March 15, 2018

31 DAYS JOURNAL PROMPTS DAY 12 : MOM FAIL

Assalamualaikum,

Msred decided nak ikut Journal Prompts for Mom challenge seperti dalam entry, 31 DAYS JOURNAL PROMPTS FOR MOM. Day 12 punya topic, Mom fail.


Mom fail




Last week, Cik Nen, my 11 month baby girl jatuh katil. Horror!!! Takut sangat masa tu. Fikir macam-macam, luka dalaman lah, takut dia pengsan lah. Takut ada terseliuh ke, lebam ke, pening ke. Ambil masa jugaklah nak bertenang, yakin Cik Nen ok takde apa. 

Ada sekali dulu masa Iffan Daniel, my oldest, banyak kali bagitau Msred ada hari ibubapa kat tadika dan lepas jumpa cikgu murid boleh twrus balik, dan masa hari kejadian Msred lupa nak pergi. Kesian Iffan tunggal sorang kat tadika sampai balik.

Ada sekali tu Iffan jugak, masa dia darjah 3 kot. Waktu memang job Msred lah pickup dia Kat sekolah petang. Waktu tu Msred demam teruk sangat, tidur tengahari lepas makan ubat. Pukul 7pm baru sedar itupun sebab jaga sekolah call suruh amek anak. Terkejut Msred terus bangun pergi sekolah. Kesian Iffan tinggal sorang dah Maghrib Kat sekolah. Msred tak sedar langsung dari tidur. Gila kuat dos ubat tu agaknya.

Ada sekali tu Msred nak cepat hantar the boys sekolah. Turunkan Ian, my second son, dari kereta terus tergesa tutup pintu kereta, then dengar Ian jerit. Tengok-tengok jari dia tersepit. Lebam jugaklah.

Banyak lagi kalau nak cerita. I am not a perfect mom but hari-hari cuba jadi ibu terbaik. Kadang-kadang bila something like this happen, Msred salahkan diri sendiri. Benda macam ni berkemungkinan akan berulang lagi. Jangan teruk sangat salahkan diri sendiri, cuma belajar perbaiki dan sentiasa ingatkan diri jangan  ulang. Jadika  peringatan dan something to laugh about later. 

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hi singgah sini

dear anies said...

tp jgn laa smpi condemn diri... nnt lain pulak jd nyer... stress melampau ;-)

Anonymous said...

Does your blog have a contact page? I'm having problems
locating it but, I'd like to send you an email.
I've got some ideas for your blog you might be interested in hearing.
Either way, great blog and I look forward
to seeing it grow over time.

Azah Rahaman said...

azah as a daughter, banyak jugak kenangan dengan ma abah ni. hehe. waktu azah nak turun kereta, ma azah tertolak pintu tersepit la tangan. pernah juga waktu azah naik motor dengan abah, kaki azah termasuk dalam lidi-lidi motor, phew sakit dia takleh nak cerita, tapi tula kan. kenangan bersama arwah abah dan ma :)

Farahain ZFA said...

ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE