January 21, 2014

NILAI SUAPAN DUA PULUH SEN

Assalamualaikum....

Pagi-pagi, bila Iffan dan Ian pergi sekolah, Iman sedih je tinggal sorang-sorang. Kadang-kadang bila msred nak keluar dah nak hantar Ian ke kindy, beria Iman nangis nak ikut. Kesian dia.

Ada sekali tu msred dah lambat nak hantar Ian sekolah. Iman pulak menangis sangat-sangat nak ikut. Desperate, msred sogoklah dia dua puluh sen sebagai belanja konon-konon. Msred pesan nanti masuk tabung ok. Barulah Iman nak diam. Barulah msred boleh gerak hantar Ian.


Masalahnya, sekarang ni Iman dah pandai pulak minta belanja tiap-tiap pagi msred nak keluar pergi hantar Ian then terus pergi kerja. Msred terpaksalah bagi. Kadang-kadang duitnya selamat masuk tabung, kadang-kadang hilang ntah ke mana ntah.


nampak tak duit emas tu?...


Rasa macam dah salah ajaran pulak. Nak kena koreksi ni. Next time kalau Iman nangis time msred nak keluar pagi, macamana nak pujuk dia ek? Any suggestion? 


19 comments:

ros_reeza said...

sayang pualk bila bagi duit, dan hilangkan gitu je kan.. macam mana nak buat gaknya ye?.. alahai petang=petang ni fikiran tepu pulak.. tak dapat nak nolong bagi idea.. huwaaa...

Acik Erna said...

tak dapat nak tolong..zaman anak acik kecik dului..ayah nya bawak round nak motor dulu pagi2 baru hantar balik..memang tak nangis dah nak ikut

Linda said...

Hehe...apa kata tukar upah dgn cium...ok x? Hihi ;)

Asha Lya said...

tak blh ajar anak2 pegang duit kan sis..kalau masuk tabung tak apa juga kan..kena cari inisiatif lain tu sis

unsecretostory said...

Comelnya iman . Heee. Suka betul dia ehh.

Farah Waheda Wahid said...

ha ha ha, payah jugak ni kak. kalau bagi duit 20 sen tu at least boleh mengajar dia untuk menabung. kalau bagi chocolate karang hari2 makan chocolate gigi rosak pula karang... ^_^... hurmm memang nak kena koreksi ni...

Petak Bunga said...

key lah 20sen.

tapi ajar masuk tabung. beli tabung cantik2.. bunyi2 kalau masuk duit. tp make sure susah nak keluar duit.

amal said...

msred , kitaa dh dpt hadiaaah dr akak, kitaaa sukaaa sgt <3

nt kitaaa update kt blog tau.

thankyouu so much! ;D

Eza Ridzwan said...

beli coklat sepeket...klu iman nanges, pujok dia dgn coklat..hehehehe...

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Satu side bagus sebenarnya ajar anak2 menabung dari kecik.. tapi bila dah setiap hari kena umpan mcm tue jadi masalah la pulak kan..Ermm farah nak advice pn tak tahu la sebab tak pernah facing problem mcm tue.. huhuhu

Ayu azmir said...

Singgah sini lawat msred

lizz said...

kena cakap n pujuk elok elok cakap baik2 ngan dia nanti mesti dia ok...

Nurfaezah Abdullah said...

hehehe habis la kak

Norhasniza Khalid said...

mula-mula je kak, lama-lama besok ok lah tu..

Nur Shafiq said...

kes berat nih sebab dah terbiasakan dia dengan ganjaran untuk dengar cakap :l hahaa..shafiq yakin Iman akan berhenti minta bila dah mula faham konsep dengar cakap tanpa ganjaran bila dah besar nanti :)agak memakan masa untuk guna cadangan ni.

cik chubby said...

singgah sini :)

msredcheesecake said...
This comment has been removed by the author.
Phoebe said...

Salam sis. Masih boleh diperbetulkan ni sebab baru juga start mcm ni kan. Saya setuju dengan lizz, kena cakap baik2 bagi dia faham. Kalau Iman tanya, kenapa dulu boleh, sekarang tidak boleh? Tidak salah mengaku dengan Iman yang sis da silap sebab bagi dia duit hari tu. Just my 2 cents la. Lagipun budak ni kejap ja nangis. Seminit dua lepas kita jalan, reda la dia. In shaa Allah.

Affy Afiqah said...

bagi gula2 kak heeee :D

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno