January 08, 2014

SI HANDSOME TAK NAK BELAJAR

Assalamualaikum....




Tak tahu kenapa, seronok rasanya hantar anak sekolah, especially teruja tengok Ian Syamie baru masuk tadika. Seminggu sebelum buka sekolah Ian dah sibuk tanya bila Ian boleh pergi sekolah. Ian senang bangun pagi nak pergi sekolah. Time nak drop dia kat sekolah pun senang sebab msred tak perlu hantar dia sampai depan pintu. Dia boleh turun sendiri terus masuk sekolah sendiri. Cikgu kata Ian tak nangis langsung kat sekolah. Lega dengar. 


Masalahnya dengan Ian ni, susah nak suruh dia belajar. Bila suruh dia buat apa-apa aktiviti belajar, dia tak boleh fokus lama. Lima minit dia dah gelisah garu-garu kepala, buat muka mengantuk, nak pergi toilet lah. Susah sangat nak pujuk dia belajar. Itu pasal dah lima tahun tapi ABC masih tak lancar. Alif Ba Ta pun tak lancar jugak. Cara lembut dah try, cara garang pun dah try. Tak jalan jugak. Yang dia minat, hafal lagu korea, entah perangai sape plak dia ikut tu.

Sekarang ni berusaha nak cari idea camne nak bagi dia minat belajar.

20 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala2

Rai Ourkizuna said...

budak lelaki memang ada masalah sikit nak concentrate.. kena banyak sabar dan buat aktiviti tu macam menarik..

syawalsimpsons said...

sama la ngan anak sue pon...tp kena sabar jugak la ajar kan..sampai dier boleh tumpu pada kiter yg nak ajar dier ni kan

:: Mrs.Eady :: said...

menghadapai masalah yg sama.hehehe..

aiezzaSue said...

belom serasi dgn cikgu lagi tu, bila cikgu berjaya tackle dia, ok la..tapi,hari2 kena motivasi macam my Luqman thn lepas.hehe

Aziela said...

Bak kata Rai, budak lelaki memang macam tu. Si Adam tu, sampai sekarang nie dok tak boleh fokus belajar lagi. Macam2 cara dah buat...lembut, kasar, psiko pun ada dah. Siap buatkan air pelembut hati lagi. Bacakan yaasin dengan surah Al-Hasyr segala...dok lah macam tu juga. Mereka ni lambat sikit matang kan... Sampai masa nie, mereka sendiri akan berubah. Insya Allah.

NM03 said...

lama2 ok la tu. jgn putus asa, terus berusaha bagi dia semangat. in shaa Allah... lama2 mahulah dia nnt. jgn lupa, selitkan dengan doa lepas solat dan doa utk anak rajin belajar ye.

Atiqah Wadiah said...

Mungkin akk blh ajar dia ABC mengikut rentak lagu korea kot since dia minat sgt kan dgn lagu korea..hehe

Iela Fazielah said...

aduhai... susah gak ye.... tp dia minat lg korea ye..bagussss

Asha Lya said...

nak didik anak lelaki memang byk ragamnya kan sis..

Queen Teratai said...

baru lgkan ms red.. lama2 nnt dia ok.. anak Queen pun gitu.. mula2 pun mcm mls2 je nk belaja.. lama2 dia sendiri yg buat.. yg penting jgn paksa sgt coz dia masih baru & kecik lg kn..

Vee Sandi said...

cuba beri dia upah sebagai ganjaran belajar . something yg dia suka cam makanan ker ...

encikarman said...

wow.. mmg ensem... kena jaga bebetul nih

Hafiza AizZawa said...

minat k-pop la nie.. boleh kwn ngan aunt Fiza la...

Cik Asma BLuppy said...

kena buat ACB ala2 kpop gitu kak. haha. kemain kecik2 dah kpop. haha

~MommyAqilMedina~ said...

Tulaa.Aida pon risau kalau anak aida jadi tak nak belajar..nanti susah lah kan..ketinggalan banyak nanti..Semoga semangat Ian untuk belajar akan membara dan menjadi anak yang soleh dan bijak..Amin!

QasehnyaRania said...

in shaa Allah missred cuba lg k.
ajar sambil bermain.

QasehnyaRania said...

blajar sambil bermain

Affy Afiqah said...

alamak aiii...susah juga camtu....hmmmm...mungkin kne tarik perhatian dia dgn bg ganjaran ke setiap kali lepas dia belajar...

Deqla Manjew said...

semangat ke school tu ada yer.. maybe kena ajar sambil bermain kot.. biar dia jadi seronok..tp bykkan belajar dari bermain la.. hihi

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno