February 02, 2018

SNIPPET 4 : AKU TAK CUKUP BAIK UNTUK DIA

Assalamualaikum,

"So, ini keputusan kau?"





Dia mengangguk perlahan. Aku mengeluh. Walaupun aku dah duga keputusan ini, tapi aku masih berharap. Dari mula aku tahu bukan mudah nak mendapatkan wanita sehebat dia. Tiga bulan lepas, aku jatuh cinta. Jatuh cinta pandang pertama. Kerana aku tak pernah percaya pada cinta pandang pertama, aku pada awalnya menafikan perasaan yang berbunga dalam hati aku. Mana mungkin aku jatuh cinta pada dia hanya selepas sekali pandang. Tak pernah terjadi dalam 30 tahun kehidupan aku.

Tapi selepas sebulan aku berkawan dengan dia, aku akur dengan perasaan aku. Macamana aku tak kalah dengan rasa cinta ini. Semakin kuat aku menafikan perasaan aku , semakin kerap aku termimpikan dia. Mimpi disiang hari. Semakin kuat aku cuba mengelak dari bertemu dengan dia, semakin jelas terang wajahnya diingatan aku. Akhirnya aku mengaku dengan diri aku yang aku sukakan dia, aku cintakan dia. Dan bila dah mengakui perasaan aku, aku berusaha bersungguh untuk memenangi hatinya. Tapi bukan senang.

Dia ibu tunggal kepada seorang puteri. Itu yang membuatkan sukar untuk aku pikat. Dia lebih sayangkan puterinya lebir dari dirinya sendiri. Jadi, mana mungkin dia dahulukan kebahagiaan, kegambiraan dirinya melebihi puterinya. Seluruh masa dan tenaganya hanya untuk puterinya, selepas dia berbakti pada ibunya. Kehidupannya tak berbaki untuk orang seperti aku. Tiada ruang lagi untuk aku di dalam hidupnya. Dengan adanya ibu dan puterinya, dia sudah cukup bahagia. Jadi, apalah harganya aku pada pandangan matanya. Nilai aku tak setinggi mana. Sejak pertama kali aku meluahkan rasa hati, dia dengan yakin menolak. Aku terkejut, tapi aku seakan faham perasaannya. Tak mungkin aku terus mengalah. Aku mohon supaya dia tidak terus menolak aku. Aku mohon supaya sekurang-kurangnya dapat dia menilai semula aku. Walaupun dia setuju, dia tetap mengingatkan aku supaya tak berharap. Aku gelisah, takut. Tapi aku mahu terus berharap.

Setiap hari aku cuba menjadi orang penting di dalam hidupnya. Aku berusaha melahirkan rasa cintanya pada aku. Tak pernah putus asa. Rasa takut memotivasikan aku supaya terus berusaha. Semakin takut aku kehilangannya, aku semakin pasti dia pilihan yang tepat, yang terbaik. Dia wanita hebat yang layak mendapat seluruh cinta kasih aku. Walaupun aku tak pasti samada aku layak untuk mendapatkan cinta hebatnya.

"Maafkan aku." Dia merenungku. Matanya suram, rasa bersalah.
"Tak perlu. Kau tak salah." Aku mengeluh lagi.
"Jangan tunggu aku." Dia masih merenungku.
"Itu hak aku." Aku membalas renungannya, sedaya upaya melenyapkan kesan kesedihan dan kehampaan dari mataku. Aku tersenyum."Tapi aku janji aku tak kan bersedih." Aku tak pasti bila akuakan dapat tunaikan janjiku itu.
"Tolong jangan bersedih kerana aku. Aku tak layak." katanya.
"Aku janji." Bohong aku.
Kami berbalas pandang, berbalas senyum.


Rekaan semata.

Author Iza Ismail












2 comments:

Mizz'strawery Smile said...

Wah karya yg menarik dan boleh pergi jauh ^^ keep going ya! :D

Shahida Dzulkafli said...

Salam perkenalan..
Nice.. teruskan menulis ye..

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE