May 05, 2014

KENA PUJUK RAYU

Assalamualaikum....



Last weekend walaupun cuti 4 hari tapi tak dapat sangat nak santai-santa kat rumah. Sikit-sikit je. Jadilah, dapat juga merehatkan mental dan fizikal. Lagi pun Islam kata dunia ini bukan tempat berehat.

Hari Sabtu, lepas basuh baju dan sidai bawak Iffan pergi dentist. Iffan dengan berat hati terpaksa follow. Nak kena cabut gigi dia sebab dah tumbuh gigi barunya. Iffan pun tak bagitau saya dah tumbuh. Tengok-tengok dah tumbuh.

Kat dentist, saya terpaksa memujuk rayu Iffan supaya bagi doctor cabut gigi dia. Beria dia taknak. Sampaikan doctor tu terpaksa bagi bius lebih sikit sebab tak nak bagi Iffan rasa sakit langsung. Doctor promise Iffan tak rasa sakit langsung. Akhitnya berjaya juga cabut gigi Iffan. Meleleh air mata dia.

Kesian. Tapi nak buat macamana. Gigi baru dah tumbuh besar dah. Nak tak nak kena cabut juga.

Lepas tu pujuk Iffan dengan ais krim tapi dia tak nak. Dia nak air coklat je.




Then pergi potong rambut. Cikgu dah tegur rambut Iffan panjang. Dengan kapas kat mulut lagi pergi kedai mamak. Hheeee.... Time ini Iffan dah tak nangis dah.




Iffan dengan rambut baru dan kapas baru...hheee


posted from Bloggeroid

26 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nampak kemas

idzwa kamaruddin said...

aloh aloh....gmbr kenangan ni siap dgn kapas :)

Petak Bunga said...

sy pun x mau g dentis ngilu nya bunyi dentis terngiang-ngiang..

ish takutnya..

lama nya keluar darah..nga kapas tu..okey tak?

FiZ said...

dentist?saya takut dengan dentist.haha.dari kecik sampai skrg.haha

Azlealee Bashir said...

Gambar kenangan tu..

Dzureen Darwis said...

Wah potong rambut dah hensem hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum msred...hansem dah...

adianiez AIDA said...

syuhada few days menderita sakit gigi. gigi susu da longgar nak tercabut.
aida ajak dia gi dentist agar sakit cepat ilang, boleh makan dgn selesa.
dia takut. petang tu juga dia cabut gigi sendiri :-)
anak oh anak...

Diana Rashid said...

anak saya hari ni baru cabut gigi..cepat sangt gigi nya berlapis..

Diana Rashid said...

anak saya hari ni baru cabut gigi..cepat sangt gigi nya berlapis..

Yun Sing said...

Dulu masa sekolah rendah dentist mai nampak muka saya tension dah.. budak yang tak pernah nak duduk diam. Dengar je bunyi mende tu terus tolak bangun.. sampai kena pujuk dengan cermin la.. apa la.. sekarang relek je.. pergi tidur.. bila bangun dan siap xD

Affy Afiqah said...

kesian iffan...ika pun takut sebenarnya part cabut gigi ahahahahaha

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam Ms Red..

kalu gigi baru tumbuh, gigi lama kena cabut ke kak?huhu..tgk maisara anak kak diana pon sama..cabut gigi sbb gigi baru tumbuh..

makin ensem la Iffan lps ni.. dah ade gigi baru,,rambut baru lagi..

Akif Imtiyaz said...

Lya tak pernah lg ada pengalaman bwk anak jumpa dr gigi utk cabutgg ..kalau jumpa untuk checking adalah ..sebab setakat arini gigi anak2 Lya cabut sendiri kat umah ..Bila dah betul goyang kita cabut senang jer hehehehehe ..

Aisya A. said...

alahai kesian dia. muka pasrah kena cabut gigi. hehe

Nurul Farahizzati Zakaria said...

alololo.. kesian dia.. sakit gigi, cabut gigi dan yang sewaktu dengannya sangat menyakitkan.. :'( p/s : zizie klik whisper :D

Bitt (double IS) said...

ya betul...tiada istilah hari berehat....grrr

sian dia...tapi dah settle dah kan...adik yg pakai baju merah tu ceria je...nk menceriakan hati abang yer

babYpose said...

comel adik beradik ni, dah berani jumpa dentist kan.

Linda said...

Wahh...Iffan serba baru...jangankan Iffan, saya dah tua2 ni pun masih takut jumpa dentist hehe..

sal ya said...

Macam ni la budak2 kalau pergi dentist kan.

aIEn said...

Salam singgah & Salam perkenalan =)

Lyn Yusoff said...

alahaiii siannya dia..
mmg klu pg dentist ni agak seriau jugak lah... baik yg dewasa apa lagi budak2..

Deqla Norumara said...

ingat lagi masa kecik2, arwah mak yg kena seret deqla masok klinik gigi.. menjerit2 deqla kat luar klinik.hhaahhaa.. makin kacak dah dia dgn rambut baru..

IbuNoey said...

alahai..tengok gambar Iffan dengan kapas kat mulut,teringat masa sekolah dulu kena cabut gigi..sampai sekarang masih terasa sakitnya..

Mummydearie said...

Gigi baru, rambut baru. Okeylah tu, Iffan :)

QasehnyaRania said...

semuanya serba baru hihi

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno