February 25, 2014

TIPS MACAMANA NAK KURUS

Assalamualaikum.....

Kalau cek keywords untuk blog saya, selalu ada yang cari macamana cara nak kurus. Kita, terutamanya female adults, young adults pressured to keep slim. Macam-macam cara nak cuba nak kurus, kalau boleh nak cuba cara senang. Tak perlu buat apa-apa tapi kurus.

Susah tu. Apa kata try cara yang saya pernah cuba dan berkesan. Saya cuba masa sebelum kahwin, masa anak dara dulu. Mmemang berkesan, alhamdulillah. 


1. Satiap hari, bangun awal pagi. Dalam pukul 6 am mesti dah bangun. Bagi yang muslim, selepas subuh tu jangan tidur. Selepas breakfast jangan duduk rehat dulu. Buat apa-apa kerja rumah. Menyapu, mop, basuh baju. Apa-apa kerja rumah yang perlu banyak bergerak. Buat 15-30 minit. Kalau lebih lagi bagus.





2. Setiap kali makan pagi, tengahari, petang dan malam mesti dimulakan dengan buah dan diakhiri dengan buah terutamanya buah serat tinggi. Maksudnya, sebelum mula makan tu mula dengan makan buah dulu. Dah habis makan, makan buah lagi sebelum selesai makan.




3. Setiap kali makan nasi, ambil nasi tak lebih lima suap. Nak ambil lauk dalam portion yang biasa kita ambil boleh. Maksudnya portion nasi je yang kurangkan. Lauknya tak perlu kurangkan pun tak apa. Tapi janganlah sebab nasi dah kurang kita ambil lauk terover pulak. Even nak ambil desert pun boleh, tapi jangan berlebih-lebih pulak ok.





4. Exercise. Ni yang paling susah kan? Alasan kita tak ada masa dan malas. Saya pun malas. Tapi yang ini saya boleh buat. Cara saya, sambil tengok tv saya ber hula hoop. Saya tak pakai lah hula hoop tu, saya buat pergerakannya sahaja. Buatlah 5-10 minit. Nak lagi berkesan buat dari mula cerita sampai habis cerita. Kalau cerita tu dua jam sanggup? Hheeee...





Tips : Amalkan minum air limau, berfungsi untuk mengurangkan rasa lapar. Minum air limau sewaktu lunch dan dinner.




Tips ini lambat tapi selamat.


28 comments:

Azney Shamsuddin said...

nice entry :) boleh lah cuba nanti :)

bella luna said...

thanks dear.. kongsi tips nak kurus .. hehe. =)

izan mama mia said...

mg tip ini dpt mbantu.. tapi nak kurus..bukan kerja mudah..kalau tak ada disiplin yg kuat..mmg tak akan berjaya...

ain syafieqa said...

ain nak tambah berat tapi selalu amalkan tips di atas.kurus juga sudahnye..

Nurzakiah Hanum said...

wow moning

Asha Lya said...

kalau kita plak nak tips gemuk sbb kita keci :)..menabung sini inti

Farah Waheda Wahid said...

lepas ni kalau nak kurus lagi boleh cari akak...he he he.... morning kak....

Nurul said...

Nrl pun tengah dalam misi nak kuruskan badan balik... rasa cam dah naik sangat ni... timbang2 60kg... uwaaa... kena praktikkan semua yang kat atas tu...^__^

QasehnyaRania said...

nak tambah berat pulak msred?

alhamdulillah.mmg amalkan makan buah dulu sblm mkan.

sedapnya tgk susunan buah buahan tu..

HeNRieTTa JoSe said...

alamak...stroberi segar...hehehe....yummy...

Aziela said...

Sebenarnya antara nak atau tidak jer kan. Tapi akak mengaku la...akak malas. Bila dah ada di rumah tu, rasa nak rehatttt jer. Balik dari kerja, terus lunyai rasa badan. Nak angkat tangan pun tak terdaya rasanya. Lepas nie kena lawan perasaan tu.

Cho Zila said...

betoi2 akakpun selalu cari kat googletu.. tapi tang mencarijer lepastu tak buatpun.. ha... ha...

Cik Puan Fadli said...

part amek nasik x lebey dr 5 suap rasanya ai x mampu nak buat...hahahhaa....so, cane nak kuruih nie..memg x laa..redha jelah dgn berat skang..nampak jee kuruih, tp berat badan mashaallah...

babYpose said...

Saya perasan kalau makan makanan manis kek atau popcorn, perut buncit, badan tak naik lagi. Saya pun buat ala kadar depan tv jugak.

YaNg AyEsHa said...

Assalamualaikum..terima kasih untuk tips ni..nanti Ayesha boleh try buat..hehe

ZazaMyMoon said...

susahnya nak kurus.. nak gemok senang2 je boleh gemok.. hurmmm

Zara Nurhaidah said...

zara skang mmg amik langkah mgawal berat badan.. hahaha. nasi tuu laa yg paling zara limitkn.. sekadar yg badan perlu, xnk amik byk ikut nafsu.. huhuhuhu

arina abdul rahman said...

akak.. arina selalu minum air limau... tapi still lapar.. hehehe

dalila said...

huhu..tq sis for ur sharing..
tips yg berguna sgt2..

Ayu azmir said...

Good info... sya pun sedang ke arah itu

shaFazie said...

azie amalkan minum limau,memang nampak kebekesanan.
anyway kak terima kasih sbb share info2 ini

Nurfaezah Abdullah said...

fae plak nak naikkan berat badan>.< fae underweight >.< fae nak mkn akak la blh? :p

Iela Fazielah said...

wah.....bagus ni.. boleh cuba

Rinna said...

TQ share info.. :)

Queen Teratai said...

tip nak naikkan berat badan ada x kak iza?

Azhafizah Md Nor said...

tips menarik ni..tapi 5 suap nasi tu mcm susah je..huhu..

Cik Anis said...

mak cik anis pun ckp air limau tu agak berkesan jugak..sbb dulu mak cik anis selalu amalkan..sekarang ni...cik anis pula kena amalkan hehe

Cik Anis said...

mak cik anis pun ckp air limau tu agak berkesan jugak..sbb dulu mak cik anis selalu amalkan..sekarang ni...cik anis pula kena amalkan hehe

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno