January 18, 2014

J KIDS INDOOR PLAYLAND

Assalamualaikum....

Kejadian hari Selasa lepas, masa cuti Maulidul Rasul. Msred dan Iffan, Ian, Iman pergi J Kids Indoor Playland kat Paradigm Mall. Pergi dengan adik lelaki msred dan girlfriend dia. Kebetulan adik msred nak keluar dating, pergilah sekali. 

Si Iman berkenan dengan girlfriend adik msred ni, Ayu namanya. Dari keluar rumah, dah sampai kat Paradigm Mall asik nak berkepit je ngan Ayu ni. Tak nak dah pegang tangan msred macam biasa. Tak pandang dah msred. Huish... anak laki sorang ni.

Tengok tu, dibiarkan mama dia jalan kat belakang, Iman berkepit ngan Ayu.



Bila masuk J Kids Playland tu je barulah Iman ikut msred, sebab nak masuk tempat main. Sementara msred kat dalam playland tu, adik msred gilah jejalan berdua. Tak banyak picca kat sini, semua gambar goyang. Penat msred terjerit panggil diaorang nak snap picca, sorang pun tak layan. Leka main. Hehheee...


Iman tengah mengusha mainan mana nak attack dulu...


Favorite bebudak ni... spinning wheels...




Lepas main 2 jam, keluarlah. Singgah Daiso kejap then gerak pergi The Curve. Kat The Curve makan Kenny Roger's. Tengok si Iman tu, tak nak dah dudk ngan msred, nak ngan kak Ayu jugak. Bertuah punya boyfriend.


adik msred [retired mat rempit, curently addicted to online games], Iman dan Ayu...


Lepas makan msred singgah kedai Papier kejap, then baliklah. Badan pun dah penat, duit pun dah habis. Cuti bersama anak-anak aka boyfriend kecik msred adalah saat paling ohsem. Rasa nak buat hari-hari.


13 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sonok depa..

Knor said...

Sporting nya kakaknya..dh mcm ala2 kpop adik sis...ayu girlfriend.

Nur A.Z said...

tgn org lain lak die nk pegang ek..huhu

Mime MF said...

hehe nmpk seronok sgt tu dpt main dlm playland...^^

Ayu azmir said...

Wah seronoknya .... kalo anak saya ni mesti die suka.... cantik nya gf adiknya...

deno said...

wah seronoknyaaaa :)

syawalsimpsons said...

seronok kengkadang dapat spend time ngan yang tersayang kan

MamaHarriz said...

syoknye jln2 heheee..

Phoebe said...

Hi there. First time terjah blog ni. Rindu pergi The Curve. Dengar kata, banyak perubahan dah banding 2 years ago the last time I was there. ^^

Vee Sandi said...

sesekali berseronok dgn anak -anak mmg awesome

Norhasniza Khalid said...

seronoknya tengok keseronokkan anak-anak ni..

Affy Afiqah said...

best dapat spend time macam ni :))

Mummydearie said...

Sportingnya merpati dua sejoli ni. Boleh pulak berdating sambil temankan anak-anak sedara. Adik MsRed dah macam artis K-Pop ler.

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno