October 14, 2014

NUFFNANG CPUV : ZURICH INSURANCE

Assalamualaikum....


Alhamdulillah rezeki lagi. Kali ini Nuffnang bagi BE dari Zurich Insurance pulak. Tapi sampai tiga. 


Tak tahu lah kalau Nuffnang salah bagi. Sebelum ini ada terbaca pasal Nuffnang sedag upgrade Bahagian Earning kita kat Nuffnang punya Dashboard. Katanya mungkin ada kesilapan especially kalau yang sampai tiga iklan yang sama sekaligus. So, ini maybe a mistake. Just wait and see je la.

Walau apa pun, terima kasih Nuffnang. Terima kasih Zurich Insurance.

GADIS BERKURUNG

Assalamualaikum.....




Segalanya tentang dia, menarik pada aku. Kebiasaanya berbaju kurung bunga-bunga kecil, bertudung sederhana dan wajah tanpa alat solek. Dia tak secantik Nealofa. Tapi sifat pemalunya membuatkan dia kelihatan sangat menarik. Pertama kali aku melihat dia di Program Ukhuwah Siswa. Bermula sebagai teman program, bertambah erat menjadi sahabat. Namun tak pernah aku luahkan perasaan, takut dia lari jauh dari aku. Takut status aku sebagai sahabatnya bertukar menjadi orang asing.

Aku tak pernah kesal untuk meneruskan perhubungan kami sebagai sahabat, tiada lebih. Aku percaya qada dan qadar. Aku percaya Allah dengar doa aku. Jadikanlah hubungan kami yang paling terbaik. Kalau lebih baik sebagai sahabat, aku redha dengan pilihan Pencipta kami. Kalau sebagai pasangan itu lebih baik, aku mohon Allah mudahkan. Walau apa pun status aku dengannya, aku berjanji akan cuba jadi yang terbaik.

Sahabat terbaik.

Kekasih terbaik.

Apapun, aku harapkan redha Allah. Aku harap Allah menjaga hubungan kami agar tidah tergelincir.

Lamunan aku terhenti dengan teguran si gadis berbaju kurung bunga merah. Dia yang sentiasa ditemani temannya menghampiri aku di dalam bilik perbincangan.

" Assalamualaikum." Tegurnya.

" Waalaikumsalam." Jawabku.


#ramblingkarya

October 10, 2014

GOOD MORNING LOVE

Assalamualaikum....




Dont forget to say Alhamdulillah when Allah decide to let us see new day, to let us feels todays wind and to let us continue to worship Allah. Say the prayer and reflect.

October 09, 2014

A FAIR FIGHT TO GET A GIRL

Assalamualaikum.....

A fair fight. It should be.

Dia sahabat baik aku. Kami dah lama berkawan. Dia lelaki hebat. Sangat menghormati orang. Sayangkan kawan-kawan. Gentleman. Wanita sukakan dia bukan sebab rupa. Itu kekurangan dia. Istimewanya dia kerana dia tahu apa yang perlu dilakukan, dikatakan untuk setiap keadaan. Setiap perkataannya membuatkan orang tertarik dengan dia, sahabat atau peminat. Dia sahabatku.

Dia pula wanita yang aku suka. Baru-baru ini baru aku sedar yang aku sukakan dia. Selama kami berkawan, tiada cinta. Dia wanita yang sahabat baik aku suka dalam diam. Mana mungkin aku sukakan dia. Tapi sejak akhir-akhir ini, jadi lain. Perasaan aku pada dia berubah. Bukan lagi wanita dambaan sahabat baik ku. Dia kini juga wanita idamanku. Pada awalnya aku masih menolak perasaan ini. Sahabat aku tak tahu. Wanita itu juga tak tahu. 


Adil ke? 

Aku tiada jawapan.

Akal aku berkata, aku patut berterus terang dengan sahabat baikku. Sebelum aku mula berusaha mendapatkan wanita idaman aku, aku patut beritahu sahabatku. Supaya aku dan sahabatku dapat bersaing cara baik. Daripada aku rampas dalam diam. 

A fair fight. It should be like that.


#ramblingkarya

Author : Izaismail


BILA TERPAKSA MEMILIH

Assalamualaikum....

Mereka anak-anakku. Semuanya. Anugerah terindah. Tak pernah ditanya, yang mana satu paling rapat di hati? Yang mana satu paling istimewa? Yang paling disayangi?

Jangan tanya aku soalan itu. Jawapan aku satu. What kind of quiestion is that? Aku boleh jadi marah dengan soalan umpama itu. 


 





Mereka semua belahan jiwaku. Penyebab senyumku. Penguat semangatku. Jangan suruh aku pilih. Aku tak mahu pilih satu. All of them puzzle of my heart.

#ramblingkarya


CPUV CAMPAIGN DARI NUFFNANG

Assalamualaikum.....

Ada seseorang tanya saya, kalau pasangan kita romantik perlu ke kita jadi romantik juga? Kalau kita memang bukan jenis romantik, kena ke belajar jadi romantik? 




Saya jawab pendek je. Tak tahu. 

Intro yang takde kena mengena dengan entry. Cuma time nak tulis entry ni, teringat seorang kawan yang suka bertanya.

Well, untuk bulan Oktober ni, Alhamdulillah rezeki masih ada. Masih ada CPUV sedang running. Thanks Mr Nuffnang. You make my day. Teruja.




Terima kasih juga pada Proton, Sime Darby, Sunsilk [my favorite shampoo] dan SME Micro Finance. Really appriciate this. Harap bulan-bulan yang akan datang, rezeki masih ada dan akan bertambah. Hehee...


October 08, 2014

LELAKI DAN KAWAN BAIK PEREMPUAN

Assalamualaikum.....



Aku dengan dia dah lama. Sejak dari sekolah menengah lagi. Best friend. Forever. Best friend forever katanya. Aku pun setuju. Dia bukan gadis paling cantik, tapi kalau dipandang, menyenangkan. Comel bila dia sembunyikan kematangannya. Menenangkan bila dia tunjukkan kematangan. Aku suka berkawan dengan dia. Entah kenapa memang dari dulu tak ada cinta. Cuma rapat sebagai teman, tak pernah lebih. Dia pun macam tu.

Dari awal lagi aku dan dia tertanya-tanya, apa akan jadi kalau aku atau dia decide to date someone? What will happen to us? Still best friend? Akan masih rapatkah macam sekarang? Aku dan dia tiada jawapan. Diam.

Nobody can trust anybody fully. That is the fact and that is the problem.

Aku dan dia pasti, akan ada kemungkinan pasangan aku atau dia nanti, minta kami pilih cinta atau sahabat. Apa nak buat kalau itu terjadi? Will we make the choice? Should we? How?

Sanggup ke kami lupakan persahabatan kami untuk cinta yang baru kami kenal? Patut ke? Lupakan persahabatan untuk cinta? What is the right choice? 

Sampai sekarang aku dan dia tak ada jawapan.


#ramblingkarya
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno