April 29, 2014

SENYUMAN WANITA YANG PALING CANTIK

Assalamualaikum.....





Saya selalu jumpa wanita yang sangat tabah pada pandangan mata hati saya. Ada yang memang saya kenal dan ada yang bukan kenalan saya, yang saya baca kisah mereka di mana-mana media.

Mereka wanita biasa yang Allah anugerahkan ketabahan yang luar biasa. Mereka diuji dengan ujian yang hebat. Diuji dengan penyakit, anak yang sakit, kemiskinan dan macam-macam lagi.

Tapi yang buat saya kagum, bagaimana mereka dengan mudahnya mereka memberikan senyuman yang lebih indah dari senyuman kita yang lebih ikhlas dari senyuman kita.

Senyuman manis mereka, membuatkan air mata saya bergenang dan terasa malu sebab saya sering bersungut dengan ujian kecil yang Allah beri pada saya.

Wanita ini idola saya. Semuga Allah jadikan saya setabah mereka. Semuga saya juga boleh tersenyum biarpun sedang diuji Allah dengan ujian yang berat, tanda kita redha dengan takdirnya.
posted from Bloggeroid

17 comments:

Knor said...

Setuju dgn n3 ni..klu kita susah, ada lg org yg susah..iktibar

Ayu azmir said...

semoga Allah terus memberikan ketabahan kepada mereka dan juga kita semua....

Normi Nieza said...

nice entry..:)

nasa mulia said...

kerana senyuman manis itu menyembunyikan derita mereka.

adianiez AIDA said...

aida sgt bersetuju :-(
dlm kata2 lain, aida juga tabik ibu-ibu ini. paling baru, seorang sahabat aida sama2 belajar dulu baru kehilangan anak bongsu lelaki tunggalnya. kanser. sehari ke sehari, setelah 2 minggu sahabat aida ni menjalani hidup dgn biasa. senyum.
hanya Allah tau dlm hati dia, kan?

Farah Waheda Wahid said...

to be honest kak, bila kita mampu tersenyum dan kita kuat untuk tunjukkan seolah2 tak ada apa2 yang berlaku dalam hidup kita dan orang tak dapat hidu pun apa masalah kita, itu adalah kejayaan paling besar buat seorang wanita dalam menyembunyikan pekung di dada mereka dan tanda mereka memang tabah... ^_^...

Fiza Rahman said...

Betul tu. Wanita yg tabah adalah wanita yang mampu tersenyum diwaktu pagi seperti dia tidak menangis semalam.

Aisyah Az said...

saya kenal rapat dngan wanita istimewa yg suka senyumm.. iaitu mak ecah... tersnyum walau dalam hati bersedih ;')

adrianna syaz said...

Senyum seindah suria..mcm mak sya yg mmg tabah..luv mak sya..hehe

Sally Samsaiman said...

Sbb tu la perempuan ni istimewa ;)

Yun Sing said...

Kadang-kala bila terasa perit kehidupan, senyuman sedikit sebanyak membantu tau :)

Bitt (double IS) said...

amin....

:)

Norhasniza Khalid said...

sebalik senyuman adakalanya tersimpan beribu cerita di sebaliknya

Linda said...

well said...:))

Mummydearie said...

Bila tengok wanita setabah ini, saya tak pasti saya mampu jadi seperti mereka. It's true. Merekalah wanita paling cantik dalam dunia nih.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam Ms Red..

Itulah kita...itulah keistimewaan makhluk bernama WANITA..

we are strong bebeh~~ :)

QasehnyaRania said...

it’s true

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno