December 24, 2013

CARA RASULULLAH TIDUR

Assalamualaikum....




Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Source

- Posted using BlogPress from my iPad

12 comments:

Ezna said...

info yg baik :)

Nurzakiah Hanum said...

terima kasih sudi berkongsi

Nurul said...

Nice sharing ^__^

wanariahamiza said...

salam ziarah dan follow.

Yumida Huda said...

perkongsian yg bgs buat kita semua

Rasp said...

info yang sangat sangat sangat menarik ...
thx for sharing..

Pha Is said...

nice share.. sama2 kita amalkan..

Siti Hajar said...

Nampak mudah sangat kan. Especially yang tasbih pada anak Rasulullah tu. Semoga kita sama2 amalkan nk tido mlm ni :)

Affy Afiqah said...

ika ada juga update tentang cara tidur ni ;)

Sya Nadia said...

tau, tp syg tak amalkan...tq info ni sgt2 mengingatkan amaln yg dah ditinggalkan...

QasehnyaRania said...

tq info yg sgt berguna
salam kenal dari saya juga

Alin Amiera said...

cinta Rasulullah s.a.w

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno