January 29, 2018

JANGANLAH BUAT MACAM TU

Assalamualaikum,


Monday again. Jangan ada yang mengeluh pulak Monday. Kan best masuk office or attend class balik lepas enjoy dua hari weekend haritu. Jumpa office mate, classmate, boss, cikgu. Rindu kat boss kan? Siapa pernah mimpi bos? Msred pernah. Sampai termimpi-mimpi boss rindu sangatlah tu. Kakakaaa... Kalaulah boss Msred tau Msred mimpi dia. 




Last week memang tiring. Sampai nak makan pun tak selera. Makan 2 pinggang je nasi. Rasa nak tidur 2 hari. Tapi bila fikir sahabat-sahabat Nabi SAW tidur sejam dua jam je sari, bertabahlah.




Cik Nen, princess Msred ni ha, nak cerita. Sukalah sangat memasukkan benda dalam mulut dia. Memang normal bayi suka masukkan benda dalam mulut dia. Cuma yang buat Msred risau, dia ni tak pilih langsung benda yang dia nak masukkan dalam mulut dia. Apa saja benda yang tercapai, tak payah nak tengok-tengok nak pilih-pilih dia terus masukkan dalam mulut. Ada baby yang dia pilih benda yang dia masukkan. Bukan semua benda dia masukkan dalam mulut. Cik Nen ni semua. Capai je terus masuk. Dapat je kat tangan dia terus masuk. Rasa macam nak paksa pakaikan dia niqab je or face mask tu tutup mulut dia. Masalahnya dia tak nak. Tak kan nak seletep je mulut dia. Penderaan. Kalaulah boleh mengadap dia je 24 jam ok lah. 

Dah sapu dah rumah tapi biasalah mesti ada yang tinggal dan tak dapatlah nak bersih sentiasa. Baby pulak selalu je nampak benda yang kita tak nampak.

So, meh tolong bagi idea apa yang Msred boleh buat untuk menjaga Cik Nen supaya dia tak dapat langsung masukkan benda dalam mulut dia dan kalau boleh berhentikan terus habit dia tu. Kesian dia kalau masuk benda-benda yang kotor dalam mulut dia.

Terima kasih in advance.

2 comments:

Ann Ishak said...

saya pernah mimpi kena marah dengan boss :D

Shahida Dzulkafli said...

baby memang macam tu sis..
semuanya nak dibubuh dalam mulut.. Cuma kena make sure lantai bersih jelah.. Satu lagi letak dalam kurungan.. Hehehe.. Kurungan baby tu..

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE