March 07, 2014

SCRAPBOOK : MAK SAYA, MAK ANAK-ANAK SAYA JUGA

Assalamualaikum....



Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.




Gambar ini diambil tahun 2009 waktuIan Syamie3 bulan. Gambar dengan Wan atau mak saya. Scrapbook ini dibuat untuk masuk contest masa itu, sempena sambutan hari ibu. Berjaya terpilih sebagai 'Featured Page' kat website mana ntah, tak ingat. Sekarang ini saya tak active dah join contest scrapbook yang dibuat oleh orang luar Malaysia. Biasanya dari US. Dulu rajin join.

Penghargaan untuk mak saya yang dah macam mak pada anak-anak saya. Anak-anak saya mak yang jaga. Dia berkeras tak kasi saya dan adik saya hantar anak kita orang nursery. Kata mak, selagi dia terdaya, dia nak jaga sendiri cucu dia. Kalau dia dah tak daya nanti, lain cerita.

Alhamdulillah, setakat ini mak sihat saja, masih kuat lagi. 

Semuga mak selalu dalam lindungan Allah. Terima kasih Mak. 

Note : Kalau nak cerita pasal mak, panjang. Mesti berderai airmata kenangkan payah mak besarkan kami adik beradik lepas arwah abah tak ada. Tulis pendek ni pun dah bergenang air mata.

16 comments:

Cik Puan Fadli said...

mak mesti syg cucu lebey dari anak sendiri..sama gak dgn mak saya...dia dok jaga cucu 5 orang, lg 2 orang cucu jauh sgt nak jaga...selagi mak sehat, slagi tu lah dia nak jaga cucu² dia...camtulah agaknya kita nnt, kan msred ;) semoga mak msred diberi kesihatan yg baik...windu mak saya gak aihhh...jap g nak whatsapp mak ;)

Nurzakiah Hanum said...

GAMBAR PENUH MAKNA

Asha Lya said...

mak la segalanya kan..lya pun dah tak ada ayah ada emak je..syukur emak masih sihat walafiat alhamdulilah

Siti Asiah said...

byk pengorbanan mak kite kan Msredcheese...cantik layout scrapbook ni. Asiah sukee scrapbook, br tgh dok blaja. Msredcheesecake bl brg scrapbook ktne yea?kalau boleh share kat blog yea...;)

Linda said...

mmg cantik scrapboook tu Msred. Mmg betul pun, pengorbanan seorang ibu itu tiada bandingan kan Msred :)

Sya Nadia said...

semoga mak msred sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah...aminnnn...

mama amir said...

mungkin mak memang macamtu kot...sebab mak saya pon tak mahu saya letak di nursery...dia nak jaga sendiri selagi terdaya...
betol, tulis pasal mak memang boleh berderai air mata dibuatnya...T T

eintan nurfuzie said...

rajin2

IbuNoey said...

sangat beruntung sebab masih ada mama..arwah mak IbuNoey dah meninggal almost 6 years ago..skrg ni pun bermanja dgn MIL je..

nak kecutkan jerawat guna gincu apa-apa jenama pun boleh.yg penting merah pekat..

munirah rahman said...

rindu makk.. huhu

el said...

dulu ada fotopages sllu wat scrapbook ni tp online punya
tp iols x lah pandai nak berscrap2 mcm uols hehehe

mmg sllunya lau kita cerita pasal ibu mmg sebak n mcm2 perasaan huhu

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah..semoga sentiasa sihat bersama cucu² tersayang

QasehnyaRania said...

cntik la scrapbook tu
betul tu msred.aamiin

shasha yacob said...

wahhh, cool laa. i like hehehe kreatif

Eellee Nana said...

banyak pengorbanan mak kita kan
cantik scrapbook tu
t msred boleh share pasal scrapbook tu pula

Zizie Zack said...

cantik sangat scarpbook tu even simple.. nanti kalau zizie ada anak, nak buat jugaklah macam ni .. hehehe XD

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno