February 12, 2014

DUA BUDAK HANDSOME

Assalamualaikum....






Kerana kesibukan di pejabat [macamlah orang lain tak sibuk] saya belum dapat nak balas jejak you alls. Balas sikit-sikit. Tinggal lagi separuh. Nak type entry baru pun memang kering idea dan tak sempat. Makanya saya share gambar Scrapbook lama dalam simpanan.
Scrapbooking is a method for preserving personal and family history in the form of photographs, printed media, and memorabilia contained in decorated albums, or scrapbooks.


 

Saya suka gambar ini. Gambar waktu Ian baby dalam 3 bulan [2009]. Iffan pulak 3 tahun. Iffan suka sangat baru dapat adik. Bukan main sayang lagi. Selalu nak gomol si Ian yang redha je abang dia buat camtu. Sekarang ni asik gaduh je. Heheee...

Pesanan untuk Iffan dan Ian, korang jangan bergaduh je. Buat apa-apa pun sama-sama. Mesti saling sayang dan melindungi. Jangan kawen lambat sangat. Mesti sama-sama jaga mama bila mama dah tua nanti. Jangan asik jaga girlfriend je. Heheee...

Dah habis mengarut dah.


18 comments:

Asha Lya said...

alala comeynya mereka..bertuah sis

Azhafizah Md Nor said...

cantik scrapbooking ni.pesanan harus di ingat tu Iffan dan Ian :)

Cik Mun said...

nanti kena buat jugak macam ni..kenangan bila dah besar..

Mummydearie said...

Hahaha... pesanan penaja yang tak tahan nih. Hopefullylah yek, anak-anak lelaki kita tak akan lupakan kita as their beloved mother forever!

Nadia Farhana Ismail said...

dua-dua comel :D

Fiza Rahman said...

Rajinnya MR buat scrapbook.

Nurzakiah Hanum said...

tomeinya

julia jamaludin said...

comelnye dorg :)

Azlealee Bashir said...

Moga menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada ibubapa..

Dzureen Darwis said...

Wah benda ni sangat inspirational. Saya teringin nak buat scrap book juga :)

Eza Ridzwan said...

ala...suwit sgt note tu...xde pon wat buku skrap...cuma album je penoh dgn gambaq anak dara masa dia kecik dolu....sampai skang dia dok tanya, gambaq ms kecik dia dgn ayah dia xde ke..terkedu x tau nak jwb..

Rai Ourkizuna said...

sweetnya dua beradik ni.. mesti comel share cerita bila dah makin besar nanti..hehe

Fizi Zaidi said...

dh tinggal pesanan, harap dibacanya nanti huhu

el said...

lama x buat scrap book cam ni
scrap book ke ape org pggil hehehe

cute je dua bradik ni
xpelah diorg gaduh pun sbb xde org nak gaduh..gaduh2 nti baiklah hehehe

Amanda Suria said...

mengarut2 pun siap satu entry...kan?anak2 adalah permata hati yang sgt2 comel...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

dua-dua beradik comel.. :D

Petak Bunga said...

adik beradik gaduh2 manja..

Mime MF said...

jaga mama jgn asyik jg gf..hehe betul2..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno