October 09, 2014

A FAIR FIGHT TO GET A GIRL

Assalamualaikum.....

A fair fight. It should be.

Dia sahabat baik aku. Kami dah lama berkawan. Dia lelaki hebat. Sangat menghormati orang. Sayangkan kawan-kawan. Gentleman. Wanita sukakan dia bukan sebab rupa. Itu kekurangan dia. Istimewanya dia kerana dia tahu apa yang perlu dilakukan, dikatakan untuk setiap keadaan. Setiap perkataannya membuatkan orang tertarik dengan dia, sahabat atau peminat. Dia sahabatku.

Dia pula wanita yang aku suka. Baru-baru ini baru aku sedar yang aku sukakan dia. Selama kami berkawan, tiada cinta. Dia wanita yang sahabat baik aku suka dalam diam. Mana mungkin aku sukakan dia. Tapi sejak akhir-akhir ini, jadi lain. Perasaan aku pada dia berubah. Bukan lagi wanita dambaan sahabat baik ku. Dia kini juga wanita idamanku. Pada awalnya aku masih menolak perasaan ini. Sahabat aku tak tahu. Wanita itu juga tak tahu. 


Adil ke? 

Aku tiada jawapan.

Akal aku berkata, aku patut berterus terang dengan sahabat baikku. Sebelum aku mula berusaha mendapatkan wanita idaman aku, aku patut beritahu sahabatku. Supaya aku dan sahabatku dapat bersaing cara baik. Daripada aku rampas dalam diam. 

A fair fight. It should be like that.


#ramblingkarya

Author : Izaismail


5 comments:

Diana Rashid said...

kalau saya baik diam2..jangan bagi tau..mana tau rasa cinta tu akan hilang nanti2..heheh..entah la..

Gee Lion said...

mainan perasaan je tu, trick si syaitan nak retakkan hubungan persahatan a.k.a hubungan persaudaraan sesama manusia..

azizah :) said...

kalau dapat bersaing dengan baik bagus lah dari rampas dalam diam..

n sebagai wanita pon kita ada hak memilih mane yg lebih baik..

senang citer dua2 xpayah pon o gak.. hahaha xde insan terluka

Khai♥Rin : anies said...

moga2 tiada yg terlupa di akhirnya...

Mummy Dina said...

Cuba la buat solat istikharah..minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno