January 21, 2014

SUKA PART MAIN JE

Assalamualaikum.....



Sejak Ian Syamie masuk sekolah ni, suka dia pergi sekolah. Rajin pergi sekolah. Cuma bila nak bangunkan dia suruh mandi tu susah sikit. Tapi bila dah mandi ceria je, sampai tak nak breakfast kat rumah. Mama, cepat lah sikit. Ian nak pergi sekolah ni. Eh, Ian makan lah dulu. Tak nak, ian nak makan kat sekolah.

Pulak.

Ikutkan aje.

Bila malam, time belajar dengan abang Iffan, msred selalu tanya, apa buat kat sekolah hari ini? Ian cerita lah dia main tu main ni main tu main ni. Beria-ia Ian cerita, nampak sangat dia seronok main dengan kawan-kawan dia.

Tapi bila msred tanya Ian belajar apa tadi kat sekolah? Ian mesti jawab entah tak tahu.

Aik? Msred tanya lagi. Ian belajar ABC ke wahid isnani ke? Ian jawab, entah tak tahu. Msred tanya lagi, Ian belajar merah biru ke? Ian jawab, tak tahu.

Stress.



Nampak sangat dia suka pergi sekolah sebab nak main je lebih. Hheee..... Macam msred sekolah dulu lah kan. Tak pe, baru 5 tahun. Pelan-pelan ajar.


20 comments:

Vee Sandi said...

kegembiraan mrk sbenarnya dpt bermain dgn rakan sebaya ...

Farah Waheda Wahid said...

dia masih teruja lagi tu kak... tak apa pelan2 kayuh... wah handsomenya ian...

Petak Bunga said...

bermain pun pembelanjaran.
5 tahun biarlah dia main2 dulu..sambil2 tu dia belajar.
kan org kata stress pulak.

Petak Bunga said...

bermain pun pembelanjaran.
5 tahun biarlah dia main2 dulu..sambil2 tu dia belajar.
kan org kata stress pulak.

Affy Afiqah said...

ahahahahaha...semua tak tahu haaa....takpe laa, kecik lagi..banyak lagi masa boleh didik ian :)

Ayu Zan said...

xpe kak. umur cam tu tengah nak main2. hehe. sambil bermain mest dia belajar sesuatu juga. cume, bkan ilmu yg diajar dr guru.. ilmu berkawan.. ok gak tu kan kak. hihi

cheqna said...

hahaha comel plak jawan ian ni
x pelah baru 5 tahun..biar dia bebas bermain dulu..insyaallah pasti ian akan dapat belajar jugak nanti tu..

Fizalinolie said...

Biasalah budak msred. Teruja dpt ramai kawan. Nanti dah besar sikit mesti dah pikir pasal belajar. Memang handsome ini budak. Hehe...

N.A.T said...

hhehhehehe ...
5 tahun dah suka nak g sekolah ...
ada budak tak suka g sekolah ..
macm Nat dulu2 heheheh

Asha Lya said...

bebudak kalau dah jumpa gengnya ingt nak main je lagi2 boys kan sis..sabar je la

lieyalatif said...

heheheeheh....ke die jawab tak tau sbb malas nak layan...mcm anak lieya laa kalo tanye jawabnye ntah ke tak tau tu maknenye malas nak layan sbb ari2 dok tanye soklan yg same kakaakakkak....

ian mmg hensem! heheheeheh

nuyui a.k.a miss YUI said...

budak dan main tak dpt dipisahkan..pelan2..hihi

ct kektus said...

dia suka pegi sekolah sebab ramai kawan kak. kite pon lebih kurang macam ian ni je dulu2. main je lebih. hehee

syawalsimpsons said...

mood nak main2 lagi kan..tak pela..

Queen Teratai said...

kihkihkih.. sama la anak Queen masa umur 4 tahun.. bila tny kat sekolah belajar ape memanjang x tahu.. tp bila dh 5 years ni.. kalau tny dia dh pndai jawablah.. blaja menulis, mengira, membaca.. hehehe

Amanda Suria said...

budak2 kan...bagus dedahkan ke alam persekolahan awal..xde la dia memboring kat rumah..mcm Dania masa umur 4 tahun dah tadika dah..sebab kat rumah dulu mmg x ramai kawan dia..

Rai Ourkizuna said...

budak memang sinonim dengan main.. jgn kata budak..kita orang dewasa ni pun suka main dari kerja..hahaha..

ros_reeza said...

tak ape kot.. mula-mula memang dia seronok sebab dapat main. at least dia ada minat nak gi sekolah kan .. nanti dia kan bertambah rajin nak belajar pulak :)

~MommyAqilMedina~ said...

Takpelah yang..lagipun baru 3 minggu dia sekolah kan..sama macam Aqil jugak..tiap2 hari belajar ABC,123..yang lain tak tahu..sabar je la..hahah

deno said...

part main yg seronok sgt tu.. hihi.. anak buah deno kadang2 mcm tu jugak... part main dia celoteh cerita... part belajar sikit2 je cerita tapi dia rajin dalam kelas cuma dia malas nak cerita.. hihi^^

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno