November 24, 2013

YANG WAJIB HAMPIR SELESAI

Assalamualaikum.....

Lepas Subuh tadi, tidur balik sebab penat semalam tak hilang lagi. Dari pagi sampai malam menguruskan yang wajib. Sebelum menghabiskan duit untuk yang tak wajib, baik prepare yang wajib dulu.

Memula ke Tesco beli baju sekolah, kasut sekolah dan alat tulis untuk Iffan dan Ian.

silalah pilih abang Iffan....

pilih lagi....

dont worry, papa bayar...


Awal sangat ke? Awal jugak la kan?

Tahun lepas pun msred beli barang sekolah untuk Iffan awal jugak. Dulu masa kecik-kecik eksaited nak beli barang sekolah untuk diri sendiri. Sekarang ni pulak eksaited nak belikan barang sekolah anak-anak pulak. Mengalahkan Iffan dan Ian je. 

Lagi pun msred plan nak pergi bercuti [baru plan], so kenalah sediakan yang wajib dulu sebelum boleh bersenang lenang menghabiskan my hard earn money tu kan? Nanti kalau pergi bercuti, kalau barang sekolah anak tak cukup lagi, rasa tak best pulak pergi menghabiskan duit. Lain lah kalau gaji msred 5 angka.

Pas tu pergi pulak Subang Parade cari apa yang tak cukup lagi. Seronoklah Ian dapat beg baru. Tahun depan nak masuk tadika dah. Kejap je dah besar Ian. Dulu keci cenonet je, skang dah masuk sekolah, kejap lagi bawak balik girlfriend pulak kenalkan kat msred. Hahahaa..... 




" Iffan,Ian. Tolong carik calon menantu mama yang ISLAM ok."

Settle, tinggal buku sekolah dan yuran sekolah. Balik memang rasa nak pengsan sehari. Tak sempat buat apa dah, terus tergolek. Pakat-pakat tidur depan tv macam last week. Seronok pulak buat cam tu. Tengok tv sampai terlelap. Iffan, Ian, Iman lah yang seronok. Msred dapat bantal terus lena diulit intan.

Well, itu kisah semalam. Sekian.

2 comments:

aizamia3 said...

beli time orang tak ramai rasa tenang je.. tak semak kepala tak stess anak hilang.. ;)

mrs kayrul said...

kita tunggu dapat gaji baru nak shopping alat tulis anak tadika...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno