June 30, 2014

NUFFNANG CPUV CAMPAIGN LAGI

Assalamualaikum....

I love monday! I love Ramadhan. Hope I can do well this Ramadhan.

Bila buka Nuffang, suka dengan imej barunya. Rumah baru. Lagi suka bila Nuffnang sudi bagi CPUV lagi. Kali ini, Alhamdulillah campaign Ikea plak. Maklumlah dah nak raya ni Ikea haruslah buat promotion kan. You alls kalau nak shopping perabut, hati-hati jangan over sangat. Nafsu shopping kena kawal tau.







Thank you Nuffnang for this campaign. And thanks to Ikea too. *HUGS*
posted from Bloggeroid

OH MY HERO

Assalamualaikum....



Last two week, ada hari sukan kat sekolah Iffan. Walaupun saya tak berapa sihat, tetap juga pergi tengok Iffan bersukan. Iffan teruja sangat nak pergi sebab dia masuk lumba lari apa ntah namanya yang kena bawak bola tu.

Janji start pukul 8 am, tapi seperti yang dah diduga, haruslah start lambat kan.







Iffan rumah kuning dan pasukan dia dapat no 3 untuk acara lari bawak bola tu. Gangsa sajalah. Tak kisah, janji Iffan seronok. Budak umur macam tu tak competitive sangat sebab dia orang tau nak main saja.



Congrats Iffan. Lepas habis acara untuk budak darjah dua, saya terus balik. Dah tak larat dah. Sejak dah tua ni badan saya cepat penat.
posted from Bloggeroid

June 29, 2014

STYLE IFFAN PUASA

Assalamualaikum.....




Ramadhan pertama tahun ini. Semalam pergi Tesco dan seperti yang dah diduga, pack. Ramai yang shopping barang dapur sehari sebelum puasa. Awalnya saya malas nak pergi tapi disebabkan kat dapur ada seketul ayam je yang tinggal, gagahkan jugalah nak bersesak.

Sahur semalam simple sahaja. Alhamdulillah ada udang dan telur dadar favorite Iffan. Iffan bertekad tahun ini nak puasa penuh sebulan. Baguslah kalau ada niat macam itu. Semuga Iffan berjaya.

Saya tak pernah paksa Iffan puasa. Tapi saya suka guna cara psikologi. Selalunya saya cakap betapa ruginya kita kalau tak puasa sebab puasa bulan Ramadhan Allah bagi hadiah berganda-ganda kat syurga nanti. Silap-silap kat dunia dah dapat. Selalunya berjaya pengaruh Iffan especially kalau awal Ramadhan tu. Kalau part last-last Ramadhan tu kadang-kadang fail la. Dia pun dah penat puasa dari awal Ramadhan. Sekolah lagi. Selalunya last-last Ramadhan puasa Iffan dah mula rompong dah. Tak apalah Iffan. Janji kita makpak kena selalu motivate anak-anak supaya rajin dan suka puasa.

Hwating Iffan!!!
posted from Bloggeroid

June 28, 2014

SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

Assalamualaikum.....




InsyaAllah esok 1 Ramadhan, bulan yang dirindu yang ditunggu. Sayu rasa bila dah sampai. Semuga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Semuga kita dapat mengambil manfaat dari segala kebaikan Ramadhan anugerah Allah ini.

Family saya decide untuk lunch sama-sama sempena menyambut Ramadhan kali ini. Plan last minute sebenarnya.

Saya mulanya plan nak shopping baju raya hari ini. Bukan sebab tak menyempat-nyempat nak raya tapi sebab saya malas sangat nak shopping time puasa nanti. Penat satu hal. Kalau tak keluar boleh bermala kat rumah. Kalau sibuk shopping nanti badan penat sangat.

My family choose this restaurant today.




Cuba teka kat mana ni?
posted from Bloggeroid

June 27, 2014

HABIT YANG BUATKAN SAYA GEMUK

Assalamualaikum.....

Haru Jumaat malam ni, my energy level dah tahap kritikal. Usually say no to cooking. Even nak keluar beli makan pun tak nampak menarik. Just sit lazily with my boyfriends infront of tv. Tapi perut lapar. I always feel hungry.

Sejak awal tahun ni, berat badan saya naik dengan jayanya. Masa yang diambil nak siap bila nak keluar bertambah lama sebab susah nak pilih baju mana nak pakai, yang tak buat saya nampak chubby.

I love to eat. I love good food and love to eat.

Selain itu saya ada habit lain yang selalu buat berat badan saya naik.



First, saya suka makan bila saya bosan. Bila saya bosan, walaupun saya tak lapar saya selalu cari makan. Agaknya hati saya cakap kat akal saya kalau saya makan sesuatu mesti hilang bosan.

Second, saya suka makan sambil tengok tv. Dari mula cerita sampai habis cerita tau-tau dah habis sepinggan cekodok sorang-sorang.

Third, saya suka makan tengah malam kalau saya tidur lambat. Kadang-kadang bila tidur lambat sebab kerja lambat siap, sebelum tidur selalu terasa nak makan sesuatu. Makan biskut ke.

Itu sebab berat badan senang naik dan susah nak turun.

Ramai orang ambil kesempatan bulan puasa nak turunkan berat badan. Saya ingatkan diri sendiri, puasa kerana Allah bukan sebab nak kurus. Kalau amal tak ikhlas kerana Allah takut Allah tak terima amal kita. Kalau nak kurus kawal makan dan rajin excercise.
posted from Bloggeroid

CPUV CAMPAIGN HUAWEI ASCEND P7

Assalamualaikum...

Murah betl rezeki hari Jumaat hari ini. Alhamdulillah.

Dah lah pagi tadi hujan setelah lama dah tak hujan. Kat office ada pulak makan-makan pulut kuning sempena kedatangan Ramadhan kesayangan. Syukur sangat.

Alhamdulillah ada lagi satu CPUV Campaign sedang running. Rezeki menjelang Ramadhan agaknya. Thanks Nuffnang for this campaign. Thanks Huawei. Love it and love ya...



June 26, 2014

SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum.....





Do not believe in part time love. Appreciate others heart. It is special.
posted from Bloggeroid

June 25, 2014

TIKET WAYANG FREE

Assalamualaikum....

Pagi-pagi dah layan blues. Wednesday blues. Dah lah bangun lambat sebab semalam tidur lambat. Kat office pulak laju je masuk pantry lepas tu blur je dalam hati tertanya, aku masuk pantry nak buat apa ek tadi? Baru hari Rabu ni mood dah mood weekend. Over betul.




Semalam pergi tengok wayang tiket free. Thanks to Nuffnang sebab bagi tiket primere screening The Fault in our star. Saya memang nak sangat tengok cerita ni. Lepas baca novel dia, saya memang teruja tengok cerita ni. [Tak caye? Tengok sini]. Kisah cinta dua orang pesakit cancer remaja level 4. Rata-rata peminat cerita ini dah baca novel dia lebih dari sekali.

Nice. Heart warming. Sad. Saya dua tiga kali meleleh air mata. Sad ending, but true enaugh. That's what we call life, not fantasy.


Thanks again Nuffnang for the ticket. I really want to watch this movie.





posted from Bloggeroid

June 24, 2014

BULGOGI BROTHERS KOREAN BURGER

Assalamualaikum.....





Lately selalu tinggalkan blog saya ni. Mood kurang ke arah blog. Happy layan RM sskarang ni. Over betul.

Tapi time macam ini ada pulak campaign Nuffnang singgah. Thanks yea Mr Nuffnang. Seronok sangat.




Saya dah rasa dah Bulgogi Brothers Korean Burger ni. Sedap. Cuma kat lidah saya terasa pedas sikit. Dah tua-tua ni tak tahan makan pedas.

Thanks to Mc Donalds juga. Favorite fast food ni.
posted from Bloggeroid

ANTARA HADIAH YANG PALING MAHAL

Assalamualaikum.....





Sungguh excited. Tak lama lagi Ramadhan, hadiah dari Allah untuk umat Nabi Muhammad. Peluang untuk tambah ibadah tambah pahala sebab pada bulan Ramadhan Allah gandakan ganjaran untuk setiap amalan kita walau sekecil mana pun.

Kita sama-sama kena doa supaya Allah berikan kita kesihatan supaya kita dapat banyak beramal termasuk berqiyam terutamanya 10 malam terakhir nanti. Kita sama-sama berdoa untuk kekuatan iman supaya kita dapat melawan nafsu dari banyak melakukan kerja sia-sia pada bulan Ramadhan nanti.

Sekarang ini kita patut dah ada plan apa nak buat bilan Ramadhan nanti. Nak khatam quran? Nak tambah zikir 2000 kali sehari? Nak bangun qiyam setiap hujung minggu? Nak tarawih di mana? Plan baik-baik supaya kita dapat sebanyak-banyak manfaat dari bulan Ramadhan nanti. Niat sungguh-sungguh nak beramal banyak-banyak dan doa semuga Allah permudahkan. Kalau kita sia-siakan hadiah dari Allah ni, nanti kita juga yang sangat rugi. Setahun ada sebulan sahaja Ramadhan.


posted from Bloggeroid

June 20, 2014

CARA NAK BAGI PAHALA KITA PADA ORANG

Assalamualaikum.....


"O you who believe! Avoid much suspicion, in deeds some suspicions are sins. And spy not neither backbite one another. Would one of you like to EAT THE FLESH OF HIS DEAD BROTHER? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah, verily, Allah is The One Who accepts repentance, Most Merciful"

-Quran 49: 12

Cuba sedaya upaya jangan mengumpat, fitnah dan mencari aib orang lain. Kesannya menakutkan. Sebab Allah tak akan ampunkan dosa kita mengaibkan orang lain selagi orang yang kita aibkan tu tak maafkan kita. Kat akhirat nanti boleh jadi mukhlis pahala atau bertambah dosa sebab segala pahala yang kita ada akan berpindah pada orang yang kita umpat. Kalau kita tak ada pahala, dosa orang yang kita umpat tu pindah kat kita.

Kita kena lawan nafsu hati nak bercerita pasal orang lain. Hari-hari kena lawan. Kalau kita mengata bos kita, berani ke nak minta maaf dengan dia?

Ada pulak yang cakap kat saya. Silap-silap artis yang tak solat, yang kita umpat selalu tu lebih dulu masuk syurga dari kita. Cuba bayangkan berapa banyak pahala yang dia collect dari orang yang mengumpat dia?
posted from Bloggeroid

June 19, 2014

BILA DAH JUMPA

Assalamualaikum....


we heart it

Apa Iffan, Ian dan Iman suka buat bila jumpa sesuatu yang kurus tinggi.


Bila kat kampung.





Bila kat bandar.




Iffan dan Ian ni pantang jumpa tiang atau apa-apa yang boleh dipanjat. Tak kenal erti malu Iffan dan Ian mesti berebut nak panjat. Entah apa yang best entah.

Teringat zaman saya kecik-kecik dulu suka panjat pokok bila kat kampung.



posted from Bloggeroid

JANGANLAH MERAJUK

Assalamialaikum.....

Hari Isnin Selasa haritu cuti, kurang sihat. Semalam masuk office banyak juga kerja nak disiapkan. Tak sempat sangat nak main-main. Hari ini dah lega sikit. Bolehlah berenti pit stop recharge mood.




Budak dah start sekolah. Jalan dah start jam sesukahati. Iffan merajuk pulak.




Bukan. Iffan bukan sedang berfikir atau sedang cuba fokus. Dia sedang kontrol hensem menahan air mata.

Walaupun Iffan abang long kawasan dalam rumah saya, sekali sekali dia menangis juga. Merajuk nak beg sekolah baru sebab beg sekolah dia dah koyak. Saya janji nak belikan waktu cuti sekolah haritu, boleh lupa pulak. Alzhaeimer pulak. Tanda-tanda penuaan tu.

Semalam saya janji dengan Iffan, kalau Iffan dah hafal Doa Iftitah, nanti saya belikan. Mula-mula Iffan kata, 'Alah...'. Tapi lepas dipujuk barulah dia kata 'Ok.' Barulah boleh tersengeh-sengeh happy malu ke malu happy.

Oh my boyfriend.
posted from Bloggeroid

June 16, 2014

NAK BUAT APA LEPAS JATUH?

Assalamualaikum.....



Tak kisahlah berapa kali, macamana sedalam mana kita jatuh. Yang penting adalah macamana kita bangun. Rasanya semua orang mesti pernah jatuh.



Yang membezakan winner dan loser adalah apa kita buat bila kita jatuh.

Samada kita terus duduk tak mahu usaha bangun balik.

Atau kita usaha bangun balik secepat mungkin.

Its all your choice. Choose wisely.
posted from Bloggeroid

June 15, 2014

INI BUAT SAYA TERSENYUM

Assalamualaikum....




Seronoknya weekend. Pagi-pagi selalu rasa malas nak bangun dari katil. Rasa macam nak stay in my pyjama the whole day. Hehee....

Can aa?...

Habeh, house chores siapa nak buat? Jiran sebelah rumah? Girlfriend adik?

Nasib baiklah ketiga-tiga boyfriends saya rajin tolong saya buat kerja rumah. Selalunyalah. Antara kerja rumah yang memang boleh diharap dia orang tolong, sidai baju.



Yang paling rajin, abang long kawasan, Iffan. Selalunya Iffan yang habiskan kerja. Yang tak berapa nak rajin, abang ngah kawasan, Ian Syamie. Dia hang baju 2 3 helai pas tu sebok kacau Iffan. Yang selalu buat sepah hanger, adik kawasan, Iman. Kesian Iffan kena kutip hanger.

Harap-harap boyfriends saya ni rajin tolong saya sampai bila-bila.
posted from Bloggeroid

June 13, 2014

PEREMPUAN KENA JAGA

Assalamualaikum....





1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

 Sumber

June 12, 2014

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2

Hari Isnin hari tu, saya cuti. Date dengan boyfriends saya tengok movie. Biasalah kalau data dengan boyfriends kecik, kena tengok kartunla kan?






HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2



Memang best. Yang first punya saya tak tengok. Tahun 2010 kalau tak salah saya. Tak tahulah best ke tak. Yang second ni kira 5 tahun selepas movie yang first tu. Hero [Hiccup] dan heroinenya [Astrid] pun dah besar dah.
Hiccup dan Toothless, Astrid dan Stormfly

Kisah pasal penduduk Berk yang dulunya tak suka dengan dragon dan tak percaya yang dragon boleh hidup baik dengan manusia, kini dah boleh terima dragon. Dia orang semua ada dragon sendiri sebagai peta, sahabat dan tunggangan. Macam-macam rupa bentuk dragon ada. 

Ada orang jahat ni, Drago Bludvist, dia berjaya kuasai sekor dragon [Bewilderbeast] kira king dragonlah. King dragon ni pulak kuasai dragon-dragon yang lain. Dia nak buat dragon army, so dia curik semua dragon yang ada. Oleh sebab dekat Berk ada banyak dragon, dia datang serang Berk sebab nak amek semua dragon kat situ. So, macam biasalah. Heronya dengan dragon dia, Toothless berserta kawan-kawan dia yang gila-gila cuba pertahankan Berk. Apa strategy diaorang dan berjaya ke tak? Siapa yang mati? Sila lah tengok sendiri.

Kelakar karakternya. Terutamanya kawan hero yang bertiga ni. Dua lelaki ni dok berebut pompuan ni.
Snotlout

Ruffnut







Fishleg

SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum.....



Sambil melayan kemalasan nak pergi office, inilah terbayang dalam kepala. Dapat lepak dua tiga hari ok la kan, sambil dengar bunyi ombak. Kalau seminggu dua bosan pulak.
posted from Bloggeroid

June 11, 2014

WORDLESS WENESDAY

Assalamualaikum....





VS







Prepared? For which one? Choose wisely.
posted from Bloggeroid

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....



posted from Bloggeroid

BEAUTIFUL WEDNESDAY

Assalamualakum.....

Beautiful wednesday. Dah half way through the weekdays. Patiently waiting for weekend.



Last Monday saya cuti. So, semalam masuk office saya sedikit busy menyiapkan kerja hari Isnin. Hari ini dah lega sikit. Tak payah rushing sangat.

Time boyfriends cuti sekolah ni, pagi-pagi tengok dia orang relax kat rumah, hati terasa nak join cuti-cuti jugak. Kalaulah boleh.....
posted from Bloggeroid

June 10, 2014

CAKAP JANGAN IKUT SUKA

Assalamualaikum....


we heart it

Kalau dah namanya perempuan, macam saya ni, suka sangat nak pot pet pot pet tak berenti. Selalu tak sempat nak fikir elok ke benda yang kita cakap tu? Mana lagi elok, cakap ke atau diam kan aje? Main redah aje. Kadang-kadang tu akal dah tahu dah, lebih baik jangan cakap apa yang kita nak cerita tu. Tapi hati tetap nak cakap. Kalahlah akal dengan nafsu.




Reminder to myself. Ada tak orang yang tak suka apa yang akan kita cakapkan itu? Allah suka tak? Fikir sebelum cakap.

posted from Bloggeroid

BOYFRIENDS, TOLONG BEHAVE

Assalamualaikum....



Semalam, hari Isnin saya cuti. Saja buat bos saya stress time banyak kerja ni cuti pulak.

Nak spend time dengan boyfriends saya. Ashik spend time dengan officemate je tak best la. Pagi sampai petang tengok muka dia orang je. Kadang-kadang rasa tengok muka officemate lagi lama dari tengok muka Mr Hasben dan boyfriends saya.

Ni gambar kat Komuter station. Orang suruh posing elok-elok. You alls tengoklah apa dia orang buat. Tak handsome langsung.











posted from Bloggeroid

NUFFNANG : WHISHPER MESH AND COTTON CAMPAIGN

Assalamualaikum....


Ingat kan dah menyepi. Rupanya ada lagi. Alhamdulillah. Thank you Nuffnang, untuk Whishper Mesh and Cotton Campaign ini. Thanks Whishper. Satu je. Syukur. Nanti harap-harap adalah rezeki lagi.




Thanks pada you alls yang selalu datang blog saya juga. I heart you alls. Semuga kita sama-sama dimurahkan rezeki.



June 09, 2014

JANGAN BUAT MALU KITA BRO

Assalamualaikum....

Nampak Iffan sibuk dalam taman bunga wan dengan plastik. Ingat dia buat apa. Bila saya tanya, Iffan cakap dia nak tangkap rama-rama.

Huh?






Saya tanya Iffan, boleh ke tangkap rama-rama pakai plastik macam tu? Dengan konfidennya dia cakap. Boleh.




Sampai sudah....
posted from Bloggeroid
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno