August 27, 2014

FAVORITE SAYA DAN BOYFRIENDS, THUMB WAR

Assalamualaikum.....

Thumb war. Pernah main tak? Ini one of my favorite games dengan my husband. Kita orang selalu layan thumb war ni bila bosan ke. Kadang-kadang dalam kereta waktu jam, tetiba je kita orang.... " jom thumb war." Heheee....




Sampai sekarang saya suka layan thumb war dengan husband. Yang bestnya dia selalu bagi saya menang walaupun ikut logiknya dia mesti menang sebab jari dia panjang dan jari saya pendek-pendek [tapi cute] je.

Bila dah ada anak ni, saya selalu main dengan dia orang pulak. Terutamanya Iffan si sulung tu. Dia suka ajak saya lagan Thumb war. Dah tentulah Iffan kalah kalau main dengan saya. Kalau mak orang lain mesti bagi anak dia menang kan. Tapi saya tak mau kalah. Nak menang je. Hehee..... Iffan selalu bersungut, " Alah mama ni. Ashik mama je menang." Dan saya selalu jawab, " Mestilah. Mama kan terel." Kah kah....




Sorrylah, mama Iffan tak romantik.

posted from Bloggeroid

August 26, 2014

WILL TRY HARDER

Assalamualaikum....




For my boyfriends, Iffan Daniel, Ian Syamie dan Iman Zary Haqimie. I will try to be the best "Ground" for you. As soft and confortable as I can be so that your cry when you fall will be less. Dear Allah, please help me.

posted from Bloggeroid

August 25, 2014

PROM NIGHT?


Assalamualaikum.....

 


Hari Ahad, boyfriend saya si Iffan sibuk nak pergi birthday party kawan sekolah dia. Birthday party anak dara orang. Iffan kata dah janji dengan kawan-kawan dia. Beria. Nak mainlah tu.

 

Dah pagi-pagi kena pergi beli hadiah untuk anak dara tu. Majlisnya pukul 4 pm, tapi malas nak keluar time tengah panas macsm tu, pukul 9 dah tercongok depan market tunggu kedai buka nak beli hadiah punya pasal. Hheee....

 

Petang, yang tolong hantar Iffan dan jemput dia dari rumah kawan dia tu pun Uncle Yoi dia sebab mama dia pemalas nak keluar. 

 


Tengoklah tu happy muka. Tau ada kek nanti, pas tu boleh main ngan kawan. tersengeh je.

 

Saya siap ambil gambar Iffan lagi. Ini first time Iffan mendapat kebenaran mama dia nak pergi Birthday Party. Macam nak pergi prom night pulak siap bergambar kenangan. Hehee....

 

Pesanan untuk Iffan : Please behave. Dan jangan harap mama nak bagi pergi any prom night ok!! Ever!! 

KUTURUTKAN JUA


Assalamualaikum....




Last week system down untuk 2 hari kat office. Mula-mula bestlah sebab boleh main-main, kerja tak boleh nak buat. Lama-lama jadi bosan gila. Dahlah mengantuk, kerja tak boleh buat pulak. Memang kepala nak letak atas meja lah. Bos pun stress je sebab tak boleh nak marah bila tengok staff dia relax je. Hheee....

Hari Sabtu lepas, saya memenuhi undangan Tadika Kemas boyfriend saya Ian Syamie. Mula-mula malas nak pergi sebab hari Sabtu pagi saya ada kelas di masjid. Tapi Ian beria sangat nak pergi, ikutkan sajalah. Boyfriends semua dah siap berjubah dah sebab plan awal nak ke masjid. Malas nak tukar baju, pergilah Kindy Ian dengan jubah tu.
  





boleh tak duduk hensem2 sikit!!!
 

Seronoklah dia orang sebab dapat makan best dan dapat main beramai-ramai sampai saya ajak balik pun tak nak.  

Sent from Samsung Mobile

August 19, 2014

TUKAR KAT KIOSK



Assalamualaikum.....

Bila tengok cermin pagi ini, sedih tengok eye bag plus dark circle yang super ketara. Serius dah macam panda, cute panda. Hehee..... 

 
w heart it

Last weekend sibuk kira duit raya boyfriends. Nak masukkan dalam bank. Alang-alang nak masukkan duit dia orang, masukkan sekali duit tabung Iffan dan Ian. Selalunya kalau nak masukkan duit tabung dia orang, saya suka tukar duit syilling dia orang kat coin kiosk kat Tesco. 





Kita masukkan duit syilling, kiosk ni akan keluarkan tukaran dia dalam bentuk resit yang akan kita guna untuk shopping kat Tesco. Saya guna resit tu shoppinh kat Tesco. Then saya ganti lah amoun resit tu. Nak masukkan duit dalam bank guna cash deposit. Pakai duit kertas senang. Kat Maybank pun ada kiosk duit syiling ni tapi saya tak pernah guna.

Suka Iffan orang kira duit dia. 

August 18, 2014

SIBUK JE NAK BERGAMBAR DENGAN KITA



Assalamualaikum.....

Battery dah recharge. Hari ini mood nak buat kerja mesti best punyakan? Mesti berkobar-kobar saya nak siapkan kerjakan? Non stop sampai lunch hour nanti. Hahaa.... Exaggerating!! Takdelah rajin sangat. Rajin sikit je.



Cerita last week. Last week punya Sabtu, saya melawat my sis yang baru saja dapat baby boy. So excaited, sebab saya dah lama tak pegang baby. Dah lah babynya handsome. Dah tentulah saya sibuk nak bergambar dengan baby handsome kan. Si Ian dan Iman ni pun sibuk je nak join sekali. Tak boleh nak bergambar berdua je dengan baby Mika [Miqaiel]. Pantanglah saya pegang Baby Mika, Ian dan Iman mesti nak sibuk. Nak adik ke hape?

 

 

 

My boyfriend yang last sekali, Iman dah 4 tahun. Orang dah start tanya bila nak pregnant lagi? Bila nak try dapat girlfriend pulak? Haish.... Saya ingat bila dah beranak tiga tak adalah orang tanya lagi, bila nak pregnant. Ada jugak lagi yang tanya!!

Sabar je lah yea.


August 17, 2014

OH MY NEW BOYFRIEND

Assalamualaikum....


Kerinduan.....

Semalam hari sabtu, saya melawat Mr Mika boyfriend baru saya. Handsome!!

First time jumpa hari Jumaat last week. Yerus jatuh chenta. Dah lama tak rasa macam ini. My boyfriend yang kecik sekali dah 4 tahun. Belum ada rezeki nak dapat baby baru. Dapat anak buah baru pun super excited.

Meet Mr Mieqa.


Congrats sis on your newborn baby boy, Mr Mieqail. Nama penuh to be confirm later. 

Semalam baby Mieqa dah seminggu. Ada jaundice sikit. Apart from that, he is healthy. Alhamdulillah for this new joy.



Tetiba terasa macam teroverjoy pulak macam dapat baby sendiri. Hehee.... Tak apa. Anak buah tu macam anak sendirilah kan. Yang bestnya, part main je dapat kat kita. Part nak basuh yayak dia, mandikan dia, jaga dia waktu malam bagi kat mommy dia. Kita layan dia main je. Heheee.....

August 08, 2014

HEBAT KE DENGAN ROLLER SKATE

Assalamualaikum.....



Tengok gambar ni, teringat masa swkolah menengah dulu sekitar tahun 1990 an. Ada satu tempat main Roller Skate yang indoor punya dekat KL apa nama entah tak ingat. Kalau tak salah nama tempat tu Spinning Wheel kot. Ada trek Roller Skate dan tengah-tengah dia ada DJ perform. Adalah pergi tiga empat kali lepas tu tak pernah pergi lagi dah sebab dah berapa kali kawan-kawan ajar nak main tapi fail memanjang. Lepas tu tak hingin dah nak pergi. Kalau pergi lepak dengar lagu je baik duduk rumah. Dahlah masuk bayar. 

Sampai sekarang tak reti main. Suka tengok orang main tapi tak teringin pun nak belajar main. Dah tua ni lagilah tak teringin. Boyfriends saya bertiga tu belum kenal benda ini. Kalau dah kenal nanti kang terpaksa pulak ajar. Macamana nak ajar kalau sendiri main pun ashik jatuh je. 

Harap biarlah dia orang tak minat main. Tak payah beli roller blade. Tak payah ajar dia orang main. 

August 06, 2014

DIA CEMBURU

Assalamualaikum....




Semalam dah selamat empat hari puasa sunat syawal, alhamdulillah. Tapi hari ini ponteng pulak sebab kurang sihat. Semalam buka pun tak berapa nak makan. Pagi ini pergi office pun lesu saja. Harap-harap esok lebih kuat sebab nak sambung puasa insyaAllah.

Pagi tadi sebelum hantar Ian ke kindy, sempat selfie dengan Ian. Lama dah tak berselfie dengan boyfriend. 




Waktu ini Iffan dah ke sekolah. Kalau Iffan tengok gambar ini mesti dia tanya kenapa dia tak ada dalam gambar. Iffan tu kadang-kadang kalau saya ambil gambar dengan sesiapa pun kalau dia tak ada selalu tanya kenapa dia tak ada dalam gambar? Siap pesan tu lain kali kalau nak ambil gambar panggil dia sekali. 

Jeles ke mama tak ambil gambar dia sekali atau Iffan ni memang suka nak interprem?

WORDLESS WEDNESDAY

August 05, 2014

BERJUANG LAGI



Assalamualaikum.....

Semalam pagi server down. So kerja tertangguh. Dah petang baru dapat guna. Pagi ini kebizian sikit. Sikit saja. 

Semalam, walaupun penat. Keluar juga pergi Tesco sebab nak makan Nasi Ayam Cendawan dekat Food Court dia. Mengidam nak berbuka Nasi Ayam Cendawan dia. Boyfriends pulak nak makan mee sizzling. Jom kan aje.

Semalam hari ketiga puasa sunat syawal. Hari ini insyaAllah hari ke empat. Alhamdulillah Allah permudahkan nak buat puasa sunat syawal. Sebelum ini selalu buat Puasa sunat Syawal sekali dengan puasa ganti. Tahun ini saya asingkan puasa sunat Syawal dengan puasa ganti. Ustaz kata boleh sekalikan tapi lebih baik asing. Lepas habis puasa sunat syawal, raya sekejap [raya syawal kali kedua... hehehee...] then lepas tu boleh buat puasa ganti pulak. InsyaAllah.




Kat rumah berbuka air dengan kurma saja dulu. Lepas solat maghrib baru keluar pergi makan. Sampai Food Court memang dah lapar gila. Dapat makan terus ngap, boyfriends pun dah tak layan dah.



Subway Chicken Sandwich untuk sahur nanti. Kalau tiba time malas masak macam nilah.

Jom puasa sunat syawal. Kerana Allah.

NAK RAYA BERSAMA

Assalamualaikum......



Hari kedua masuk office selepas seminggu bercuti. Kerja pelan-pelan bertambah. Nasib baik mood kerja pelan-pelan datang. Kalau tak datang-datang tak tahulah macamana kan.

Hari tu beria beli film baru dan bateri baru untuk polaroid camera berangan nak snap picture raya guna polaroid. Dahlah mahal nak beli bateri dan film tu. Sekali time nak ambil gambar, rosak pulak cameranya. Sabar jelah. Setelah digodek-godek didapati lensanya rosak. Kalau nak betulkan lensa memanglah mahal kan. Lebih baik beli baru saja.



Lepas cek, rupanya nasib baik waranty ada lagi sebulan. Next month expired. Nasib baik. Selamat duit saya. Terus hantar service centre. Nasib baik dekat dengan rumah. Siap paksa orang tu siapkan minggu ini juga. Kekeee... Urgent nak pakai ni.

Cepat sembuh yea. Nak raya sama-sama ni.

August 04, 2014

CPUV CAMPAIGN FROM NUFFNANG

Assalamualaikum....



Sejak seminggu lalu, sejak cuti raya sampai semalam memang tak ada hati nak tengok blog. Malas gila nak buka. Seronok cuti dengan boyfriends saya Iffan, Ian dan Iman. [Papa diaorang takde]. Memang maksima tak ingin tengok blog. Heheee..... Ok. Memang overrated.




Pagi tadi tengok Nuffnang ,ada 2 campaign baru. Alhamdulillah ada lagi yang singgah. Ingat tak ada dapat dah sebab trafik blog memang rendah lah last week. Tapi rezeki. 

Thanks again Nuffnang dan juga Rakuten, Mayfair Bodyline dan B.liv Brand.

SERONOKLAH YOU ALLS

Assalamualaikum....



Credit picture: We heart it


Disebabkan system down kat office sebab system belum habis cuti raya, dari pagi tadi dapatlah blogwalking. Semua cerita pasal balik kampung. Ada yang belum update blog lagi hari ini sejak hari raya haritu. Belum habis cuti ek? Seronok baca cerita orang beraya di kampung.

Saya pulak tahun ini tak balik mana-mana kampung pun sebab mak daya kat Shah Alam, mak mertua pun kat Shah Alam. So, selama 9 hari bercuti raya last week, saya ada di Shah Alam. Beraya kat KL, Putrajaya dan Shah Alam.

Raya ke 4 sampai raya ke 7 saya ada kat rumah je. Tidur, main dengan boyfroends saya bertiga tu, makan, tengok korea, tidur. Itu sajalah kejenya. Nak gi beraya rumah sedara kat sini, ada yang masih belum balik dari kampung dia orang. So, saya pergi beraya kat shopping compleks je lah.

Gambar raya, belum ada hati nak letak lagi.

posted from Bloggeroid

LAMA DAH TAK LAYAN

Assalamualaikum.....



Biasanya saya tak layan benda ni. Tak kisah pun. Tak memberi kesan pun walaupun ramai yang bersungut. Tapi hari ini kena layan pulak Monday Blues. Lepas cuti seminggu, nak start balik kerja memang lemau je lah. Blur je. Dah lah kerja belum nak berapa ada. Lagi lah blur.

Dah lah pagi-pagi baca email dari bos. Kena marah dengan bos. Hehee..... Dah tua-tua pun kena marah. Sorrylah bos buat bos marah-marah. Maklumlah hari itu last week kerja, last day pulak tu, sebelum cuti raya seminggu. Memang tak ada mood lah nak buat kerja. 

Raya tahun ini, tak balik kampung pun. Sob sob..... 

Tapi tak apalah. Yang penting dapat bersama keluarga. 

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno