July 01, 2014

ALAHAI MC D DELIVERY

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, 3 Ramadhan dah. Kita sama-sama berazam tak nak tinggal tarawikh ok. Kalau nak shopping pun buat siang. Malam kita tarawikh. Setakat ini saya belum dapat nak tetawikh di masjid. Kesihatan tak berapa nak mengizinkan.

Semalam rasa tak larat nak masak untuk berbuka. Nak pergi pasar Ramadhan pun rasa tak ada mood. Malas nak bersesak. Husband pun tak ada, so akhirnya order Mc D saja walaupun tekak rasa nak makan nasi. Iffan sukalah dengar nak order Mc D.

Order pukul 630 pm lebih kurang dan sampai 730 lebih kurang. Dah masuk waktu berbuka dah masa tu. Dengan gelojohnya buka bungkusan.

Sekali perasan satu menu tak cukup. Saya order 2 set nugget tapi yang sampai satu set saja. Dah tak cukup pulak. Terus call Mc D delivery. Saya tak marahlah bila memikirkan adik yang hantar tadi melayu. Puasa, penat. Kesian dia kalau saya marah-marah. Pekerja kat kaunter pun mesti melayu. Puasa kan penat. Biasalah mistake camni.

Last-last set nugget tu dia hantar lambat, 9 lebih baru sampai. Tapi dia bagi ekstra Fun Fries. Oklah tu. Kenyang juga makan. Mc D delivery oppa, lain kali hantar betul-betul tau. Nak-nak lagi time nak berbuka ni. Akak lapar ni. Heheee...


posted from Bloggeroid

16 comments:

Ija Rased said...

salam ramadhan. best juga la mcd bulan pose, sekali sekala la, hihi,mulut tetap mau nasi jugak

Nurzakiah Hanum said...

take care ye
bulan puasa nie ramai yang x sehat

Mama Idlan Irsyad said...

hehe.. takpe.. nasib baik hantar on time..

aIEn said...

salam ramadhan
singgah pagi....lama rasanya sy x blog walking
hari ini ada peluang so singgah jap =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kira oklah dia nak hntr balik..

hihi..

idzwa kamaruddin said...

bulan puasa tak bleh nak pikir..hehehe...sian gak budak tu..

Ahmad Zaki said...

Selamat tak makan penghantar tu. hehehe... Lapar sangat kan.. =P

ZH Blogger

Nurul said...

Salam Ramadhan, kak... :)

Ayu Zan said...

alahai..cian akak dan delivery oppa tu.eheh

MizzTina said...

hehehe..sbr kak.. seb bek dia bg extra mkanan..

Cik Asma BLuppy said...

get well soon!

Azisadliyatul said...

sama lah menu kita.. penat punya pasal, mcD delivery ajela senang.. hihi.. tapi saya dpt mcD cukup sifat, tak ada yang terkurang.. kalau tak, mesti dapat free fries macam sis jugak kan.. hihi

Cikna said...

bestla ade extra, xmo marah2 sis.....;-)

ZazaMyMoon said...

selalu terjadi je kes brg tak cukup hantar kak..
nway get well soon yer kak.. hope dpt pergi terawikh mlm ni & mlm2 seterusnya

Mummydearie said...

Mesti banyak order yang McD Delivery ni dapat sebab itulah kelam-kabut. Yalah, nak kejarkan time 45 minit tu dan kalau boleh mestilah nak hantar dan-dan masa berbuka nanti :)

Saya dah set masa ABC nanti baru pekena McD kat pejabat. Hehehe.

ros_reeza said...

owh.. nasib baik juga dorang hantar semula kan :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno