June 07, 2014

TOLONG BANGUN DAN PERGI SHOPPING

Assalamualaikum.....



Dari hari itu nak pergi beli baju raya siap-siap sebelum Ramadhan kali ini. Bukan sebab eksaited nak raya, tapi sebab malas nak shopping Ramadhan nanti. Tapi sampai sekarang tak pergi juga. Malas nak shopping punya pasal.

Shopping dengan 3 orang boyfriends saya ni memang memenatkan. Bukan penat shopping, tapi penat melayan kerenah dia orang.

Hari ini pun ada plan nak pergi shopping baju raya dia orang, tapi tak tahulah berjaya ke tak? Hehee....

Rasa nak bersantai kat rumah atas katil sambil membaca lagi best. Tapi kena pergi juga beli baju dia orang sebab Mr Hasben dah bagi duitnya. Lama-lama pegang kang kelain pulak duit tu kang. Bahaya.
posted from Bloggeroid

11 comments:

ezuddin said...

Hajat pun sama nak pg shopping beli baru raya anak, tp gayanya kene tunggu gaji gak. Heee puan la untung dapat pg dulu.

Sis Vee said...

lbh baik gi sekarang . bln ramadhan nanti confirm x larat dgn keletihan puasanya ...

norh said...

shopping awal takde la stress sangat bila dah masuk bulan puasa nanti..

aiezzaSue said...

arghh, shopping!...saye suke tuu :)
tapi biasaklah bila bawak anak2 ni..puas bekejar dapat beli sorang sepasangdua pon jadi la...pelan2 kumpul ;)

Dzureen Darwis said...

Wuuu disuruh shopping haruslah pergi ihiks

Farrah MF said...

Bestnya shopping raya!

husna zahidi said...

hehehe shopping ngan bebudak nih tak terlayan pe'el diorang..:p

husna tak plan nak beli apa2 lg..hhuhuhu..

ros_reeza said...

betul kak. kalau ada duit, bagi gi beli cepat2.. kang, duit tu mengalir ke tempat lain pulak. hihihi

Mummydearie said...

Saya pun sama juga. Kalau boleh nak cepat-cepat beli tapi membayangkan keadaan pergi shopping dengan dua superheroes ni, memang azab sungguh. Shopping mungkin tak lama tapi keletah mereka ni, boleh naik BP jadinya!

Akif Imtiyaz said...

Bila duit dah ada kat tangan baik terus pergi beli jer ..nanti tak pasal2 duit yang ada kelain la pulak huhuhu..happy shopping

QasehnyaRania said...

sudahnya shopping ke mana kan.hihi.dah shopping ke kak?

tema apa raya nnti

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno