April 30, 2014

HARAP ANAK TAK IKUT PERANGAI SAYA

Assalamualaikum....



Teringat zaman belajar, dari sekolah rendah sampai ke universiti penyakit malas buat kerja rumah tu tak pernah hilang. Nak-nak time kat U, pemalas betul nak siapkan projek dan assignment. Last minute baru nak buat. Masa banyak habis kat drama, games, shopping.



Tapi yang peliknya, time tengah tak ada apa nak buat pun pemalas juga nak buat homework. Lebih rela termenung panjang melayan rasa bosan daripada buat homework. Perangai.

Sekarang ini dah ada anak, sibuk pulak berdoa, janganlah anak-anak ikut perangai mama dia yang satu ini.





posted from Bloggeroid

CPUV : WHISPER MESH COTTON

Assalamualaikum...

Setelah lama tak merasa, April ni merasalah satu CPUV dari Mr Nuffnang. Alhamdulillah, daripada tak ada langsung. Syukur.







Thanks Mr Nuffnang dan Whisper untuk CPUV ni. Kebetulan pulak, ini memang my favorite. Ada dua favorite, Whisper salah satu. Tentu happy kalau dapat CPUV dari favorite brand kita kan. Hiks...



So, sesiapa yang nak sangat jumpa Ms kupukupukecik atau Ms Yuyu Zulaikha, femes blogger tu, boleh lah klik Iklan Whisper tu yea.



WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum...



posted from Bloggeroid

April 29, 2014

BOLEH KE LELAKI DAN PEREMPUAN BERKAWAN RAPAT

Assalamualaikum....

Tadi pergi rumah MIL. Paksa Iffan cepat-cepat siapkan homework, then lepas maghrib terus keluar pergi rumah MIL. Pukul 8pm sampai dan pukul 9pm balik. Iffan nak kena tidur cepat, esok sekolah.

Sampai rumah, terus tidurkan boyfriends. Lepas isyak, saya dinner. Sekarang ni atas katil memikirkan persoalan yang bermain difikiran sejak petang tadi.




Ramai kawan-kawan perempuan saya kata [bukan semua] lebih senang kawan dengan lelaki dari perempun sebab lelaki tak emo. Perempuan sensitif. Susah.

Mungkin betul.

Tapi as a muslim women, ok ke tak kalau bff kita lelaki? Berfikir tentang baik buruknya dan macamana nak berkawan baik dengan lelaki tapi masih menjaga syariat.
posted from Bloggeroid

SENYUMAN WANITA YANG PALING CANTIK

Assalamualaikum.....





Saya selalu jumpa wanita yang sangat tabah pada pandangan mata hati saya. Ada yang memang saya kenal dan ada yang bukan kenalan saya, yang saya baca kisah mereka di mana-mana media.

Mereka wanita biasa yang Allah anugerahkan ketabahan yang luar biasa. Mereka diuji dengan ujian yang hebat. Diuji dengan penyakit, anak yang sakit, kemiskinan dan macam-macam lagi.

Tapi yang buat saya kagum, bagaimana mereka dengan mudahnya mereka memberikan senyuman yang lebih indah dari senyuman kita yang lebih ikhlas dari senyuman kita.

Senyuman manis mereka, membuatkan air mata saya bergenang dan terasa malu sebab saya sering bersungut dengan ujian kecil yang Allah beri pada saya.

Wanita ini idola saya. Semuga Allah jadikan saya setabah mereka. Semuga saya juga boleh tersenyum biarpun sedang diuji Allah dengan ujian yang berat, tanda kita redha dengan takdirnya.
posted from Bloggeroid

AMALAN BULAN REJAB

Assalamualaikum...


Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.




 Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: 

 “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) 

Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.

Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.

Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.

Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya: “Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.



 

SAYA SUKA BRACELET YANG INI

Assalamualaikum....

Sebelum kawen dulu, saya memang gila gelang, bracelet, charms bracelet, bangles. Saya suka sangat collect gelang. Rantai, subang atau cincin saya tak suka sangat. Saya suka gelang. Walaupun kadang-kadang saya tak melaram keluar setakat pakai t-shirt dan jeans saja, saya tetap nak sarung gelang. Dress simple, gelang je over.

Tapi sekarang bila dah ada hero 3 orang kat rumah, mula malas nak beli. Ashik beli saja dia orang bawak main sampai putus atau hilang. Konfiuslah dia orang ni suka bawak main gelang saya tu, kalau budak perempuan fahamlah. 

Lagi pun dia orang selalunya bukan bawak pakai pun, saja-saja buat baling-baling, buat prop bila main lego atau patung askar kecik-kecik tu, atau entah apa-apa lagilah yang dia orang buat.









Sekarang ini, terasa minat sangat design gelang yang ala-ala macam ni. Nak beli ke tak nak? Macamana nak elakkan daripada boyfriends saya bawak main? Tak kan nak simpan dalam peti besi pulak. 

Credit pictures :  We Heart It

 

April 28, 2014

KLIA 2 OPEN DAY

Assalamualaikum....

Tadi cerita Saturday sekarang cerita Sunday [27/04/2014] pulak. Mak saya beria ajak saya bawa anak-anak pergi KLIA 2 Open Day. Kalau ikutkan hati saya nak santai atas katil baca buku atau tengok drama korea. Tapi ikut kan saja mak.

Sebelum bertolak ke KLIA 2, singgah Pasar Karat di Seksyen 13 Shah Alam. Mak nak breakfast kue teow goreng kat situ. Ini first time saya pergi Pasar Karat Seksyen 13 ni.




Iman kepanasan...meleleh peluh kat muka dia...


Lepas breakfast terus pergi KLIA 2. Ramai juga orang. Aktiviti sampai pukul 7 pm. Ada coloring activity untuk budak-budak. Iffan nak join tapi saya cakap dah tak boleh register. Kita sampai lambat. Padahal....






Iman sibuk nak tunjuk jajan dia




mak saya merangkap ketua rombongan, bersama boarding pas dia...

kitaorang nak berlepas dah...

sukahati je kan buat macam ruang tamu rumah sendiri...

Ian Syamie!! buat apa tu?!!



di bawa tour naik bas kat RUNAWAY [landasan kapal terbang]
 

 
google: SKY BRIDGE



Lama juga kat sini. Sempatlah Zohor dan Asar kat surau baru. Tapi telekong belum cukup stock. Kena tunggu giliran. Saya pulak jenis pemalas nak bawa telekung sendiri.

 


posted from Bloggeroid

DAH TUKAR DAH

Assalamualikum.....

we heart it


Setiap kali weekend menjelma, plan dalam hati nak siapkan kerja rumah cepat-cepat lepas tu nak ganti tidur. Weekdays kan tak cukup tidur. Tapi jarang dapat ganti tidur. Ada saja benda nak buat, nak kena buat. Last weekend hari sabtu keluar hari ahad pun keluar. Nasib baik hari ini tak cuti emergency dengan alasan malas nak pergi kerja sebab mengantuk.

Hari sabtu pagi alhamdulillah ada air. Basuh dua bakul baju, sidai. Alhamdulillah tengahari dah kering, boleh angkat. Terus gosok baju sekolah boyfriends. Petang walaupun penat keluar bawa boyfriends pergi Sunway Pyramid. Nak teman mak pergi Maxis Centre. Saya pun nak ke Maxis Centre dan Celcom Centre. 





Saya pergi Celcom Centre sebab nak tukar nombor prepaid saya kepada postpaid sebab nak tambah data plan. Di Celcom cuma ada satu package saja kalau nak tukar dari prepaid ke postpaid. Apa nama package tu tak ingat. Saya ambil yang RM 98 sebulan dengan 3GB data dan 200+ minit panggilan. Try 3 GB dulu, kalau tak cukup kenalah tambah quota lagi, dan tambah RM lagi.


belakang yg pakai spek tu tak termasuk list boyfriends saya ok....

Lepas tu pergi Maxis sebab mak saya nak retrieve balik nombor dia yang hilang dengan handphone dia hari itu. Kena bayar RM 8. Saya pulak nak terminate Data plan Maxis saya yang saya pakai kat I Pad Mini saya. Malas rasanya nak maintain banyak-banyak bil ni. So dulu saya buat call pakai Celcom dan Internet pakai Maxis. Sekarang pakai satu sahaja untuk call dan Internet, Celcom saja. Tak pening dah. 


sukahati je kan buat macam rumah sendiri....

Sebenarnya rasa-rasa nak jual I Pad Mini 16GB Wifi 3G kaler putih saya tu. Nak beli tak?







posted from Bloggeroid

April 25, 2014

GOD'S GIFT-14 DAYS

Assalamualaikum....




Baru sahaja habis tengok drama God's Gift-14 days. Kisah mengenai Han Saet Byul yang berumur 9 tahun, budak perempuan yang suka buat mak dia, Kim Soo Hyun stress sebab senang sangat nak percaya orang dan suka berkawan dengan strangers. Banyak kali Soo Hyun pesan kat Saet Byul jangan pergi mana-mana sorang, tapi dia selalu lupa pesan mak dia.



Soo Hyun bekerja sebagai penulis rancangan kes pembunuhan dan suami dia Han Ji Hoon kerja sebagai Lawyer.

Ki Dong Chan, ex Police sekarang kerja sebagai Private Investigator. Saya suka watak dia. Dong Chan ada sejarah hitam bila dia menjadi saksi pada pembunuhan dimana abang dia sendiri merupakan suspect pembunuhan teman wanitanya 10 tahun lepas.



Satu hari, waktu rakaman rancangan di stesyen TV di mana mak dia bekerja, Saet Byul di kidnapped. Selepas beberapa hari, mayat Saet Byul ditemui di dalam sungai. Di sebabkan rasa bersalah, mak dia Soo Hyun cuba bunuh diri di sungai. Dalam masa yang sama, Dong Chan dicampakkan ke dalam sungai yang sama pada masa yang sama. 

But the twist is, kedua-duanya survive. Dong Chan dan Soo Hyun survive tapi sedar 14 hari sebelum hari kejadian. Bermulalah penyiasatan dan usaha Soo Hyun untuk mencari siapa penculek anak dia dan menghalang penculikan tersebut dibantu oleh Dong Chan.





Saya suka misteri dan suspense cerita ini. You keep guessing who is the kidnapper and the killer. Tapi semuanya salah. Dalam cerita ini, tak ada love-love story ok. Which is I kind of like it that way.  Ending memang unexpected dan saya sangat suka ending dia.

It is highly recommended especially pada yang suka cerita bergenre seperti ini.






SAMPAI JUGA AKHIRNYA

Assalamualaikum.....

Finally, its almost here. Waiting patiently for you since Monday.




Minggu ini penat sikit. Macam-macam jadi, the good, the bad. Semuanya ujian dari Allah. Sabar dan redha, cuba sekuat hati sekuat iman.

Minggu ini tak sempat baca Surah Al Khafi. Sempat baca 10 ayat pertama dan 10 terakhir saja. You alls pun cuba baca tau. Tak dapat satu surah, baca 10 ayat pertama dan terakhir tu pun oklah.

Weekend ni nak buat apa agaknya yea?


April 24, 2014

NAK JOIN GROUP BACKPACKERS

Assalamualaikum.....

Di pejabat sekarang ni hujan lebat. Nyaman saja, sesuai untuk merehatkan mental dan fizikal beradu di atas tilam empuk. Tapi cuma boleh membayangkan dalam minda separa sedar saja.

Officemate tetiba memberikan cadangan.... Jom kita pergi bercuti nak? Luar negara. Pergi dengan family kitalah. Ramai baru seronok.

Kepala saya dah mula berangan. Saya teringat masa muda-muda dulu. Saya dan Mr Hasben selalu berangan nak pergi Backpacking around Europe. Dialah berangan nak pergi Europe. Saya prefer Backpacking around Japan or Korea.



Saya cakap, oppa [dalam bahasa melayu]. Kita kumpul duit banyak-banyak, pas tu kita ambil cuti dua tiga bulan, kita Backpacking around somewhere nak? Pergi Jepun [sebab Disneyland] ke Korea ke [pengaruh K Drama] nak tak?





Mr Hasben suka saja. Dia memang suka berjalan. Hari-hari kerja dia berjalan je, bawa orang pergi bercuti. Macam-macam kita orang angankan. Nak pergi situlah nak buat inilah.

Kadang-kadang sekarang ini bila saya tanya dia... oppa, bila nak gi backpacking ni? Dia tersengeh jawab, kita backpacking around Malaysia je lah. Ek e leh. Malaysia dah habis round dah lah oppa. Babab kang.




For tips for backpackers and list of hostel for backpackers in Malaysia....

www.backpackingmalaysia.com

IMAN NAK BELANJA SHOPPING

Assalamualaikum....



Semalam, terpaksa pergi Tesco walaupun malas sangat nak pergi. Saya tak suka keluar malam on weekdays. Nanti Iffan dan Ian lambat tidur, esok pagi susah nak bangun. Disebabkan barang basah memang dah habis, terpaksalah keluar juga. Kalau tak nanti tak dapat nak masak.

Iman sibuk nak bawa duit dia. Katanya nak beli barang pakai duit dia. Sukahatilah Iman.




Tengoklah banyak duit Iman. Duit gaji abang Iffan dan abang Ian sebenarnya. Dapat waktu dia orang kerja kat Kidzania hari itu.




Iman kata dia nak beli m&m ni tapi saya kata duit Iman tak cukup nak beli coklat tu. Merajuk dia. Mahal kot coklat tu, RM 21 sekotak. Tak kuasa nak membelinya. Ganti ngan coklat Sugus saja.



Kalau pergi Tesco Iman mesti nak beli Kaya Ball ni. Bolehlah beli selalu sebab murah.



Ian merajuk sebab kena marah dengan mama dia. Ian sibuklah berlari ke sana sini, dia ingat Tesco tu padang bola agaknya. Tu yang kena kurung dalam troli Tesco. Heheee....

Lepas tu, dinner kat Food Court Tesco. Makan Sizzling mee favorite Iffan. Balik, lepas tidurkan boyfriends saya, layan drama Korea kejap.

April 23, 2014

MEMUJUK BOYFRIEND MERAJUK

Assalamualaikum.....

Mood nak keluar kerja terganggu sikit pagi ini. Semalam petang waktu kat pejabat, boyfriend saya Iman call. Sedih saja suaranya, " Iman nak mama. Baliklah sekarang." Katanya. Bila dengar sedih saja suara dia, terus rasa nak balik rumah je semalam. Kalaulah saya bos memang saya balik terus agaknya. Iman tak pernah buat macam tu.

we heart it

we heart it

Balik pejabat semalam, mak saya ceritalah, Iman merajuk. Nak mama, katanya. Tak nak makan tak nak main, dia diam je. Lama mak saya pujuk-pujuk barulah Iman nak makan dan main balik.

So semalam, balik pejabat lepas maghrib tak buat apa-apa dah. Saya duduk melayan Iman saja. Main-main, cuddle-cuddle.





Ending story ni, saya tak masak dinner, ajak ketiga-tiga boyfriends saya makan Burger Bakar Abang Burn konon nak pujuk manja si Iman la.





Ni saya punya. Dia orang makan meatball set dan yang sosej tu. Tak nampak gaya memujuk Iman kan? Macam nak memujuk diri sendiri je. Heheee....


April 22, 2014

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #8 MIALIANA.COM

Assalamualaikum....



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SAYA TAK PREGNANT

Assalamualaikum......

Di tempat kerja saya ada disediakan uniform. Sejak masuk kerja sini saya pakai uniform, kemeja. Tapi hari ini saya pakai long dress, tak nak pakai uniform. Dah lama berkira-kira nak pakai baju biasa, tak nak pakaj uniform lagi.

Sebab apa? Sebab saya dah chubby cute la. Baju tu dah ketat dah menampakkan apa yang sepatutnya tak nampak. Terpaksalah saya basuh, lipat dan simpan dalam kotak [ almari je ] baju uniform tu. Tunggu kurus balik baru boleh pakai balik.






Masuk pejabat tadi, ada pulak yang tanya. " Akak nape pakai baju biasa? Dah ada isi ke?"

Hep!! Spekulasi.





Belum ada rezeki nak dapat baby. Baru ada rezeki nak dapat badan chubby cute. Janji sihat. Alhamdulillah.
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno