January 02, 2014

AKTIVITI SEBELUM PENGSAN

Assalamualaikum....




Penat. Register Ian Tadika Kemas. Register Iffan darjah dua pas tu beli buku Iffan. Ni gambar pagi tadi, dua beradik seronok nak masuk sekolah. Awal pagi dah bangun. Kalaulah habit rajin bangun pagi tu berterusan sampai bila-bila kan bagus. 



Kat sekolah Agama Iffan, Integrasi KAFA kat Seksyen 18 Shah Alam. Walaupun dia dah darjah dua, masih malu-malu pergi sekolah. Jumpa kawan-kawan pun malu-malu. Tak tahulah kalau sebab msred ada dia malu-malu. HHeeehee...


Ian yang meneman msred hantar Iffan pagi tadi, sebelum pergi hantar Ian ke tadika pulak.

Lepas setel bayar yuran dan duit buku, teman Iffan breakfast pulak. Msred suruh Iffan gi breakfast ngan kengkawan dia, tapi Iffan nak breakfast ngan msred, katanya. Haish.... manja anak mak betul....


Lepas habis sekolah Agama pukul 10.45 am, bawak Iffan gi Bata. Dia nak kasut sekolah baru. Tak nak yang lama. Hari tu kata ok kalau pakai kasut lama, so msred tak belikanlah kasut baru. Ni tetiba nak kasut baru pulak. Agaknya dia tengok kekngkawan semua kasut baru.


Petang, temankan Iffan masuk sekolah kebangsaan pulak. Tunggu 10 minit, pas tu msred balik lah. Msred dah penat sebenarnya. Kalu tak boelh jugak tunggu lelama sikit.



Petang tinggal msred ngan Ian yang baru balik tadika dan Iman si Bongsu je. Rasa-rasanya, lepas melayan blog ni kejap, nak pergi pengsan jap.


12 comments:

Sally Samsaiman said...

alololo...kesian akak penat..take a good rest ye kak :)

Nurzakiah Hanum said...

tomeinya

zacky786 said...

comel ye.. teringat masa kcik2 dulu .. hehe ..

:)

Queen Teratai said...

hehehe baru 2 je tu msred..

QA's ~ mamapapa said...

excited betul bila anak2 dh mula sekolahkn :) eechaa pun dh mula kt tabika kemas...xsabar nk tgk dia bruniform..blm dpt2 lagi ni :P

Dhia Dirham said...

mesti diaorang seronok jumpa kengkawan..

Norhasniza Khalid said...

waah.. encem lah dia pergi sekolah, smart!! belajar rerajin tau, nanti boleh jadi blogger macam mama..... hihihihh... mama ye, bukan unty!..hihi

Asha Lya said...

alala sis kepenatan yang tahap gaban nie hehe

Elvy Nellysha said...

ragam budak2 pi sekolah ~~

:)

wanariahamiza said...

Salam ziarah tahun baharu. Moga menjadi insan yang lebih baik pada tahun ini. Insyaallah. Terima kasih singgah blog saya. :)

Bitt (double IS) said...

Hensem dua2 abg p sekolah ni la...

Sya Nadia said...

comel2 anak msred.. :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno