February 06, 2014

KALI INI KENA AMBIL FLU SHOT

Assalamualaikum.....






Buat kali ketiga, dalam tempoh berpantang sebab selsema paling teruk dalam sejarah hidup msred, pergi ke klinik. Sebelum ini pergi klinik panel tempat kerja. Dua kali pergi, dua kali ambil ubat selsema yang berbeza. Tapi belum dapat menyembuhkan selsema msred lagi.

Kali ketiga ini, atas nasihat adik dan kawan-kawan, msred tukar klinik. Msred suka klinik yang ketiga ini. Selalu bawa boyfriend kecik msred ke sini kalau dia orang tak sihat. Doktornya memang over peramah. Kita belum sempat tanya dah jawab. Heeehheee...

Bila cakap kat doktor itu msred dah tiga minggu selsema tahap meleleh punya sampai dah merebak sakit ke kepala, dan kali ketiga pergi klinik. Terus doktor cakap, kita bagi you flu shot lah. Kira Flu vaccine.

Dengar shot shot ni memang msred tak berapa suka. bukan sebab mahal tapi sebab takut kena cucuk.



Apa ntah nama ubat tu tak ingat. Msred ada tanya sebab doktor tu kata dia jarang prescribe ubat tu sebab ubat tu memang untuk special case, salah satunya kes msred ni lah. Lama sangat sakit dan dah makan ubat lain tapi tak jalan. Dia kata biasanya ambil masa sehari hingga dua hari nak sembuh sepenuhnya. Harap-harap kali ini sembuhlah. Penat juga nak melayannya. Hidung pun dah jadi macam clown merah je.

Tak apa. Kifarah. Kalau kita redha dengan ujian kita, insyaAllah boleh menghapus dosa-dosa kecil. Itulah cara msred nak pujuk hati. Kita banyak dosa, ini salah satu cara nak bersihkan dosa kalau kita redha.

Doktor kata ubat ini salah satu side effectnya biasalah, ngantuk.



16 comments:

Norhasniza Khalid said...

ye, kifarah... penghapus dosa-dosa kecil, semoga cepat sembuh ye kak.. :)

Nurzakiah Hanum said...

moning :)

shura shushi said...

suara mesti sengau ni, hihi

syawalsimpsons said...

cepat sihat yee

syawalsimpsons said...

cepat sihat ye

Ayu azmir said...

harap msred cepat2 sembuh.....

cheqna said...

musim skang ni...
moga cepat sembuh ye

paish said...

moga cepat sembuh..tido ke? hehe

zacky786 said...

bykan minum air suam.. :D

ain syafieqa said...

ain pun tak suka kena cucuk.hehe..

Jie Susanos said...

msred dh ambik ke..cuba la ubat tu plak..

ros_reeza said...

semoga cepat sembuh... Ros pun sedang demam/selsema/batuk..

Nurul said...

Hai, ms red...
lama nrl x jenguk sini... tengah selsema yer... Lama jg tu kalau dah masuk 3 minggu & 3 kali pi klinik.... Semoga cepat sembuh, ms red... ^__^

Amanda Suria said...

get well soon dear...harap2 ok dah lepas ni ye...

Fiza Rahman said...

Smoga cepat sembuh.

Deqla Manjew said...

so sekrg camne kak? dah sihat lom nih?

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno