May 06, 2014

BERSEDEKAH DENGAN BADAN

Assalamualaikum.....



Hadis yang berkaitan dengan cara bersedekah yang tidak menggunakan harta.

Hadis 1

Abu Zar R.A merekodkan, "Sesungguhnya sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah, ' Wahai Rasulullah, orang kaya telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka solat sebagaimana kami solat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka [sedang kami tidak dapat melakukannya]'.

Baginda bersabda, " Bukankah Allah menjadikan bagi kalian jalan untuk bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah dan setiap rasa malu kalian adalah sedekah."

Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah dikatakan berpahala seseorang antara kami yang menyalurkan syahwatnya?'

Baginda bersabda," Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan di jalan yang haram, bukankah baginya dosa?"

Demikianlah halnya jika hal tersebut diletakkan dijalan yang halal, maka sudah tentu mendapat pahala.

Hadis riwayat HR Muslim.


Hadis 2

Abu Hurairah r.a melaporkan Rasulullah s.a.w bersabda,"Setiap anggota tubuh manusia wajib bersedekah, setiap hari apabila matahari terbit jika engkau mendamaikan dua orang yang bergaduh adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan, engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkat barangnya juga sedekah, ucapan yang baik juga sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju ke masjid untuk solat juga sedekah dan menghilangkan gangguan dari atas jalan juga sedekah."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



BUKU SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI
posted from Bloggeroid

15 comments:

Myra Jay said...

Jom sama2 bersedekah... :D

Kathy R'bain said...

nice sharing sis....

Nurzakiah Hanum said...

perkongsian yg bagus

~Nor Arena~ said...

mendokan mukmin juga dikira bersedakah kan sis...subhanallah... mudahnya meraih pahala allah..

ros_reeza said...

assalamualaikum kak.. singgah petang :) thanx untuk perkongsian ni kak :)

Nurul Huda said...

Senyuman juga satu sedekah :) hee~

JunAina said...

Mudahnya nak buat pahala walapun tak berharta...

Norhasniza Khalid said...

perkongsian yang hebat kak.. :)

QasehnyaRania said...

mudah kan utk bersedekah.
buat dgn tidak sahaja
smga dipermudahkan.

mirza syazwina said...

yg paling senang senyum je kan ^_^
thank you share :D !

Ainim Suju said...

sedekah ni banyak carakan kak

RDZ Z said...

bersedekah bukan hanya dengan wang ringgit. Banyak cara Allah nak bagi pahala untuk kita...Alhamdulillah...

Wafa Cw said...

Cukup mudah untuk kita buat kebajikan sebenarnya kan...

Mummydearie said...

Bersedekah bukan dengan harta benda sahaja. Banyak caranya. Mudahnya nak mendapat pahala ya!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam Ms red..
tenkiu sharing..
alhamdulillah.. islam itu indah.. :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno