January 26, 2018

ADA MASANYA DENGAR LEBIH BAIK DARI CAKAP

Assalamualaikum,

Alhamdulillah for another Jumaat. Peluang kita nak buat amalan Sunnah sebanyak-banyaknya. Harap kita ingatlah nak bersedekah hari ni, InsyaAllah.

Orang kata biasanya perempuan lebih banyak bercakap dari lelaki. Perempuan biasanya menggunakan lebih banyak perkataan untuk menyampaikan sesuatu perkara dari lelaki. Perempuan kalau nak cerita sesuatu benda tu, berjela-jela mukaddimah dia tapi lelaki boleh ceritakan point yang sama guna satu ayat je. Betul ke ni you all?

Betul la tu. Selalunya betul. Kadang-kadang je tak betul. Itu jawapan Msred, mungkin tak sama dengan jawapan you all. Peace !





Kalau dah penat bercakap tu, cuba diam pulak dan jadi  pendengar. Biarlah kita pandai cari dan pilih apa yang kita patut dengar. Jangan belasah je guna telinga tu sesuka hati. Kita semua tahu apa yang patut kita dengar dan apa yang tak patut atau tak perlu kita dengar. Sama-samalah kita hati-hati guna telinga sebab nanti kat akhirat telinga kita akan report kat Allah apa kita buat dengan telinga kita.

Alhamdulillah.

4 comments:

Dunia Zumal said...

Betul.sesekali kena juga jadi pendengar...

raihanah said...

memang betul pun, salam kenal sis

Gja said...

setuju dgn statement di atas

Ana Suhana said...

Salam Jumaat awak. Semoga beroleh keberkatan hari yg penuh barokah ni.

Saya setuju dengan kata2 awak dlm entri ni. Well said.

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum, Dah Ramadan 19 dah, Alhamdulillah. Malam ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kita sama-sama usaha gadakan amal banyakka...

ALL TIME FAVOURITE