January 27, 2014

SIAPA KAWAN IAN

Assalamualaikum.....



kadang-kadanglah....


Hari tu msred berborak dengan Ian pasal kindy. Macam biasa, tanya. Ian hari ni main apa kat sekolah? Belajar apa kat sekolah? Dan macam biasa Ian lagi banyak bercerita pasal main apa, daripada belajar apa.

Bila ditanya siapa nama kawan Ian kat sekolah? Ian jawab, Adif. Msred tanya, siapa lagi kawan Ian? Tak kan sorang je. Ian jawab Ana Batrisha. Msred tanya, lagi siapa? Khairunnisa, Ian jawab. Msred tanya, lagi? Ian jawab, tu je. Msred tanya, yang lain? Ian jawab dia tak tahu nama diorang.




Msred pun bersungguhlah pesan kat Ian tanya lah nama diaorang. Siap ajar lagi macamana nak cakap. Sekarang ni boleh kata tiap harilah si Ian mereport kat Msred nama kawan dia yang baru. Hhehee... Tak tahulah dia tanya ke atau dia dengar cikgu sebut nama kawan-kawan dia tu. 

Lepas tu siap tanya msred tu msred ingat tak nama kawan dia. Kadang-kadang dia suruh sebut nama kawan-kawan dia agaknya nak tengok msred ingat ke tak. Haish... jadi satu kerja pulak nak menghafal nama kawan Ian.



15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

macam2

ZazaMyMoon said...

hehe comel.. budak2 suka berkawan dgn kawan yg mana dia serasi je kann sis :)

Masya said...

Hahahaha.... Ank2 ni bnyk akalnya kdg kt nak didik dia.. Dlm masa sama dia pun nak tgk kt ni prihatin ke dak hihihihi... Kantoi dibuatnya

Muhammad Taufiq said...

Mohon singgah ke blog saya :) awksweetgitu.blogspot.com :)

izan mama mia said...

hihii..mia pun masih tak ingat nama kawan dia..camana nak ingat sebab nama india n cina susah nak sebut ..hahah..

ensem anak bujang nie..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terpaksa menghafal nama kawan-kawannya juga.. hehe..

JAMIL HASHIM said...

SALAM BLOGGER. TERIMA KASIH LAWAT BLOG JM

adzairdawati makdara said...

Alolololo tomeynyer Ian!! ;)

lieyalatif said...

tapi kan msred perasan tak...budak2 ni kalo ingat name kawan mmg sampai full name dieorg ingat hahaahahah...bukannye ape sbb anak lieya mcm tu....kelako plak bile ingatkan.....

ian ni hensem lah...esok besar ni jadi pujaan ramai bunga nih...auwww!!!

Lynda Che Lah said...

hehe..pandai Ian ingat nama..kalau tanya Qoid..semua taktau..hehe

ros_reeza said...

hihi.. maknya pulak yg kena hafal nama kawan die ek..

Eza Ridzwan said...

rambot pacak..comel sgt...hehehe..

Rai Ourkizuna said...

hahaha..pandai si ian test ibu dia pulakk..

Petak Bunga said...

girlfrend dah ada ian?

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Hehehe.. jenuh la mak nak kena menghafal yer.. =D

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno