January 31, 2014

GIVEAWAY CNY by DEDEQ

Assalamualaikum...




Hadiah

1. Baju / Dress untuk top komenter x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung bawal x 2
5. Topup x 3 (Digi , Maxis , Celcom)

SENANG , MUDAH , CEPAT dan SIMPLE kan syarat ? Jom pakat join ^_^

START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)
- Jika penyertaan Lebih pada 100 orang , hadiah akan ditambah -




PENCARIAN 50 BLOGLIST MAMANIZA.COM

Assalamualaikum....

Jom join pencarian bloglist mama niza....





Assalamualaikum.


Mama membuka peluang anda untuk menempatkan blog anda dalam senarai bloglist mama. Semua yang sedia ada akan dibubarkan demi memberi peluang kepada anda. Jika berminat, boleh meletakkan banner ini dalam blog anda dan backlinkkan terus ke blog mama.


Pastikan anda follow blog mama ye. Tamat 31 Januari 2014. 


Jangan lupa, sertakan link URL anda dalam kotak komen mama. Pemilihan akan dibuat berdasarkan random dan hanya mereka yang aktif berblog sahaja diterima penyertaannya. Blog yang hanya mengandungi segmen atau GA semata tidak digalakkan. 





MY LOVE FROM ANOTHER STAR

Assalamualaikum....





Do Min-joon is an alien who lands on Earth in the year 1609 during the Joseon Dynasty, then stays on the planet for the next four centuries. He possesses a near-perfect appearance, enhanced physical abilities involving his vision, hearing and speed, and a cynical, jaded view regarding human beings.

Kim Soo Hyun
Gianna Jun

He ends up in academia in the present day, scoring a job as a college professor, at which he meets famous actress Cheon Song-yi, the biggest Hallyu star in Korea. Song-yi is an obnoxious, entitled attention freak, someone who became a top star in her teens and never learned how to live a normal life. She drinks like a fish, swears like a sailor and does whatever she wants. Min-joon falls in love with Song-yi, but discovers that he only has three months left on Earth.


                    



Msred says:

Best cerita ni. Alien dia tak de lah alien sangat, handsome plak tu.Alien tu, Do Min Joon dah duduk kat bumi 400 tahun. Lagi 3 bulan dia nak balik ke planet dia baru jumpa dengan Chun Song Yi, pelakon yang perasan hebat. Chun Song Yi ambil Do Min Joon jadi manager dia, makin lama makin rapat dan akhirnya Do Min Joon jatuh cinta kat Chun Song Yi. Cuba bayangkan kalau lelaki ni tak pernah jatuh cinta, ini first time dia jatuh cinta. Cute kan.

Dalam episod 9, Do Min Joon kiss Chun Song Yi, and it is his first kiss ever, and Chun Song Yi find out about it. How cute is that?

Rating setakat episod 9 : ****

Updated [31/01/2014]

Dalam episod 13, Do Min Jonn, the handsome alien bagitahu Chun Song Yi yang dia Alien.

Rating setakat episod 13 : **** [BEST SANGAT]






January 30, 2014

DIY CUTE MUG

Assalamualaikum....


Mood masih begini.... tadi dah pengsan setengah hari lepas makan ubat seseme. Bangun kejap makan ayam goreng, makan ubat sesema nak sambung pengsan kejap.



Petang karang nak kena beli barang. Gagahkan diri keluar sambil lap-lap hidung.

Nak share....









posted from Bloggeroid

PESANAN UNTUK BOS

Assalamualaikum.....


Pagi yang indah ni, lepas hantar Iffan dan Ian sekolah pergi klinik.




Dah tak tahan. Dah dekat 2 minggu dah asik achoo sret sret dah. Duduk kat opis lagi lah laju je meleleh dengan airmata sekali.

Dapat mc hari ni, mula-mula doktor tak kasik tapi msred paksa gak. Akhirnya doktor mengalah bagi jugak mc tu siap tanya, ni bukan nak balik kampung kan?



Bos, saya ada mc ni. Saya nak tido ni. Bos buat kerja rajin-rajin k.



posted from Bloggeroid


Ada petua tak nak hilangkan sesema ni?




January 29, 2014

SOALAN MENCABAR JIWA

Assalamualaikum.....




Antara soalan yang msred tak sure jawapannya. You all ada jawapan? Sure ke betul jawapan you alls tu?
  • Kenapa perempuan kalau pakai mascara mesti mulut ternganga?
  • Kenapa tak ada makanan kucing perasa tikus?
  • Kenapa pizza bulat tapi kotak dia empat segi?
  • Kenapa kita suka tekan button remote control kuat-kuat walaupun tahu bateri remote tu dah habis?
  • Kenapa gam dalam botol dia tak melekat kat botol tu?
  • Kenapa toaster ada setting suhu yang tinggi sampai boleh buat roti terbakar lepas tu tak kan ada siapa yang sanggup makan?
  • Kenapa tarzan takde beard?
  • Kenapa kalau pc hang kita suka ketuk-ketuk pc tu?
  • Kenapa kalau pc lambat kita suka tekan button enter ke atau apa-apa button pun, laju-laju?
Siapa yang rajin fikirkan jawapannya?




KURONEKO TOKIDOKI HANAYA

Assalamualaikum....




"THE BLACK CAT IN A FLOWER SHOP"

When Kiyoka Hinata was a university student, she met instructor Koki and they eventually married. One year ago, her husband Koki died in an accident. After her husband's death, Kiyoka stays home and never leaves. One day, Kiyoka's father-in-law becomes hospitalized. Kiyoka must now run her father-in-law's small flower shop "Cat's Whiskers". The flower shop also has a cafe. At the flower shop, there's a black cat named "Kumi-chan" which possesses her late husband's spirit. There's also part time employee Takumi who has a crush on Kiyoka. A strange love triangle takes place between Kiyoka, the black cat "Kumi-chan" and Takumi. Meanwhile, most of the customers come to the shop to solve their problems by talking to black cat "Kumi-chan".






Taira Airi


Hayashi Kento

Cuba bayang kan love triangle antara hero, heroin dan seekor kucing hitam. Kelakar pulak. Baru tengok episod 1. Interesting. Tak boleh nak komen banyak.




LIKE FB MRC

HARI PERTAMA YANG LEPAS

Assalamualaikum....
Hujung minggu lepas waktu cuti Thaipusam, walaupun cuti 3 hari tak pergi mana-mana pun. Cuma hari Sabtu ada  lunch date dengan mak dan adik-adik. Selain aktiviti menyetelkan house chores and get ready for Monday, msred buat Scraobook. Guna 3 gambar favorite msred pasal Ian punya first day at school. First week sebenarnya.

Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.



Tittle : FIRST DAY 
The journaling : 1 week before school, you start asking when u can go to school. On the first day u very excited. You cry once the first week. Then, u are SUPERSTAR.




January 28, 2014

PROGRAM NILAM

Assalamualaikum....
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.



Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Basically, setiap kali murid-murid habis baca satu buku, dia akan recordkan dalam Buku Nilam ni. Tajuk, nama penulis, mukasurat, Nombor ISBN buku tersebut dan moral ceritanya. Lepas tu cikgu sekolah akan semak buku ni guna ISBN number tu, kira nak verified info yamg murid tulis dalam buku Nilam betul. Murid yang dapat record bacaan yang banyak akan dapat anugerah.

Objektif Program Nilam:

• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA SHAH ALAM

Assalamualaikum...

Hari Sabtu, bawa the boyfriends pergi baca buku di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Dia orang memang suka pergi sana, paling suka part main. Baca buku sekejap, main je lebih. Eh, cam sama lak dengan mama dia waktu kecik dulu.

Sampai depan pintu, macam biasalah mama dia paksa bergambar. Iffan bisisng je, cepatlah mama.


Iffan beria je bawak buku latihan konon-konon nak buatlah, tapi tak buat pun. Buat 1 page je dia dah sibuk nak baca buku cerita. Iffan sibuk nak isi buku Nilam dia. Sempatlah dia baca lima buku cerita pagi tu. 


Ian lagilah, satu buku pun dia tak habiskan. Baca separuh je, mengeja sebenarnya. Dia belum boleh baca. Ian sebut je huruf dalam buku tu. Baru ngeja 2 3 page dah sibuk berlari ke sana sini.


Iman pun sama, tengok gambar sekejap dalam buku lepas tu sibuk main Hologram.


Nilah aktiviti Ian dan Iman kalau ke library. Main Hologram ni. 


Lepas zohor kat Library tu, gerak balik lah. Mata pun dah ngantuk akibat ubat batuk dan selsema msred telan sebelum keluar.




KALAU OBSESSED DENGAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum.....
Saya ada masalah. Masalah dengan kawan sekelas saya ni. Nama dia Zaza. Dia cantik, pandai dan konfiden. Dia baik dengan kawan-kawan dia. Orang suka berkawan dengan dia. Cuma satu saja masalah dia yang membuatkan dia susah nak dapat best friend, kawan sehidup tapi tak semati.

Dia suka sangat bercerita, bukan tentang politik, sukan atau pun pelajaran. Dia sangat suka bercerita tentang satu topik ni, kira favorite topic dia la. Zaza sangat suka bercerita tentang Zaza.

Ya, dia suka sangat bercerita tentang dirinya sendiri, bukan tentang orang lain.

its all about me, me and me... heh heh...
Tak tahu lah kenapa, boleh dikatakan setiap hari 50% daripada apa yang keluar dari mulut dia tentang dia. Kadang-kadang boleh mencecah 70%. Kita ni selalunya suka dengar apa orang cerita tentang diri orang tu, tapi kalau ashik cerita pasal diri sendiri doplopatjam, ustazah pun silap-silap boleh hilang sabar.

kalau laki ada penyakit obsessed dengan diri sendiri ni lagi bughuk.... hahaha...


" Ko tau tak aku semalam.... bla bla... aku ngan dia.... bla bla....dia suka aku... bla bla... aku ada... bla bla... akhirnya aku.... bla bla... aku cakap kau aku ni kan... bla bla..." rasa nak stepler mulut dia. lari je dari dia sambil tutup telinga tamau dengar cerita dia lagi dah.

ko cakap lagi sekali perkataan aku tu aku gigit tangan ko... nak?




Kenapa ada orang yang macam ini?

Mengikut kajian msred dengan membaca kajian orang lain di Google, pemerhatian sekeliling dan pengalaman sendiri, orang yang suka bercerita pasal diri sendiri ni selalunya sebab dengan perbuatan ini dapat memberikan mereka kepuasan. It can make them feel good, and fell good about themselves is a good way to be happy.

Kebiasaannya manusia jenis ini suka bercerita tentang diri sendiri yang boleh membuatkan pendengar kagum, kira statement memuji diri sendiri atau berbangga dengan nasib baik mereka. Mau tak rasa happy kalau ada orang nak dengar. Happy kan?

Macamana nak handle kawan yang cenggini? Selepas berusaha keras untuk tekun mendengar tanpa niat buruk tapi tak berjaya dah, anda boleh pura-pura dengar sambil pura-pura senyum dan redha dengan nasib anda atau pun cuba sedaya upaya untuk melarikan diri setiap kali nampak dia. Kalau nak sakastik, setiap kali dia nak cerita tentang diri dia, anda dengan pantas memulakan cerita tentang diri anda terlebih dulu dan jangan berhenti cerita sampai dia mengundurkan diri dengan alasan nak pergi toilet.

Seb baik msred belum ada kawan cenggini.

Entry republish. Humor semata.


January 27, 2014

RESTORAN UPIN IPIN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Assalamualaikum...
Weekend, msred bawa boyfriends dinner di Restoran Upin Ipin di Seksyen 7. Sampai dalam pukul 6 pm. Orang pun belum ramai lagi. Awal sangat dinner agaknya.

The boyfriends semuanya eksaited bila tengok gambar Upin Ipin. Masuk-masuk je ada macam-macam merchandise Ipin Ipin di display kan buat perabih duit makbapak. Tapi seriously, msred tengok produk Upin Ipin ni pun teruja.


Iffan cuba memujuk msred beli magazine Upin Ipin ni, tapi misi kali ni gagal...hheeee...Msred cakap kita beli kat MPH je la. Dapat point.

Magazine rack...

Best tengok souvenir nya. Tabung, beg, lunch box, figurine, toys. Kalau ikutkan hati yang lemah longlai ni mau diborong semua yang kiut miut ni. Abaikan akk dan anak dia. Msred tunggu dia beredar nak snap picca kat situ tapi lama sangat pulak dia melayan kerenah anak dia. Msred snap je la picca akak tu sekali.


souvenir display...

Ian dan Iman dah ready nak order, sementara Iffan sibuk mengusha tempat lagi. Colorful deco dia. Tapi kalau ada banyak poster Upin Ipin lagi best kot.
deco yang ceria... 


Menu pun gambar Upin Ipin.




Ayam goreng Upin Ipin yang femes. RM 3.90. Sedap jugak, cuma sedikit masin pada tekak msred yang tak kuat makan garam.


Roti Milo, instantly jadi favorite msred dan boyfriends. Hhheee... Tak ingat pulak harganya. Rasa cam RM 4 ++


Mee Hoon goreng, RM 8.90. Mahal kan? Sekali sampai, 3 orang budak kecik makan pun tak habis. Banyak. Rasanya msred pun tak boleh habis. Rasa boleh tahan. Macam mee hoon buat sendiri.


Makan kat Restoran Upin Ipin, haruslah minum air Upin Ipin ni. RM 3.00 ++. Tak ingat harga.


Bubur ayam orderan msred yang sedang demam selsema. RM 6.00 ++, pun tak ingat harga. Rasa pun boleh tahan. 



Rating msreed. Food; Avarage. Service, ok. Overall : ***1/2 


24, Jln Plumbum P 7/P,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
( Near Jakel)
T : 03-5511 1698
F : 03-5523 9600


SIAPA KAWAN IAN

Assalamualaikum.....



kadang-kadanglah....


Hari tu msred berborak dengan Ian pasal kindy. Macam biasa, tanya. Ian hari ni main apa kat sekolah? Belajar apa kat sekolah? Dan macam biasa Ian lagi banyak bercerita pasal main apa, daripada belajar apa.

Bila ditanya siapa nama kawan Ian kat sekolah? Ian jawab, Adif. Msred tanya, siapa lagi kawan Ian? Tak kan sorang je. Ian jawab Ana Batrisha. Msred tanya, lagi siapa? Khairunnisa, Ian jawab. Msred tanya, lagi? Ian jawab, tu je. Msred tanya, yang lain? Ian jawab dia tak tahu nama diorang.




Msred pun bersungguhlah pesan kat Ian tanya lah nama diaorang. Siap ajar lagi macamana nak cakap. Sekarang ni boleh kata tiap harilah si Ian mereport kat Msred nama kawan dia yang baru. Hhehee... Tak tahulah dia tanya ke atau dia dengar cikgu sebut nama kawan-kawan dia tu. 

Lepas tu siap tanya msred tu msred ingat tak nama kawan dia. Kadang-kadang dia suruh sebut nama kawan-kawan dia agaknya nak tengok msred ingat ke tak. Haish... jadi satu kerja pulak nak menghafal nama kawan Ian.



January 25, 2014

WE FINALLY MEET

Assalamualaikum.....


Oh my sweet weekend. We meet again, I miss you so much, I dream about you. Hehee.... over tau.




Memula plan nak bermalasan kat rumah je weekend ni. Duit poket pun dah hujung-hujung ni. Tapi kesian Iffan dan Ian dah seminggu sekolah je tak gi mana-mana. Maka gagahkan hati keluar jugak bawak dia orang jejalan.

Jejalan ke tempat yang murah kosnya.

Nanti boleh cerita pergi mana. Hari tu pin suggest kat adik pergi dating kat sini. Jimat kos.

Happy weekends peeps.



posted from Bloggeroid

SHITSUREN CHOCOLATIER

Assalamualaikum....




Koyurugi Sota looks up to and adores his senior in school, Takahashi Saeko. With his one-sided love for her, he decides to leave for Paris to learn the art of making chocolates, as she loves chocolates. After returning from Paris, Sota dreams of creating the perfect chocolate to present to Saeko, and that it will make Saeko fall madly in love with him. Saeko, who is already married, is actually quite the airhead, but her actions seem to lead Sota on. Does Saeko not know that Sota is madly in love with her? Or is she just playing with his feelings?

Based on the manga series "Shitsuren Chocolatieri" by Setona Mizushiro (first published February, 2008 by magazine Rinka). 
Ishihara Satomi

Matsumoto Jun



Gambar-gambar dari Episod 1 Shitsuren Chocolatier




Being rejected...





after 6 years...




cekeletkah itu? nom nom....

  
Selepas menonton episod 1. Im totally hooked up. Masa sekolah Sota kene reject dengan first love dia, Saeko. Heartbroken, dia pergi further study buat chocolate sebab dia nak buat cokelat yang paling spesel untuk Saeko. After 6 year, Sota balik. Masa tu dia dah popular. Tapi, bila jumpa balik Saeko, dia dapat tahu Saeko nak kawin dah. 

Presentation cerita no sangat fresh dan happening membuatkan msred suka tengok. Kalau pernah baca Manga atau tengok Anime, bila tengok cerita ni mesti terasa macam tengah baca Mangga atau tengok anime. Best.

Sedang running dan baru episod 2. Rating Msred : ****/5. Ohsem.








Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno