October 14, 2014

GADIS BERKURUNG

Assalamualaikum.....




Segalanya tentang dia, menarik pada aku. Kebiasaanya berbaju kurung bunga-bunga kecil, bertudung sederhana dan wajah tanpa alat solek. Dia tak secantik Nealofa. Tapi sifat pemalunya membuatkan dia kelihatan sangat menarik. Pertama kali aku melihat dia di Program Ukhuwah Siswa. Bermula sebagai teman program, bertambah erat menjadi sahabat. Namun tak pernah aku luahkan perasaan, takut dia lari jauh dari aku. Takut status aku sebagai sahabatnya bertukar menjadi orang asing.

Aku tak pernah kesal untuk meneruskan perhubungan kami sebagai sahabat, tiada lebih. Aku percaya qada dan qadar. Aku percaya Allah dengar doa aku. Jadikanlah hubungan kami yang paling terbaik. Kalau lebih baik sebagai sahabat, aku redha dengan pilihan Pencipta kami. Kalau sebagai pasangan itu lebih baik, aku mohon Allah mudahkan. Walau apa pun status aku dengannya, aku berjanji akan cuba jadi yang terbaik.

Sahabat terbaik.

Kekasih terbaik.

Apapun, aku harapkan redha Allah. Aku harap Allah menjaga hubungan kami agar tidah tergelincir.

Lamunan aku terhenti dengan teguran si gadis berbaju kurung bunga merah. Dia yang sentiasa ditemani temannya menghampiri aku di dalam bilik perbincangan.

" Assalamualaikum." Tegurnya.

" Waalaikumsalam." Jawabku.


#ramblingkarya

11 comments:

Ija Rased said...

cantik sifatnya cantiklah rupanya. :)

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

NM03 said...

in shaa Allah... ku tunggu hari bahagiamu

el said...

wahh best betul bc kisah sahabat uols ni..sapalah si baju kurung bunga kecil2 tu eh

Aneez Jaafar said...

xpayah bercinta. xbest. -->pengalaman. heee

Gee Lion said...

wanita pemalu itu calon yg baik dibuat isteri.. jangan lambat2 nanti dikebas orang...

Mummy Dina said...

cantiknya cincin tu..:)

mama amir said...

kecantikan dalaman akan terserlah di luaran...insya Allah...^_^

Nur Zayyani Liman said...

Salam kenal..
Kalau dah jodoh memang takkan kemana..kalau kedua sudah tertambat hati..eloklah dipercepatkan..in shaa Allah hubungan diredhai Tuhan..

sal ya said...

Jodoh pertemuan Allah tentukan..

Sya Nadia said...

Err..lama x singgah sini..x faham sape yg menulis ni..msred ke?tp knp cerita pasal perempuan nak jd kekasih...aduhai..pening jap..hehe

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno