January 09, 2014

TIBA-TIBA NANGIS PULAK

Assalamualaikum.....

Semalam baru up entry cerita Ian Syamie yang sangat suka nak pergi sekolah dan sangat senang nak siapkan dia pergi sekolah. Langsung tak nangis dari hari orientasi, first day sampailah semalam.

Tiba-tiba pagi ni Ian menangis pulak tak nak pergi sekolah.

bila tengok air mata tu rasa nak bawak Ian balik je pas tu lepak je kat umah ngan Ian....


Pagi tadi Ian bangun dan bersiap nak pergi sekolah macam biasa. Ok je. Bila dah sampai depan sekolah baru Ian nangis lata tak nak pergi sekolah. Aik.... Msred tanya kenapa tak nak pergi sekolah? Msred sure mesti dia jawab cikgu garang atau budak lain buli dia, jawapan favorite budak tak nak pergi sekolah kan. Msred pun dah dah prepare lah nak jawab apa.

Sekali Ian jawab, tak nak pergi sekolah sebab balik lambat sangat. Ok, terdiam kejap. Dok fikir nak jawab apa ek? Kang main jawab kang salah pulak. Msred pujuk je dia, cakap msred temankan dia masuk sekolah. Terpaksalah msred hantar dia dalam kelas, pas tu duduk kejap teman dia sambil borak-borak ngan dia sampailah berhenti nangis. Lepas msred bagi dia belanja 20 sen, msred tinggalkan dia terus gi kerja. Ok pulak dia, dah tak nangis dah.

Ian ngada-ngada ke hape ni? Hai lah Ian, nak bermanja ke?


- Posted using BlogPress from my iPad

24 comments:

Knor said...

Kesian dia..baru lagi tgh suai kenal...

Deqla Manjew said...

alahaii.. kesian lak tgk.. x smpai hati plak kan tgk dia nangis camtu..

Anonymous said...

Assalamualaikum... knk2 macam2 ragamnya....kna pndai pujuk...

Lynda Che Lah said...

macam-macam kan ragam anak g sekolah..ada je..mmg sabar je Ibu melayan..hihi..kdg2 alasan dorg tu mmg boleh diterima akal..mcm mana lah kita nak menjawab kan..hai lah anak..harap2 lama-lama oklah kan Msred..klu ikut hati tgk linangan air mata tu mmg sedih tp kene kuat semangat :(

:: Mrs.Eady :: said...

bertukar rutin dia dah mula penat..

Queen Teratai said...

nak manja2 la tu ms. red... hehehehe

Mime MF said...

huhu alamak sbb balik lmbt ke nangis..huhu

Masya said...

lah kenapa pulak yer.. ade kwn pukul dia ke .. kdg dia nak perhatian jer kot .. mintak hantar sampai kelas.. tp dia tkt nak ckp.. layankan jer dulu .. janji nak ke sekolah dan x berlbh².. ank sy pun suke komplen.. blk lambat la.. kat tadika saboo jerlah...

Petak Bunga said...

tak biasa lg tu..

cheqna said...

hahaha comel nangis..
tak biasa lagi tu..
insyaallah tak lama lagi ok la tu

Vee Sandi said...

budak ni byk kerenah tapi senang pujuk .

mama maman aka yana said...

kekadang anak nak bermanja.. hihi... sabar jew la..

cik yaya said...

alolo kesiannya dia nangis..

Ayu Zan said...

jumpa kawan terus ok.ehehehe

Sofea Lang said...

La. Cian die...

Cik Puan Rara said...

kekekekke budak budak.banyak akal kan kak.hehehe

Liza Licha said...

budak2 masa mula2 tu memang dia akan sedih nangis semua. pastu ok dah :)

azizah :) said...

betul la kak.. kdg2 tak sampai hati nak anta anak g sekolah kan.. tp nak cari ilmu nak didik dia kena la bersekolah..hee

ZazaMyMoon said...

hehehe alasan je tu.. nangis2 dapat upah doposen terus senyap.. :)

~MommyAqilMedina~ said...

nasib baik dia boleh control emosi dia balik..kalau tak,susah lah nanti kan..hati kita yang tak sedap..smeoga IAn akan lebih suka pergi skeolah lepas ni..InsyaALLAH..

Sya Nadia said...

kesian dia...tp baguslah, dia mudah dipujuk..untung akak.. :)

Nory Zoulkefle said...

alalala...cian dia....
lama2 nanti okay lah tu kan...
baru2 mmg kekok sikit...
nnt dah ramai kawan, mesti seronok nak gi sekolah...

QasehnyaRania said...

tadika kemas mana ni kak?
kemas kn blk jm 12
akak ambik ian lambat ke?
ke bg ian tunggu sampai 12 tu dh lama baginya

Nadia Johari said...

budak-budak..biasalah kak..hehe

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno