November 29, 2013

LUNCH SETELAH MASUK GAJI

Assalamualaikum....



Walaupun semalam gaji dah masuk, tapi tengahari ini, hanya mampu lunch ini je di pejabat. Sedap kan? Favorite ni.




Akibat tersangat malas nak turun beli makan. Nak order delivery tak de kawan pulak. Lepas meratah milo ni, msred buat air milo makan cicah biskut gula. Pun sedap. Pun favorite.

Foot note: Tolong dokan saya supaya saya jadi orang yang rajin.

CIRI-CIRI BOYFRIEND YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PART 3

Assalamualaikum....

Boyfriend no 3. Ciri-ciri:

Kuat merajuk [macam mama sket]
Kuat makan [macam mama]
Garang [tak nak ngaku macam mama]
Romantik [ bukan macam mama atau papa]
Suka hug mama [macam papa]
Pandai pujuk mama [macam ....]
Suka durian [macam mama]
Tak suka pakai baju [macam....]
Manja mengada [macam mama]
Suka nasi kicap [bukan macam mama]
Suka tengok Pocoyo [macam mama]




CIRI-CIRI BOYFRIEND YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PART 1

CIRI-CIRI BOYFRIEND YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PART 2


Fote note : Apa pun ciri-ciri atau karekter boyfriend-boyfriend msred ni, chenta pada mereka tetap mekar dalam hari. 

November 28, 2013

NEW LOOK, WAY MUCH BETTER

Assalamualaikum....

Kim Woo Bin dalam episode 15, The Heirs dah tukar hair style dia daripada geek cenggini....




kepada yang lebih chomel, cenggini.... More I like it.


Kim Woo Bin dalam episode 15, The Heirs...

Kim Woo Bin dalam episod 15, The Heirs

Kim Woo Bin dalam episod 15, The Heirs...




Harap-harap lepas ni watak dia jadi lebih baik dan kurang garang. 

Foot note: Saya ada tendency suka kepada watak second lead berbanding dengan hero nya. 


TERIMA KASIH MR WAZE

Assalamualaikum.....

Pagi ini dengan bantuan Mr Waze saya sampai di sini dengan jayanya. Sekarang ni tengah bekpes, lepas ni nak mengenali Mr eP pulak. Tak sempat nak bercerita.







- Posted using BlogPress from my iPad

November 27, 2013

WORDLESS WEDNESDAY





CIRI-CIRI BOYFRIEND YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PART 2

Assalamualaikum.....

Boyfriend no 2. Ciri-ciri :

Sensitif [macam mama]
Suka nyanyi [macam papa]
Suka melaram, tapi buat pesen pelik [macam papa]
Suka makan [macam mama]
Pemalu [macam mama]
Kuat tidur [macam mama, papa]
Tak suka belajar [macam papa, mama]
Suka makan nasi telur kicap [macam .... ]
Suka tiru abang dia [ macam adik dia]
Suka pergi Tesco [macam nenek dia]
Suka main bola sepak [macam papa, memang tak kan macam mama la kan]
Suka hug mama [macam papa...hahaaa...]


Ian Syamie


CIRI-CIRI BOYFRIEND YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PART 1

November 26, 2013

CIRI-CIRI BOYFRIEND YANG BERJAYA MEMIKAT HATI PART 1

Assalamualaikum....

Boyfriend no 1. Ciri-ciri:

Sensitif [macam mama]
Penakut [macam mama]
Pemalu [macam mama]
Suka makan nan cheese [macam mama]
Suka durian [macam mama]
Pandai belajar [macam papa]
Tak suka homework [macam papa]
Suka main masak-masak [macam mama la...hheee]
Tak pandai naik basikal 2 roda [ bukan macam mama]
Suka berenang [macam papa]
Kuat tidur[macam mama,papa]
Suka kaler pin [macam....]
Tak romatik [macam mama]
Cita-cita nak jadi bos [macam bos la...]


Iffan Daniel

DOA UNTUK KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT

 Assalamualaikum...





PANIK SEKEJAP

Assalamualaikum....

Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja, baru perasan mata Iman mereh dan bengkak sikit. Memula ada Iman cakap sakit mata tapi time tu tak merah dan tak bengkak. Msred ingat takde apa-apa. Bila dah nak keluar baru nampak merah dan bengkak.

jerawat ke hape tu?...


Mak msred kata, macam kena gigit binatang. Apa lagi, terus msred kata nak bawak Iman pergi klinik. Mak msred kata tak payah, Iman macam ok, boleh lagi buka mata. Msred kata oklah.

buat lah muka cheeky tu....geget kang..


Tadi baru call mak, mak msred kata mata Iman dah ok. Sibuk tengok katun. Lega dengar. Alhamdulillah....

Foot note : mak-mak budak ni pantang anak dia sakit sikit memang cepat panik kan.


- Posted using BlogPress from my iPad

REZEKI PAGI HARI

Assalamualaikum.....

Rezki hari ini, pagi ini dari bonda terchenta.

Thank you mom. Homemade cekodok sayur ikan bilis air tangan mak yang paling sedap di dunia. Hheee.....




Kalau mak msred yang buat cekodok sayur ikan bilis memang best. Paling sedap. Kalau msred buat sendiri memang tak rasa sedap macam ni. Orang kata air tangan mak kan? Betul la tu kan. Tapi ada jugak masakan mak msred yang msred tak suka. Air tangan mak jugak tu. Tapi tak banyak lah, kebanyakannya memang rasa best.

Ada pernah bawak makan sesama kat opis, opis mate kata best, unik. Tataulah apa yang unik. Bila bagitau mak msred orang puji cekodok dia, tersengeh-sengeh je mak mesti kembang kena puji. Hheee.....

Tak kisahlah, janji mak rajin-rajinlah buat cekodok spesel mak ni untuk anak mak yang malas masak ni.

Love you....

- Posted using BlogPress from my iPad

November 25, 2013

MABUK DI PEJABAT

Assalamualaikum.....

Kesian dia. Ada sorang budak opis msred tengah mabuk pegnen sekarang ni. Langsung tak boleh makan. Dia kata semua benda dia makan termasuklah kalau dia minum air kosong, semuanya keluar balik.

Dari mula dia mabuk sampai sekarang ni, dah bermacam jenis makanan msred suggest kan kat dia, semua dia try tak jalan. Tak sempat proses keluar balik. Susah juga macam ni. Boleh dehidrasi ni.

Teringat masa msred mabuk pegnen, muntah-muntah juga tapi ada makanan yang msred bule telan. Nasi kosong tanpa sebarang kuah dengan ayam goreng. Lain semua takleh jalan. Ok lah tu at least dapat jugak makan. Kawan msred ni langsung tak boleh makan.

Teringat lagi ada orang yang mengalami masalah sama dengan kawan msred ni, sampai kena marah dengan nurse. Nurse suruh lawan, kena makan jugak nanti takde tenaga. Yang buat tak puas hati ni, bukannya si preggy tu tak lawan, dia paksa jugak diri dia makan, tapi keluar balik. Nak buat macamana? Tak bestlah nurse tu marah, patutnya bagilah semangat ke apa ke? Kesian tau orang mabuk pegnen yang tak boleh makan langsung ni.

Msred pun dah habis idea nak suggest kat budak opis msred ni nak try makan apa yang tak muntah balik. Kesian dia lemah je gi opis.

- Posted using BlogPress from my iPad

CARA MEMUJUK BOYFRIEND MERAJUK

Assalamualaikum.....

Rasanya, stress lagi kalau time kita merajuk ke, atau lagi stress kalau kita yang kena pujuk orang yang merajuk? Ermmmm..... 


tatau anak sape yang merajuk ni....


Boyfriend msred yang bernama Iman Zary Haqimie, sibongsu yang suka sangat merajuk. Lepas tu keras hati pulak tu. Bukan senang nak pujuk dia. Entah perangai siapa lah yang dia ikut tu. Keras hati. Tu yang kadang-kadang msred malas nak pujuk dia. 

ni Iman tengah merajuk lah ni.....

Iman ni kalau dia merajuk, ada dua cara. Kadang-kadang bila dia merajuk dia suka marah-marah. Yang ini susah nak pujuk. Kalau time msred sabar, msred pujuklah baik-baik. Memula mesti peluk dia. Tapi Iman punya keras hati tu, dia tak nak kita peluk dia. Msred paksa peluk dia, pas tu tepuk ke, gosok ke belakang dia sambil tanya, 'Kenapa ni Iman?' Tanya je dia sampai dia jawab. Selalunya bila dia dah jawab tu, mengamuk dia dah kuranglah tu. Hati dah lembut sikit.

Cara kedua, Iman suka buat-buat nangis. Kalau tengok muka dia time ni memang kelakar. Tahu sangat dia buat-buat nangis. Senang sikit nak pujuk. Bila msred peluk je dia, Iman terus diam. Pas tu belum sempat msred tanya kenapa, Iman dah bagitau dah kenapa. 

Tapi ada time nya msred tak de mood nak pujuk, msred just peluk je Iman sampai dia cool down sendiri. Selalunya Iman merajuk pun sebab abang-abang dia kacau dia. Isu biasa je. Peluk je dah lah. Iman boleh cool down sendiri.

Pada sesiapa yang tanya macamana nak pujuk chenta hati merajuk pulak....

" Sila lah pikir sendiri." Boleh ke jawab cam tu?

November 24, 2013

YANG WAJIB HAMPIR SELESAI

Assalamualaikum.....

Lepas Subuh tadi, tidur balik sebab penat semalam tak hilang lagi. Dari pagi sampai malam menguruskan yang wajib. Sebelum menghabiskan duit untuk yang tak wajib, baik prepare yang wajib dulu.

Memula ke Tesco beli baju sekolah, kasut sekolah dan alat tulis untuk Iffan dan Ian.

silalah pilih abang Iffan....

pilih lagi....

dont worry, papa bayar...


Awal sangat ke? Awal jugak la kan?

Tahun lepas pun msred beli barang sekolah untuk Iffan awal jugak. Dulu masa kecik-kecik eksaited nak beli barang sekolah untuk diri sendiri. Sekarang ni pulak eksaited nak belikan barang sekolah anak-anak pulak. Mengalahkan Iffan dan Ian je. 

Lagi pun msred plan nak pergi bercuti [baru plan], so kenalah sediakan yang wajib dulu sebelum boleh bersenang lenang menghabiskan my hard earn money tu kan? Nanti kalau pergi bercuti, kalau barang sekolah anak tak cukup lagi, rasa tak best pulak pergi menghabiskan duit. Lain lah kalau gaji msred 5 angka.

Pas tu pergi pulak Subang Parade cari apa yang tak cukup lagi. Seronoklah Ian dapat beg baru. Tahun depan nak masuk tadika dah. Kejap je dah besar Ian. Dulu keci cenonet je, skang dah masuk sekolah, kejap lagi bawak balik girlfriend pulak kenalkan kat msred. Hahahaa..... 




" Iffan,Ian. Tolong carik calon menantu mama yang ISLAM ok."

Settle, tinggal buku sekolah dan yuran sekolah. Balik memang rasa nak pengsan sehari. Tak sempat buat apa dah, terus tergolek. Pakat-pakat tidur depan tv macam last week. Seronok pulak buat cam tu. Tengok tv sampai terlelap. Iffan, Ian, Iman lah yang seronok. Msred dapat bantal terus lena diulit intan.

Well, itu kisah semalam. Sekian.

November 22, 2013

BOYFRIEND BARU

Assalamualaikum....

Best kan? Esok cuti. Bolehlah berjimba dengan boyfriend-boyfriend msred. Bolehlah lepak-lepak depan tv, window shopping, makan-makan dengan diaorang. Quality time.

Tadi lepas boyfriend tidur, msred melayan The Heirs episod 14. Sambil usha-usha game baru kat Apple Application Store. Sekali ternampak game ni, terus download dan main. Boyfriend baru, Clumsy Ninja. Comel je Ninja nya. Saja je melayan games yang lebih sesuai untuk budak-budak, bukannya mak budak yang perasan macam budak.


Last-last leka main Clumsy Ninja ni, hilang fokus kat The Heirs. Kejap layan Ninja, kejap layan The Heirs. Msred ni penyakitnya kalau dah start tengok siri tu kena habiskan jugak walaupun tak berapa best. Kalau tengok tak habis rasa tak puas hati je.







Kalau tunjuk kat boyfriend msred ni mesti diaorang suka ni. Tunggu esok je lah. Try cari game ni untuk android tapi macam tak de je. Jumpa untuk IOS je.

Foot note: Clumsy Ninja ni ada girlfriend, Kira.


RICH MAN, POOR WOMEN

Assalamualaikum....

Dah lama sangat tak tengok Japanese Series. Last sekali tengok Gokusen tahun berapa entah tak ingat. Sekarang ni tengah melayan The Heirs sebenarnya. Tapi tetiba terasa bosan pulak sebab asik tengok cerita yang sama, lelaki kaya perempuan miskin banyak halangan bercinta tapi still happy ending.

Tangan tetiba terklik cerita ni, tengok first episode terus tersangkut. Plot still sama, lelaki kaya dengan perempuan miskin, tapi presentation dia fresh sikit dan tak slow macam korean version. Anergetic, hero dia. Yang paling msred suka, betapa straight forwardnya title dia.

Lelaki Kaya, Perempuan Miskin.




Kan senang kalau tulis tajuk macam tu, straight to the point, kelakar pun ada kalau baca tajuknya. Msred baru tengok sampai episod 2. So far, very nice. Entertaining, pada msred la. Especially part heronya punya kelemahan, dia susah nak ingat nama atau siapa yang dia pernah jumpa.

"Oguri Shun plays Hinata Tetsushi, an affluent man whose personality is on the contrary, speckled with flaws. A CEO of an IT firm who is published on Forbes as a billionaire, Tetsushi attained his fortune through chance and pure luck. A woman who meets Tetsushi and eventually becomes attracted to him is Sawaki Chihiro, played by Ishihara Satomi. Chihiro is a hardworking college student at Tokyo University who has prepared for her future as much as she possibly could through studies and obtaining licenses. Despite her efforts, she has yet to land a job. Upon meeting Tetsushi, she begins to unravel a genuine pureness inside him and solitude resulting from such pureness, which eventually draws her closer to him. The two repeatedly conflict each other, but little by little learn about one another to grow and develop together...A Cinderella story of the real world. Will the two be able to compromise their values and lifestyles to become a happy couple?"

Foot note : Lagi satu nape msred suka Japanese siries sebab dia lebih pendek dari Korean. Cepat sikit habisnya.

LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS WANITA

Assalamualaikum....





Lima lelaki yang bertanggungjawab atas wanita :

Ayah
Seorang ayah perlu memastikan didikan agama anaknya sempurna. Jika anaknya melakukan kesalahan, membuat perkara kemungkaran, mendedahkan aurat dan sebagainya, maka ayahlah insan pertama yang wajib menegurnya.

Suami
Isteri adalah aset utama suami menuju ke syurga. Setiap tindak tanduk isteri memberi kesan kepada perjalanan kepada perjalanan hidup suami di dunia dan akhirat. Maka suami perlu membetulkan segala kesalahan isteri dengan nasihat dan teguran.

Saudara Lelaki
Apabila ayah ataupun suami sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita berpindah ke bahu saudara-saudaranya yang lelaki. Mereka perlu memberikan perhatian kepada saudara-saudara perempuan mereka, disamping keluarga sendiri.

Anak lelaki
Seorang anak lelaki wajib wajib menjaga maruah dan agama ibunya. Nafkah serta kesihatan ibu juga perlu diambil peduli. Membimbing ibu ke jalan yang diredhai adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Lelaki disekeliling wanita
Sesiapa pun lelaki disekeliling wanita bukanlah isu. Tanggungjawab ubtuk menjaga mereka adalah tanggungjawab bersama. Wanita terjaga pasti ummah terpelihara.


Sumber : Buku Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan Lengkap Fikah Wanita, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi


Foot Note : Besar tanggungjawab lelaki-lelaki di luar sana menjaga wanita. Bukannya membiarkan wanita terus melakukan larangan Allah. Takut nanti Allah tanya lelaki-lelaki, Apakah yang sudah kamu lakukan untuk menjaga wanita amanah kamu?


November 21, 2013

BERSUSAH PAYAH UNTUK SESUAP SALAD

Assalamualaikum......

Lepas bekpes cekodok sayur air tangan bonda terchenta, 8 am terus gerak ke opis. Jalan kurang jem, alhamdulillah. 15 minit lepas tu selamat sampai opis, alhamdulillah. Sampai opis, parking pun senang dapat, alhamdulillah.

doa syukur nikmat Allah

Semalam tengok-tengok picca Iman ni. Teringat waktu pergi Langkawi bulan lepas. Waktu lunch ni. Msred nak suapkan Iman makan, tapi kali ni Iman berkeras nak makan sendiri. Lepas tu tak nak makan pakai tangan, mungkin sebab dia tengok semua orang makan pakai sudu garfu, dia pun nak sama pakai sudu garfu. Ikutkan aje walaupun Iman ni bukannya pandai pun makan pakai sudu garfu. Janji dia tak bising mengamuk.



Tengoklah tu, bersusah payah dia nak masukkan semua salad tu dalam mulut yang kecik tu. Msred kata nak tolong dia kecik kecik kan salad tu supaya dia senang makan, dia tak kasi. Dia nak buat sendiri macam orang besar. Msred biarkan aje sambil tersengeh-sengeh pandang Iman. 

Tapi last last dia stress gaknya, dia campak sudu garfu dalam pinggan pas tu terus dia guna tangan je masukkan salad tu dalam mulut. Bila dah masuk Iman sambung pakai sudu garfu masukkan nasi pulak. 

Macam-macamlah Iman.

November 20, 2013

ITU TERBALIK SAYANG

Assalamualaikum......

Pagi-pagi ni, kalau time cuti sekolah, yang seronoknya bila lepas solat subuh bolehlah duduk lama sikit. Tak perlulah tergesa-gesa nak siapkan Iffan pergi sekolah. Lepas breakfast, sebelum keluar rumah pergi kerja, sempatlah mengusha blog sekejap. 8.30 am baru keluar gi office. Relax sikit. Petang pun tak perlulah tergesa-gesa sangat balik dari office sebab tak perlu ambil Iffan kat sekolah. 



Piccas ni snap masa pergi Langkawi bulan lepas. Iman Zary Haqimie dengan sunglass baru di beli time tu. Itu dia pilih sendiri. Msred tunjuk sunglass yang lain dia tak nak. Iman nak yang itu jugak. Hai Iman, napelah pilih Sunglass design cam untuk gugurl  ni?

Kaler dah lah pink, pattern pun dah macam pompuan dah....

Iman ni boleh tahan jugak suka bergaya nya. Sama macam abang Ian. Sibuk nak pakai sunglass sampai nak makan pun nak melaram jugak. Dahlah pakai pun terbalik. Orang nak betulkan dia tak kasi. Agaknya Iman ingat Msred nak ambil sunglass dia gaknya. Last-last Msred biar je Iman pakai sunglass tu terbalik. Dahlah mulut comot minum oren. Kekekeee....


Ibuk-ibuk ni, kalau tengok keletah anak dia, macamana anoying, macamana comot pun, bila dikenang-kenang mesti tersengeh sorang. Pada mata ibuk-ibuk ni, anak-anak dia tetap comel walau macamana rupa sekalipun. 

Budak kecik la. Tapi kalau anak dah besar remaja buat perangai dah tak berapa nak comel dah. Buat ibuk-ibuk darah tinggi je.


Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



November 19, 2013

KENAPA SIMPAN MAKANAN DALAM MULUT

Assalamualaikum....

Dah dua hari dah cuti sekolah. Seronoklah Iffan cuti tak payah pergi sekolah. Duduk rumah dari pagi sampai malam main, tengok tv, makan, main, tengok tv, makan, tidur. Heaven je.

Semalam Msred pergi kerja jalan pun laju je, takde lah tersangkut-sangkut macam selalu. Bestnya lah kalau hari-hari tak jem. Tapi pagi ni jem pulak. Baru sehari nak berangan keluar rumah lambat dah jem. Esok tak tahu lagi.

Malam tadi makan simple je, ikan goreng dengan sayur goreng. Family Msred takde sorang pun yang suka ikan gulai, so goreng je. Iffan Daniel memang  tak suka ikan dan liat nak makan ikan. Malam ni Msred suapkan Iffan, Ian dan Iman makan. Kalu tak nanti dia orang tak kan makan punya. Kalau makan pun maunya dua suap je kang.



Satu perangai Iffan yang selalu buat Msred rasa nak gigit orang je, Iffan tersangatlah sukanya menyimpan makanan dalam mulut dia, tak nak telan. Terutamanya kalau makanan tu memang benda yang dia tak suka. Tengoklah dia buat perangai, disimpannya nasi dan lauk tu dalam mulut dia lelama, dah macam hamster dah suka simpan stok makanan dalam mulut.


pipi kembong macam hamster


Punyalah lama nak menunggu dia menghabiskan sesuap nasi tu, apatah lagi sepinggan nasi, berejam nak habiskan. Mencabar kesabaran betul. Kekadang memang kena jerit si Iffan ni.


buatlah muka macam comel tu...

Cane nak buat? Ketap bibir je la sambil membesarkan mata kat Iffan kononya tengah marah sangat. Selalunya tak memberikan hasil yang memuaskan pun. Iffan tetap simpan makanan dalam mulut dia lelama sebelum dia telan.Haish...

foot note : Rambut Iffan yang di home cut kan oleh atok nya. Kelakar pun ada.




SUKA PAKAI SWEATSHIRT DIA

 Assalamualaikum.....


Setiap kali tengok Mr Hasben pakai sweatshirt dia mesti nampak macam cun je. Tak tahulah mana yang lagi cun, Mr Hasben ke atau sweatshirt yang dia pakai. Sukalah tengok. Sejak kawen ngan dia, Msred tersangatlah suka 'pinjam' sweatshirt Mr Hasben.

My definition of 'pinjam' here, memula kata nak pinjam pas tu asik Msred je yang pakai pas tu terus tukar hakmilik kekal kepada msred. Hahaa.....  Inilah contoh design sweatshirt Mr Hasben yang berjaya Msred tukar milik kepada nama Msred. 

Tak tahulah nama fesyen ni, yang macam t shirt tapi lengan panjang ni. Yang design cenggini, msred paling suka pakai bawak tidur. Sebab selesa sangat. Msred ni memang tak tahan sejuk. Bukannya tidur pakai air-cond pun, pakai kipas je tapi still tak tahan sejuk. Kalu Msred tidur sorang memang tak pakai kipas.

Yang desing cenggini pulak Msred suka pakai waktu siang, bersantai kat rumah. In love betul dengan hooded sweatshirt ni. My favorite. Susah kalau nak pakai bawak keluar sebab hooded tu susah nak sembunyikan dalam tudung, nampak besar je.




 Design yang ni pulak selalu pakai kat rumah waktu siang. Selalu jugak pakai bila keluar, bila time malas lah sesangat nak melaram tu, pakai sweatshirt yang cenggini je. Senang.


Sejak dari muda sampai ketua Msred memang suka dengan sweatshirt. Tapi sekarang ni asik amik Mr Hasben punya sweatshirt je. Dia kata,..

" Orang beli baju tu mahal-mahal nak pakai pegi jalan, sukati je amik pakai duk umah, buat baju tidur pulak tu. Dah buruk dah, ganti balik!!!"

Sorry lah Mr Hasben. Nak beli sendiri malas, amik yang dah ada kat rumah je lah. Love yaa...

Note: Picca di atas Mr Google punya, bukan sweatshirt Mr Hasben. Kalau Msred amek picca Baju Mr Hasben nanti takut dia cakap, " Watpe amek gambar baju bagai ni? Nak jual online ke?"


MACAM CANTIK JE MACAM HANDSOME JE

Assalamualaikum....

Minggu lepas ada Hari Penyampaian Anugerah di sekolah Iffan. Alhamdulillah dengan rahmat Allah.

Macam biasalah kan mesti ada persembahan dari pelajar. Ada satu nasyid ni, bila adik-adik ni nyanyi, buat Msred tersengeh sesorang. Siapa punya idea ni? Adakah idea adik-adik ni sendiri atau idea Ustaz atau pun idea Ustazah?






Tak berani Msred nak tanya idea siapa? Tak kisahlah kan. Tapi adik yang tengah tu yang pegang mic tu, macam handsome je kan? Semuga membesar menjadi Ustaz yang handsome, rupa dan hati.

- Posted using BlogPress from my iPad


November 18, 2013

POSING TIDUR YANG MENGGODA

Assalamualaikum....



Tadi dinner di Nyonya Kitchen, Plaza Masalam Shah Alam. Teman adik Msred berbuka puasa.

Balik rumah, boyfriend Msred semuanya terus pengsan kepenatan. Itu biasa lah kan. Cuma posing tidur dia orang kali ni. Tetiba rasa macam comel je, macam handsome je.


pujaan hati ku



Suka pulak Msred tengok gaya dia orang tidur. Suka sangat. K dah, nak pegi pengsan plak dengan posing yang paling sopan sekali. Nite.



Doa sebelum tidur


THE HEIRS, MARRY HIM IF YOU DARE

Assalamualaikum.....

Masa zaman U, free time layan siri Jepun. Suka sangat sebab ceritanya banyak suruh kita pikir. Bila zaman Korea melanda, layan Korea pulak. Penyakit yang entah dari mana datangnya tu melekat sampai habis belajar.

Bila dah berhasben, tak layan dah Korea. Bukan dah tak minat tapi dah takde masa. Baru-baru ni, berjangkit balik penyakit Korea ni dari office mate yang rata-ratanya bebudak muda yang belum berhasben, apatah lagi ber baby.

Adik-adik Msred di office suruh...

"Akak, tengok The Heirs. Best ni, Lee Min Ho berlakon. Akak suka Boys Over Flower kan?"

Memanglah Msred suka BOF tapi bukan sebab Lee Min Ho, sebab Kim Hyun Joong. Layan kan aje. Komen, Tipikal. Memang macam BOF.



Adik yang nombor dua pulak suggest, " Tengok Marry Him If You Dare lah akak. Ada Jung Yong Hwa. Akak suka kan?" Ha... tu macam betul tu. Komen, ok lah. Lari sikit dari cerita cinta biasa Korea. Pelik dan mengarut. Tapi lagi best dari The Heirs, pada selara Msred la.



Ini pulak bukan Hero Korea. Ini Ian Syamie boyfriend Msred yang sedang sibuk nyanyi lagu Korea, CN Blue.



Ok... tatau nape kalau update blog guna ipad gambarnya jadi blur....

- Posted using BlogPress from my iPad

November 17, 2013

SAYA DAN DIA, CINTA KAMU

Assalamualaikum......

Kalau buat Milo tabur best ni, melayan malam yang hujan lagi sejuk. Siapa yang tak suka Milo. Ada ke yang tak suka Milo? Ada kot.










Kalau meratah Milo, lagi best kot. Sambil melayan cerita Korea. Dap nya.

Secara sembunyi, selalu meratah Milo. Terutamanya time nak buat kan Milo anak-anak kesayangan. Lepas letak Milo dalam cawan dia orang secukupnya, satu sudu mesti masuk mulut sendiri sebelum tin Milo ditutup. Dah bertahun-tahun dah mengamalkan aktiviti ni. No camplaint.

Tapi benda ni tatau sape yang mengaja nya pada Iffan, pandai sendiri je. Boleh pulak dia buat gini. Meratah Milo 3 in 1 dikedai makan. Orang tengok sengeh-sengeh je. Ntah siapa mengaja ntah, betul takde kena mengena dengan Msred.










Bila ditanya mana belajar meratah Milo cenggini ni? Iffan tersengeh je. Anak bapak punya budak. Bertuah. Cepatlah habis stok Milo 3 in 1 Msred. Anak beranak cinta Milo. Haish.



- Posted using BlogPress from my iPad


Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno