December 27, 2013

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI BAGI WANITA

Assalamualaikum.....

Hukum memakai minyak wangi pada umumnya adalah HARUS  bagi wanita selagi tidak mendatangkan fitnah. Bahkan dalam keadaan tertentu, wanita amat digalakkan untuk memakai harum-haruman seperti ketika bersama suami di rumah.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"Sesiapa yang diberi wangi-wangian maka janganlah ia menolaknya. Sesungguhnya wangi-wangian itu senang dibawa dan harum baunya." 
Riwayat Muslim, Ahmad, Nasaie dan Abu Daud.

Namun sekiranya pemakaian minyak wangi tersebut boleh mendatangkan fitnah seperti bau yang agak kuat hingga dari jarak jauh dapat dihidu oleh lelaki asing, maka hukumnya adalah HARAM.

Abu Musa r.a. berkata, Nabi SAW bersabda, 
"Perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian ia keluar dan melalui sekumpulan manusia supaya mereka dapat menghidu wangianya, maka ia adalah perempuan zina." 
Riwayat Ahmad, Nasaie, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah dan Thohawi.

Oleh itu secara umumnya penggunaan minyak wangi bagi wanita adalah HARUS. Namun, untuk mengelakkan penggunaannya secara berlebih-lebihan sehingga mendatangkan fitnah yang dilarang oleh agama, maka garis panduan dibawah perlu dipatuhu:


  • Diperbuat daripada bahan yang halal lagi suci
  • Menggunakan sumber yang bersih dan tidak berbahaya.
  • Bauan yang harum dan lembut, seperti kasturi.
  • Memakai wangian sekadar mengelakkan diri dari diaibkan ekoran bau badan atau peluh yang tidak menyenangkan dan bukan untuk tujuan menarik perhatian awam.



Buku Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan Lengkap Fikah Wanita

13 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

lepas beranak aritu, sy dah jadi alah pulak dgn perfume, stakat pakai deodorant je skrg, hahaha~

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

menggunakan minyak wangi dalam kadar yang sederhana sudah mencukupi..

Petak Bunga said...

pakai jgk minyak wangi tempat kerja. kadang rasa bau badan busuk kalau tak pakai..hu..hu..tambah2 kita masih menyusu ni, ada bau sikit.
sekadar nak sorok bau busuk, orang dekat dengan kita pun rasa nyaman, senang.

Siti Asiah said...

wah blog MsRed dah berwajah baru.Azam tahun baru yea...Asiah pun sama, pakai porfume takut ade bau2 yg xmenyenangkan org sekeliling kite...;)

Rai Ourkizuna said...

baru terserempak dengan seorang perempuan yang sangat wangi.. baunya sedap.. tapi..

Norhasniza Khalid said...

uish, rasanya blog ni berubah wajah... sangat cantik.. :)

apapun, pasal wangi ni, biarlah berpada. jangan sampai bau macam minyak wangi tumpah... hihi

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

Asha Lya said...

Salam jumaat..singah cne done follow..trima kasih sudi singgah ke blog kita :)

izan mama mia said...

wajib lbh wangi ketika bersama suami kan...

Iela Fazielah said...

ila pun pakai minyak wangi sekar nak bau wangi sendiri... tp minyak wangi murah je mcm body shop punyer.... tp bkn jenis oil tu...janji wangi kan

Mas Zull said...

assalamualaikum msred...menarik2 ni...;)

Sya Nadia said...

alhamdulillah..peringatan yg baik..

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian ini. :)

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

Affy Afiqah said...

perkongsian yang bermanfaat...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno