October 08, 2014

LELAKI DAN KAWAN BAIK PEREMPUAN

Assalamualaikum.....



Aku dengan dia dah lama. Sejak dari sekolah menengah lagi. Best friend. Forever. Best friend forever katanya. Aku pun setuju. Dia bukan gadis paling cantik, tapi kalau dipandang, menyenangkan. Comel bila dia sembunyikan kematangannya. Menenangkan bila dia tunjukkan kematangan. Aku suka berkawan dengan dia. Entah kenapa memang dari dulu tak ada cinta. Cuma rapat sebagai teman, tak pernah lebih. Dia pun macam tu.

Dari awal lagi aku dan dia tertanya-tanya, apa akan jadi kalau aku atau dia decide to date someone? What will happen to us? Still best friend? Akan masih rapatkah macam sekarang? Aku dan dia tiada jawapan. Diam.

Nobody can trust anybody fully. That is the fact and that is the problem.

Aku dan dia pasti, akan ada kemungkinan pasangan aku atau dia nanti, minta kami pilih cinta atau sahabat. Apa nak buat kalau itu terjadi? Will we make the choice? Should we? How?

Sanggup ke kami lupakan persahabatan kami untuk cinta yang baru kami kenal? Patut ke? Lupakan persahabatan untuk cinta? What is the right choice? 

Sampai sekarang aku dan dia tak ada jawapan.


#ramblingkarya

7 comments:

Gee Lion said...

mungkin selama ni korang berselindung atas nama persahabatan sampai tak nampak rasa cinta tu.. tapi sebenarnya jauh kat sudut hati....

Rahul (KKHT) dah cakap, cinta adalah persahabatan...

tapi siapa yg msred maksudkan dlm entry di atas?

jeng2..

Muzai Samilan said...

hmm.. kalau dapat pasangan yg memahami okla.. kalau tak, memang kena buat pilihan la jawabnye

aizamia3 said...

Saya juga ada teman macam tu.. hanya selepas bertahun kami kahwin dengan pasangan masing2.. baru kami tahu perasaan antara kami..
Rasa terkilan tu ada cuma apa yang boleh buat hanya dengan mendoakan kebahagiaan masing-masing..

Ija Rased said...

sy pun ada bff tapi sy perlu lupakan kerana perlu menjaga hati suami. sy pilih suami.maafkan sy bff

AMIIZAA said...

indahnya coretan ini...kalau siempunya diri yg selama ini hanya menjadi sahabat dan tiba-tiba sekaligus menjadi kekasih alangkah lagi bahagia:)

mummy_ayu said...

Ayu pun pernah ada BFF lelaki..memang seronok. tapi terkezut sbb tetiba dia meluahkan perasaan. Nasib baik..dia memahami Ayu ..kami stay as kawan. tapi bila masing2 dah berumah tangga .kami slow sbb menghormati pasangan masing2.

Cikna said...

Cikna ade bff camni dulu dia pernah luahkan perasaan tp Cikna tu cuma gurauan xlama pastu dia kawin wife dia cemburu terus kitaorg lost contact.....;-/

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno