July 07, 2014

STYLE IAN PUASA PULAK

Assalamualaikum....

Hari itu cerita pasal style Iffan puasa. Kali ni story mory style Ian puasa pulak. Sejak first Ramadhan Ian belum berjaya puasa penuh sehari pun. Ian baru lima tahun. Ok lagi kot. Nak suruh puasa penuh pub kesian. Dah lah badan tu kurus melidi je.




Stylenya, si Ian rajin bangun sahur. Dia tengok abang Iffan rajin sahur dia pun sibuk nak sahur. Makan banyak pulak tu. Orang lain tak lalu nak makan banyak-banyak pagi-pagi macam tu, dia makan bertambah.




Lepas sahur kadang-kadang dia tidur kadang-kadang tak tidur balik. Terus siap nak pergi sekolah pas tu menepek depan tv. Bila dah nak pergi sekolah Ian sibuk suruh buat milo nak breakfast katanya. Bila saya kata Ian kan puasa. Mana boleh makan lagi.

Ian cakap, "Ian dah puasa dah tadi. Sekarang Ian nak buka dah. Nak pergi sekolah dah ni. Cepat mama buatkan milo."

Sabar jela. Ian puasa sejam je sehari. Abang Iffan masa 5 tahun dulu adalah juga puasa setengah hari. Sukatilah Ian. Ian ni memang susah sikit nak suruh puasa. Mengelat je. Sama cam mak dia ke sama cam bapak dia?
posted from Bloggeroid

15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

X PE LA PLAN2

Farah Waheda Wahid said...

tak apa kak, at least dia ada inisiatif and effort untuk cuba berpuasa, pelan2 didik kann???

Asha Lya said...

sabar je la ya sis karenah anak2 he

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tak pe tu sis nak mula belajar puasa.. anak akak nabil 7 tahun pun tak puasa penuh lagi.. baru dpat 2 hari puasa penuh..

PetakBunga said...

ngntuk lah sekrg ni..
rasa seleepy je kt ofis..
x cukup tidur rasanya..

Ian tak ngntuk ke bgun sahur?

MaMa MuRsYiD said...

ok la tu sis.. ade gak niat nak puase tu..haha

Mummydearie said...

Ikut siapalah tu agaknya, Msred? Takpalah baru 5 tahun. Kesian pulak kalau nak rebeh je tengok bila kena puasa penuh nanti. Rajin juga dia bersahur dan terus bersedia nak ke sekolah. Anak saya pulak bangun sahur pun dia tak sedar :)

RDZ Z said...

Salam 9 Ramadhan Misred..

Ahmad Zaki said...

mengajar dari kecil bagus la. =)

ZH Blogger

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam ms red..
hehe..tak pe ian..pelan2 puasa ya..
tahniah sbb mencuba :))

Cik Asma BLuppy said...

ngelat puasa sejam ni. haha. good trying ian!

Nurul said...

xpe, kak... pelan2 latih dia... anak2 nrl pun kemain liat sangat nak bangun sahur... tapi tetap kena suruh juga bangun sahur, pastu kalau dapat bertahan sampai ke petang, penuhlah puasa dia hari tu... kalau tak, separuh hari je laa...

Cikgu Norazimah said...

mencabar nak mendidik anak berpuasa kan? tak tahu ler mcm mana gaya Irfan first time puasa nnti ;)

ros_reeza said...

puasa sejam?.. hihi. takpe kecik lagi. sekurang kurangnya bagi dia faham puasa itu ape kan...

husna zahidi said...

hahaha main pksa2 plak tu sruh buat milo..apalah ian nih..:p

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno