August 25, 2014

KUTURUTKAN JUA


Assalamualaikum....




Last week system down untuk 2 hari kat office. Mula-mula bestlah sebab boleh main-main, kerja tak boleh nak buat. Lama-lama jadi bosan gila. Dahlah mengantuk, kerja tak boleh buat pulak. Memang kepala nak letak atas meja lah. Bos pun stress je sebab tak boleh nak marah bila tengok staff dia relax je. Hheee....

Hari Sabtu lepas, saya memenuhi undangan Tadika Kemas boyfriend saya Ian Syamie. Mula-mula malas nak pergi sebab hari Sabtu pagi saya ada kelas di masjid. Tapi Ian beria sangat nak pergi, ikutkan sajalah. Boyfriends semua dah siap berjubah dah sebab plan awal nak ke masjid. Malas nak tukar baju, pergilah Kindy Ian dengan jubah tu.
  





boleh tak duduk hensem2 sikit!!!
 

Seronoklah dia orang sebab dapat makan best dan dapat main beramai-ramai sampai saya ajak balik pun tak nak.  

Sent from Samsung Mobile

4 comments:

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno