February 27, 2013

CARA AJAR BAYI BERHENTI HISAP JARI

Salam you alls,

Siapa masa kecik ada habit menghisap jari? Ada kan? Ramai baby yang suka hisap jari, tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Ada yang hisap masa baby saja, ada yang bawa sampai ke umur 4 - 6 tahun. Baby hisap jari ni kebiasaannya untuk menghiburkan diri sendiri dan habit ini membuatkan mereka rasa selesa dan selamat. Baby suka hisap jari bila dia rasa bosan, penat atau takut.


Kalau yang hisap jari tu masih baby tak apa kalau nak biarkan dia hisap jari. Cuma kita nak pastikan dia tak bawa habit tu ke besar. Kalau baby lama sangat hisap jari atau pacifier, takut nanti gigi jongang. Saya kecik-kecik dulu memang suka hisap jari sampai ke tadika. Itu pasal gigi saya jongang sikit. Silalah gelak. Ngegehehee...

Macamana nak ajar baby berhenti hisap jari? Saya nak share pengalaman saya mengajar dua orang baby berhenti hisap jari. Saya ajar diaorang awal sikit, sebelum dia orang cecah umur 2 tahun. Kalau boleh seawal setahun. Kalau lambat ajar takut susah diaorang nak break the habit.

Setiap kali baby saya masukkan jari dalam mulut, saya tak paksa dia orang keluarkan jari dari mulut atau tarik jari diaorang keluar dari mulut. Jangan paksa. Kalau dewasa tak suka dipaksa, baby pun tak suka kita paksa dia. Saya cuma distract baby saya dari menghisap jari, galakkan diaorang sendiri yang keluarkan jari dari mulut. Saya ajak diaorang main toys ke atau baca buku ke. Bila diaorang nak pegang toys atau nak pegang buku, dia orang akan keluarkan jari dari mulut.

Keywords kita ialah distraction. Kita buatkan dia sendiri yang keluarkan jari dari mulut. Gunalah apa cara yang munasabah sekali pun untuk galakkan mereka keluarkan jari dari mulut. Lama-kelamaan baby akan tinggalkan terus habit nak menghisap jari ini. Cara ni tak menjanjikan result yang cepat. Tengok baby, ada yang cepat kesannya dan ada yang lambat. Sabar. Kita kena sabar ajar baby buat sesuatu. InsyaAllah berjaya.


Edited and republish.



Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno