September 18, 2014

FAVORITE KITA SERUPA

Assalamualaikum....




Seronok cuti sekolah ni. Jalan nak pergi office tak jam. Clear je. Tenang je bawa kereta. Sampai office pun awal. Sempatlah breakfast sambil layan movie kat dalam pantry.

Tapi dah dua hari ini saya cuti. Iman dan Ian demam. Saya ni kalau dia orang demam memang saya panik. Sebab di kawasan perumahan saya ni memang black area denggi. Banyak kes. Tu yang stress kalau dia orang demam. Penat juga melayan dua orang budak kecik ni demam. Clingy je diaorang sampai nak buat kerja lan pun susah. Nak kena berkepit je. Tapi tak apalah. Berkepit dengan anak kan best.

Ni cerita last 2 weeks masa ada Pesta Buku di SACC Convec di Shah Alam. Tak ada plan nak pergi tapi bila saya pergi SACC Mall sebelah pesta buku tu, Iffan ajak singgah bila dia nampak poster pesta buku. Iffan memang suka buku. Menurun dari mama dia lah. Tapi umur macam Iffan memang baca buku cerita, komik jelah. Tak kan nak suruh baca buku Motivasi pulak. Bila tunjuk buku yang ada unsur-unsur belajar memang dia tak pandang. Nak marah pun tak boleh sebab mama dia pun sama je camtu masa sekolah dulu. Baca novel rajin baca buku belajar Subhanallah, pemalas betul.





7 comments:

babYpose said...

Assalamualaikum Msred, alhamdulillah minat membaca tu penting kan..

Petak Bunga said...

kena bnyak kartun kot dalm buku seokalh tu

Ainim Suju said...

saya ni kak, kalau baca buku nanti tak lama lepas tu buku tu pulak baca saya

el said...

tulah..mmg lau anak2 demam ni mmg panik dan risau..el pun risau gak yelah demam ni mcm2 jenis kan..
get well soon boyfriendssss :)

Sally Samsaiman said...

bagus la dia suka membaca...kalau bebudak skrg suka cari game dengan tab je...

Sally Yatiey said...

Baguslah dia suka membaca ;D

Noriza MiracleVitamins said...

Mendidik anak belajar membaca sejak dari kecil bagus kan. Tanamkan minat dari kecik lagi,esok dah besar memang jd ulat buku

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno