January 22, 2014

YANG DISOROK DAH MENYOROK

Assalamualaikum.....



Ok, Siti dah pening ni. Laci bawah almari baju digeledah untuk mencari kunci spare kereta beserta alarm. Kunci kereta yang biasa Siti pakai tu dah tak boleh guna nak buka lock pintu kereta. Remote nya dah tak berfungsi. Mungkin habis bateri. Dah sampai ke bawah laci diraba masih tak jumpa.

Cuba pulak dalam laci meja solek. Meraba di celah-celah kotak make up dan kotak aksesori. Tak ada jugak. Mana nak try cari lagi ni?

Bawah katil. Siti cuba nasib pulak menjengok di bawah katil. Mana tau kunci spare kereta ada di bawah katil. Terjatuh dan tersepak ke bawah katil ke? Mana tau kan? Ok, tak ada juga. Nafas dah mula turun naik keletihan.

Cubaan seterusnya mencari kunci spare kereta di dalam master bedroom tidak berhasil. Habis semua celah dijengah. Hati kata try cari kat bilik putera kecil aku pulak. Mana tau dia bawak main kunci spare tu. Dalam segala laci baju, toy box dan celah-celah almari dah di tilik. Tak ada jugak. Mulalah nak stress ni. Dah lambat nak keluar ni.

Kemudian, dapur, ruang tamu, ruang family pun dicuba nasib mana tahu kunci spare kereta aku ada di situ. Hasilnya still zero. Kepala otak pun dah habis fikir nak cari di mana lagi. Mana-mana tempat yang munasabah dan yang tak munasabah dah habis dicari. Tak jumpa.

Usaha mencari terpaksa diteruskan sebab kunci kereta yang biasa dipakai dah tak berfungsi untuk membuka pintu kereta. Nak tak nak kena juga cari kunci spare kereta tu. Kalau tidak, macamana nak keluar? Usaha lagi....

Note : Pernah tak you alls sorok kan sesuatu dari anak sebab tak nak dia orang bawa main dan hilangkan, atau apa-apa sebab lain pun. Pernah tak? Pernah tak terjadi benda yang disorokkan tu, dah lama sangat disorokkan, menyebabkan you alls sendiri pun dah tak ingat kat mana you alls sorok kan? Pernah tak jadi kat you alls?

24 comments:

julia jamaludin said...

mende tu taim kite tak nak guna taim tu lah die dok bersepah-sepah. Kalau taim nak guna mesti cari tak jumpa-jumpa. Boleh buat gaduh tu :)

:: Mrs.Eady :: said...

selaluuuuuuuuuu...!

Shafiq Hashim said...

Pernah jadi..bila perlukn bila cari mmg xjumpa sbb lupa simpan dimana, bila xcari bru jumpa..huhu..

shafiqhashim.blogspot.com

Linda said...

Saya mmg selalu buat perangai cenggini....menyorok aka menyimpan konon...pastu sendiri lupa huhu mmg tension ..

lizz said...

pernah itu biasa sangat berlaku...pernah sekali saya sorokkan handphone..tak bagi anak2 main game last tak ingat dekat mana call pulak tak dapat sebab silentkan...seminggu juga baru jumpa tu pun sebab kemas baju dalam lemari rupanyer kat celah2 baju....maka seminggu tak bersmatphone sib baik ader phone norkiah...

unsecretostory said...

Alalala. kesian akak. mesti dah berpeluh peluh cari tue. Go go. Cuba dalam mood tenang setenangnya :)

Ayu Zan said...

lum ada anak da jd gitu kak. kdg2 ltk mana xhingat. ni kunci spare kereta pun tersorok mana

Eza Ridzwan said...

laaa...tu dah jumpa lom kunci spare tu?...len x kunci spare gantung kat tpt sangkut kunci...bahaya tauu dok simpan dlm kotak bagai nie...klu emergency, haaa, jd cenggini laa...bwk betenang, tarik nafas, g minum air dulu...pastu cari semula...ok...gud luck..

MAY said...

err..haha..rasa sblm ni akk mcm pnh je bt entry pasal kunci kete kan..kisah lame berulang ye..heehe

Ahmad Zaki said...

Selalu terjadi. Hehehehe...

ZH Blogger

nuyui a.k.a miss YUI said...

huhu..yui ada pglmn cmtuuu.

izan mama mia said...

hihi..pernah..sorok sampai cari tak jumpa...tapi peliknya bila tak diperlukan..jumpa pula...

harap jumlah kunci tu yew..dah jumpa blom

syawalsimpsons said...

sue penah kena keadaan ni

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hehehe...pernah je jadik...kes terlampau nak sorok..sendiri tak ingat...haha

Cik Mun said...

selalu..nak sorok dari anak2 buah tp lepas tu mun pulak tak engat kat mane mun sorok..

Mia Liana said...

aduiiii.. pengsan tau nak cari balik kat mana kalau terlupa.. huhuhu

azizah :) said...

jijah sorok bukan anak punya tapi suami.. sekali tak ingat.. matilah kena beleter..hehe

Asha Lya said...

haha rasanya tak pernah lagi kot sis :D

Phoebe said...

Salam sis. Oh, memang pernah lupa dimana letanya barang yang disimpan tu. Last2 sendiri amuk sebab geram. Lol.

N.A.T said...

Pernah!

Nat sorokkan duit dari penglihatan Nat ..cari-cari tak jumpa , sudahnya tak jumpa2 setahun lamanya ..bulan lepas baru jumpa dalam tabung rupa-rupanya .. alhamdulillah ..

moral of story:jgn dicaroi barang yang hilang tu .. lama-lama nnt dia muncul sendiri ^_6

aizamia3 said...

Sangat setuju.. alih2 kena bebel dengan en. Suami.. hahaha..

Cik Ngah said...

Cik Ngah yang tak de anak lagi pun macam tu la perangainya...huuhuu...

Affy Afiqah said...

pernah kak :))

Affy Afiqah said...

pernah kak :))

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno