! Bau nak duduk dah dengar Mama! Baru nak tengok TV dah dengar Mama! lagi. Kadang-kadang tu buang air besar pun kena berhenti sebab ada budak panggil Mama! Berpeluh hidung melayannya. Cuma bila Iffan, Ian dan Iman dah besar, barulah sempat habis buang air besar. Lol!!!


Lama jugaklah relax sikit. Bila dapat pulak budak kecik bongsu, Cik Nen tahun lepas. Keadaan tu berulang lagi. Nak buang air besar pun kena plan pukul berapa.

Sekarang ni bila Cik Nen tidur dan semua kerja rumah dah siap, sempatlah Msred melayan minat Msred sejak dulu lagi, scrapbook dan art journal. Sesiapa yang dah mengikuti blog Msred sejak awal tahun 2018 dan dah tengok Youtube Msred, tahu apa yang Msred suka buat bila Cik Nen tidur. Art journal mostly. Release tention, soul therapy bila dapat menulis segala terbuku di hati, dan having fun dengan washi tape dan stickers yang cute-cute. 

Kepada sesiapa yang nak tengok contoh boleh tengok-tengok IG msred, link kat tepi kanan. 

Selain dari crafting, Msred suka baca novel horor, action dan mystery. Cuma bila dah start membaca tu susah nak berhenti dan kena cari satu masa yang panjang untuk duduk diam-diam baca, jadi susah sikit sebab masa free Msred yang beranak kecil ni sikit dan kejap-kejap je. Kadang tu satu buku pun ambil masa berminggu nak habis. Kalau baca banyak sangat berhenti, tak berapa best jadinya.

Gambar atas tu gambar washi tape bagi yang tak tahu. Siapa nak tengok collection washi tape Msred?







2 comments:

Yun Sing said...

Tudia.. sy suka crafting gak.. Banyak gak la barang craft yang dikumpul, washi tape antaranya.

HeNRieTTa JoSe said...

suka tgk journal yang cute deco washi tape kawaii....

SALE BAJU RAYA

Assalamualaikum, Lagi sehari dua Ramadan akan datang semula. Lama dah kita tunggu. Kebanyakan kita tahu kebaikan dan manfaat bulan Ramada...

ALL TIME FAVOURITE