April 18, 2014

HADIS NABI BERKAITAN SEDEKAH

Assalamualaikum...




Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
( HR Baihaqi )


Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” 
( HR Thabrani )


Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )


Dari Salman bin Amir dari Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang miskin pahalanya satu ; dan kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat pahalanya dua , iaitu pahala sedekah dan pahala kekerabatan .” 
( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )





13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi n salam jumaat

Farah Waheda Wahid said...

bersedekah itu banyak pahalanya tetapi dengan syarat kenalah bersedekah dengan hati yang penuh ikhlas dan juga dari sumber yang halal. ye tak???

:: idzwa :: said...

good sharing..

Sally Yatiey said...

Salam Jumaat..
Nice sharing kak..

Rai Ourkizuna said...

suka quote yang bawah tu..

nasa mulia said...

tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah..

Nurfaezah Abdullah said...

nice entry :) jangan kedekut nak bersedekah.

Mummydearie said...

Tangan bersedekah, mulut tak boleh riuh :)

Suka ke mari bila Msred selalu memberi ingatan, saling ingat- mengingati tentang perkara yang baik-baik ni.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam ms red..
Alhamdulillah..
terima kasih atas perkongsian..

apa yg kita sedekahkan itulah sebenarnya yg menjadi harta kita di.sana. kelak kan.. :)

Norhasniza Khalid said...

bersedekahlah, jangan kedekut..

adianiez AIDA said...

in shaa Allah...

Cikgu Norazimah said...

good sharing ;)

QasehnyaRania said...

peringatan yang bagus sesama manusia :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno