April 24, 2014

IMAN NAK BELANJA SHOPPING

Assalamualaikum....



Semalam, terpaksa pergi Tesco walaupun malas sangat nak pergi. Saya tak suka keluar malam on weekdays. Nanti Iffan dan Ian lambat tidur, esok pagi susah nak bangun. Disebabkan barang basah memang dah habis, terpaksalah keluar juga. Kalau tak nanti tak dapat nak masak.

Iman sibuk nak bawa duit dia. Katanya nak beli barang pakai duit dia. Sukahatilah Iman.




Tengoklah banyak duit Iman. Duit gaji abang Iffan dan abang Ian sebenarnya. Dapat waktu dia orang kerja kat Kidzania hari itu.




Iman kata dia nak beli m&m ni tapi saya kata duit Iman tak cukup nak beli coklat tu. Merajuk dia. Mahal kot coklat tu, RM 21 sekotak. Tak kuasa nak membelinya. Ganti ngan coklat Sugus saja.



Kalau pergi Tesco Iman mesti nak beli Kaya Ball ni. Bolehlah beli selalu sebab murah.



Ian merajuk sebab kena marah dengan mama dia. Ian sibuklah berlari ke sana sini, dia ingat Tesco tu padang bola agaknya. Tu yang kena kurung dalam troli Tesco. Heheee....

Lepas tu, dinner kat Food Court Tesco. Makan Sizzling mee favorite Iffan. Balik, lepas tidurkan boyfriends saya, layan drama Korea kejap.

22 comments:

Asha Lya said...

seronok anak beranak berbelanja ya sis

Budak Kampung said...

tu dia..sempat layan korea jugak ek.kim salam ngn iman junior sana

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PAGI

Ninaa Hassan said...

bgus Iman ni akak , kecik2 dah pandai nk berdikari hehe :)

Azlealee Bashir said...

sedihya ian..

adrianna syaz said...

Byk witiffan nk membeli belah tu.hehe

el said...

smlm pun iols pergi sopin brg dapur kat tesco..mmg xsuka pun g sopin weekdays..sbb satu hal esok nak keje..anak2 sekolah tp ape leh wat..stok brg dah abis.nasib dah setel kerja sekolah anak dulu..balik2 tesco tu anak2 dah masuk tido n iols pun terbungkang..uols sempat lagi layan drama korea eh haha

Farah Waheda Wahid said...

banyaknya duit Iman boleh aunty pinjam? hik hik hik... sempat lagi mama layan cerita korea ek?

Ija Rased said...

layan anak anak..hilang stress kat tempat kerja

siti alfakhishah aman said...

hhehe.. laku ke pakai duit tu.. ciut jek

misz sheyla said...

alahai nak coklat mahal2...huhu

faizah muhammad said...

byk nye duit die ek..hihi

Cikgu Norazimah said...

comeynyer bagi anak merajuk, seronok gak tgk dorang merajuk, mana boleh diberi apa yang dorang nak kan?

Affy Afiqah said...

kesiannya tengok muka ian merajuk, muncung haa terus huhu

QasehnyaRania said...

dh jarng kluar mlm2 skrg
kalu dlu suka gak terjah aeon big ke tesco ke time weekdays..

sian tgk muka ian..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. hehe pandai, tahu juga bab duit.. hihi kesian kena marah dengan ibu ya...

aizamia3 said...

samalah dengan saya.. kalau terpaksa baru keluar beli barang waktu malam on weekdays sebab taknak ganggu rutin harian anak2..

Mas Zull said...

assalamualaikum msred...wah seronoknya nak soping yer...;)

Azhafizah Md Nor said...

siap bawak duit lagi tu..excited die nak bershopping ye

~MommyAqilMedina~ said...

Alahaiii..kesiannya Ian merajuk..Tapi comel je Iman nak belanja tapi duit tak cukup..aida pon kalau coklat mahal sangat, tak beli lah kot..better beli coklat murah je..hehee

Mummydearie said...

Senang semua masuk dalam troli :) Budak-budak memangnya kalau masuk hypermarket macam dalam rumah sendiri. Ikut suka mana kaki nak berlari :D

nana kimie said...

hihi...banyak duit iman..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno