March 21, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 15 : HUBBY LOVE

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 15 punya topic, Hubby love.


Hubby love


credit as stated


Husbang Msred serious tak romantik. Kadang-kadang rasa nak tarik-tarik je misai dia ke bulu kaki dia ke blur 24 jam. Tak paham orang perempuan kesnya. Lol!! Dari zaman bercinta sampai dah anak empat, tak berapa romantik bapak si Iffan ni. Walau apa pun, syukur ada suami, ada orang nak kat Msred. Lol.

Tapi bila kadang-kadang tanpa disuruh dia buat benda-benda ni, buat Msred tersengeh malu tapi happy dalam hati.

Bila dia tanpa disuruh kata, " Meh sini picit-picit sikit."
Bila tanpa diminta dia mengoffer "Malam ni mail masak." [nama dia Pak Mail, lol]
Bila tak disangka-sangka dia usap kepala, tak kata apa-apa.
Bila baru balik berjalan dia mengreflexologikan kaki Msred. [Dia pernah belajar urut reflexology katanya]
Bila tanpa diminta dia bawak balik kueh kasui buat Msred berbuka puasa sebab tahu Msred mesti nak kasui bila berbuka.
Kadang-kadang Msred tertanya-tanya, sebenarnya dia ni romantik ke tak?
Korang rasa?









Video baru di youtube. Siapa belum subscribe? hahaa... Kalau suka subscribe lah, tahnk you.

1 comment:

fiza linolie said...

Kira romantik la tu msred. Hehe...

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE