November 16, 2013

LOVE IS IN THE AIR

Assalamualaikum.....

Lama rasanya tak ke sini.....

Rindu plak.....

Rindu dari jauh. Dah lama asik tengok je. Hari ini singgah sini. Esok lusa, belum tahu. Teruja nak bersembang. Teruja sangat sampai tak tahu nak sembang apa.

Iffan Daniel dah habis sekolah darjah satu. Keputusan periksa sekolah agama lebih baik dari sekolah kebangsaan. Alhamdulillah. Dia eksaited nak naik darjah dua, walaupun dia macam Msred jugak, malas bangun pagi.😄

Ian Syamie dah empat tahun. Macam Msred perasan suara sedap suka nyanyi. Ian suka nyanyi lagu Korea, tak tahulah menurun dari mana pulak minatnya tu. Eksaited tunggu tahun depan nak masuk tadika.

Iman Zary Haqimie, budak 3 tahun tu, boyfriend Msred yang paling romantik. Hari-hari nak kiss kiss sayang sayang. Serupa Msred suka makan yang sedap-sedap je, buat Mr hasben pening kepala nak layan.

Apa pun, tiga hero ni hari-hari buat Msred menjerit, ketap gigi, sengeh sorang dan bersyukur sangat. Hari-hari buat Msred stress happy. Happy stress?




"Ya Allah, jadikan cinta ku pada mereka kerana Mu ya Rabb, dan ilhamkan aku cara mendidik mereka agar menjadi hamba Mu yang taat."

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Nur Fauzi Bassar said...

setelah sekian lama menyepi diri. haha.
akhirnye kembali jua.

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno