March 10, 2014

JANGAN BERHENTI BERKENALAN DENGAN SUAMI

Assalamualaikum....

Bila terbaca kisah penceraian artis atau terbaca statistik penceraian di Malaysia yang semakin meningkat, ramai yang jadi ragu-ragu dengan perkahwinan. Ada yang jadi tak percaya yang perkahwinan kita akan bahagia sehingga hujung nyawa. Jadi takut untuk berkahwin.

Macamana caranya kita nak mengekalkan kebahagiaan dan usia perkahwinan kita? Ada macam-macam teori, cadangan dan tips yang kita dah dengar dan baca. Yang mana satu berkesan bergantung kepada banyak perkara samada di dalam diri kita sendiri atau di luar, persekitaran kita.



Walau apa formula yang kita guna, jangan lupa teruskan dan sentiasa berkenalan dengan pasangan kita. Manusia berubah. Hari ini suami kita suka makan kari kambing, esok lusa mungkin berubah, suka makan ayam panggang.

Kalau kita leka dengan menganggap kita dah lama bersama pasangan dan dah kenal sangat dengan pasangan, kita tak sedar yang dia dah berubah. Kita masih masak kan kari kambing untuk suami sedangkan sekarang ini dia sangat suka ayam panggang. Macamana kalau suami bosan?

Contoh ini sangat simple dan mungkin ada yang beranggapan ianya remeh. 

Bagaimana pula kalau suami yang dulunya tak suka dimanjakan, tapi sejak akhir-akhir ini, seiring dengan peningkatan usianya, dia berubah jadi suka kan perhatian dari isteri. Kalau isteri leka dan tak sedar kegemaran baru suaminya yang suka dimanjakan, apa akan jadi? Suami bermanja dengan orang lain?

Jangan leka beranggapan kita dah kenal pasangan kita luar dalam dan dia tak akan berubah. Oleh kerana manusia boleh berubah, kita janganlah berhenti berkenalan dengan pasangan kita. 

Dan, jangan lupa doa.


- Posted using BlogPress from my iPad

20 comments:

ecah khalili said...

betul..kadang perangai berubah2..dulu suami sy serius sikit..sekarang makin menjadi2 kelakarnye..smpaikan bile kat ofis pon rasa tak sabar nak balik rumah bergurau dgn suami..haha

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Betul tue.. walaupun dah berbelas tahun kawin tapi kena setiasa rasa seperti baru pertama kali berkenalan..baru bertambah erat kasih sayang yer tak.. =D

Anizz Annisa said...

nice entry kak.. berguna utk mase depan anis nt..inshaALLAH.. :)

Petak Bunga said...

betul.

x kenal maka tak cinta..
bila dah lama kahwin, makin bnyk yg kita x tau pasal dia.

♥♥ Nur ♥♥ said...

X dok suami..... waaaaaa :(

HeNRieTTa JoSe said...

Btul tu...sentiasa belajar ttg dirinya....

babYpose said...

Tips yang bagus teruskan berkenalan dengan suami, update keperluannya sepeti keperluan bayi bertukar semakin membesar, begitu juga yang dewasa berubah kann. Isi keperluan itu, sebagai isteri biarlah kekal lemahlembut kerana suami tetatp ingin menjadi hero walaupun tak seberapa jadi tunjukkan kita memerlukan suami sambil mengisi keperluannya.

mOoN said...

nice sharing.. :) tq..
kena buat suami hari-hari jatuh cinta dengan kita.. :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. wahh bagus sangat entri ni... kena sentiasa naikkan seri bercinta dalam rumahtangga ~~~

rasp said...

betul ckp u tu sis...
jgn leka dan amik mudah...
dan jgn lupa berdoa padaNya...

RDZ Z said...

Hati orang susah nak bacakan..rasa macam dah kenal tapi kadangkala macam tak kenal..so kena terus berkenalan..he..he

IbuNoey said...

yup,betul tu..IbuNoey pun kadang-kadang perasan perubahan AyahMal. terutama tang selera tu. hehe..

Ayu azmir said...

betul tu setiap hari kita mesti belajar benda baru tentang pasangnan kita

faizah muhammad said...

betullah..tq sbb ingatkan.

Ujinorizqi said...

Betul tu msred. Suami cinta halal kita. Kena terus bercinta dan mengenali dia sehingga ke penghujung hayat kita.

aizamia3 said...

hehehe.. sekarang adalah sikit perubahan pada en. suami.. dulu tak suka itu, sekarang dah suka.. jadi sebagai isteri kena alert jelah.. ;)

Moga kita semua kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendakNYA.

Wafi Remli said...

Kena saling cinta-mencintai kerana Allah.

Mummydearie said...

Selalunya kita fikir bila dah lama berkahwin, kita dah kenal hati budi suami. Dah tahu apa yang disukai dan apa yang dibenci. Tapi kita terlupa yang manusia boleh berubah. Betul kata-kata Msred nih - jangan berhenti mengenali suami kita sendiri.

QasehnyaRania said...

betul tu.thanks msred sbb berkongsi.masih byk yg perlu diperbaiki.walaupon usia perkahwinan makin menginjak

shasha yacob said...

nice entry kak. lagupun saya dah 18 tahun , bole dah baca kisah macam nih . hehehe xD

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno