January 24, 2014

CIRI-CIRI SAHABAT YANG TAK BERAPA BEST

Assalamualaikum.....

Ciri-ciri BFF yang tak berapa nak best.

1. Mementingkan diri sendiri.
Dia terlalu banyak minta itu ini tapi liat pulak nak memberi. Pentingkan diri sendiri, kedekut pulak tu. Apa yang penting pada dia, cuma kehendak dan keinginan dia saja sebab tamak dengan kemewahan dunia.

2. Pengampu.
Setiap kali kita buat apa saja dia mesti setuju. Kita derma duit kat orang dia sokong. Kita kutuk bos dia sokong. Kita mengata orang dia sokong. Kita menipu pun dia sokong. Bila depan kita dia puji melangit, bila belakang kita dia kutuk kita serendah-rendahnya.

3. Pemboros dan suka hiburan.
Bila kita nak berseronok, nak lepak tempat hiburan yang melalaikan, laju saja dia nak ikut. Setia dia ikut kita kehulu kehilir. Lebih-lebih lagi kalau kita kata nak belanja dia. Tapi kalau kta cakap nak pergi library nak study, laju je dia mengelak. Silap-silap hilang terus.

4. Membuat kita semakin jauh daripada Allah.
Kalau kita sesat, dia tak pernah tegur sebab dia sendiri pun hidup dalam kesesatan. Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain, hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5. Suka berbantah-bantah.
Jenis manusia yang suka perang mulut, ashik nak menang dan suka menegakkan benang yang basah langsung tak mahu mengalah dan menerima pandangan orang lain. Selalu perasan dia bijak dan betul setiap masa.

Kalaulah bakal BFF atau BFF ada ciri-ciri macam ini, apa kata kita beralih arah berpaling dari dia. Kalau mampu nasihat dan tegur dia berubah. Kalau dia tak sudi nak dengar, tinggalkan saja dia. The least you can do is DOA.

Dan paling penting, semuga kita tak termasuk daam golongan BFF yang sebegini.

Edited and Republish.


17 comments:

Amira Ashikin said...

N0 4 tu memng ade .
Mula2 sye pindh sek. baru n sye pelik nape die tk solat . tapi sy tak nak ikut cara die dah . satu hari sy try solat sorang2 n tetiba esoknya die pon ikut jugk sye solat :) Alhamdulillah btw Nice Entry =D

Asha Lya said...

setakat nie tak pernah jumpa lagi org mcm tu sis :)..alhamdulillah

Knor said...

Knor sejak tk bekerja mmg tk ada kwn..mmg family spnuhnya..

aynora nur said...

Tersangat lah benarnya!! hihi..

Kasih Salina said...

salam jumaat..tak BFF camtu tapi memang wujud orang camni..

Zara Nurhaidah said...

moga kita di jauhkn dr bsikap bgini dan punyai rakan mcm ni.. amin.

Nurfaezah Abdullah said...

there must be give and take in a friendship

Nory Zoulkefle said...

mementingkan diri sendiri tu selalu jumpaaa...huhu...sabor jela kan...hikhik

Rai Ourkizuna said...

berkawan dgn orang macam ni mesti tak kekal lama.. tapi banyak je orang yg begini zaman sekarang..

Petak Bunga said...

saya tak suka kawan yang jenis yang cakap besar..nanti saya pun rasa nak cakap besar haaa....

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

yang no.1 tu banyak kali aiza jumpa.. semoga kita pun menjadi sahabat yang baik, insya-Allah..

amal said...

nice sharing kak ;)

tp biasalah kawan thru ups n down.

hee

mogaa kitaa tak termasuk dlm bolongan ini.

Nurul Farahizzati said...

lima2 tu, saya dah jumpa. tapi, saya jenis tak kisah. kalau yang jenis tak mudah ambil hati bila ditegur, Alhamdulillah lega hati ni kita boleh nak tegur. kawan yang sangat tak best ialah kawan yang suka tikam kawan dari belakang. :'(

Nurul Farahizzati said...

lima2 tu, saya dah jumpa. tapi, saya jenis tak kisah. kalau yang jenis tak mudah ambil hati bila ditegur, Alhamdulillah lega hati ni kita boleh nak tegur. kawan yang sangat tak best ialah kawan yang suka tikam kawan dari belakang. :'(

Abak Lorong Cinta said...

Huhuhuhu.. mhsabah.. In Shaa Allah.. bkawan dan bsahabat krana Allah..

ros_reeza said...

Pengampu! tu yang tak best dalam berkawan...

Affy Afiqah said...

ni bukan tak berapa best, memang tak best T_T

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno